Malim Hutan - 0139979314

Malim Hutan - 0139979314 Kami adalah kumpulan Malim Hutan yang menyediakan khidmat jurupandu arah dikawasaan hutan merangkumi gunung, bukit, gua, kawasan air terjun, lata dan jeram.

Hubungi kami di 013-9979314

05/01/2025

Semua dah okay cuma tetap kena pasang flysheet sebab hujan boleh turun tanpa mengira waktu. Anytime, anywhere! 🌧️

Kalau tak hujan pun tetap perlu ada bumbung (flysheet) atas beberapa sebab, antaranya -

1. Kalau waktu malam sehingga awal pagi, embun akan turun dan ia akan menambahkan kesejukan.

2. Elakkan benda asing seperti daun² kering, serangga kecil dll yang ada atas pokok jatuh menimpa muka sewaktu tidur.

3. Ia bersifat perlindungan (kalau pasang camouflage flysheet lagi bagus) dan sekaligus dapat mengurangkan risiko di serang binatang buas.

4. Mengurangkan kecenderungan serangga kecil seperti nyamuk, agas dll dari menghampiri khemah. Jika tak, ia akan berlegar di bahagian muka. Nanti nak tidur pun susah beb!

5. Dan lain-lain...

https://www.facebook.com/share/r/18g28A4rZa/

23/04/2024

◾PETUA bila hiking & trekking secara berkumpulan di dalam hutan. Orang paling belakang (sweeper) kena pastikan dia nampak hiker di depannya (orang kedua paling belakang)

Jika tak nampak, ada kebarangkalian boleh tersasar jalan atau tersilap masuk laluan dan seterusnya sesat dan hilang..

Kecuali lah jika kita memang telah biasa dengan trail itu. Tak nampak hiker di depan dan tertinggal jauh pun tak mengapa sebab dah biasa. Kebarangkalian untuk sesat itu agak tipis...

◾6 pendaki sesat di Gunung AngsiKuala Pilah: Pihak bomba sedang menjalankan operasi mencari menyelamat (SAR) enam pendak...
20/02/2024

◾6 pendaki sesat di Gunung Angsi

Kuala Pilah: Pihak bomba sedang menjalankan operasi mencari menyelamat (SAR) enam pendaki di Gunung Angsi, Seri Menanti, dekat sini, selepas dikatakan sesat dan tidak turun sehingga jam 7.30 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan, mangsa terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki.

"Kami menerima panggilan jam 7.31 malam tadi. Maklumat awal daripada pemanggil terdapat enam individu mendaki Gunung Angsi tetapi belum pulang ke rumah seterusnya meminta bantuan pihak bomba.

"Pas**an dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Menanti bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi dengan berpecah kepada dua kumpulan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal di lokasi didapati dua kenderaan di kaki Gunung Angsi pihak bomba seterusnya menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa.

"Kami difahamkan semua pendaki ini dari Lembah Klang. Individu yang membuat panggilan kepada pihak bomba mengenai kejadian ini adalah ahli keluarga salah seorang daripada mangsa.

"Sehingga jam 11 malam tadi, ops SAR masih dijalankan dan mangsa masih belum ditemui," katanya.

Disiarkan pada: February 21, 2024 @ 12:20am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1062660/6-pendaki-sesat-di-gunung-angsi

*Perkongsian Berita Oleh :* https://hi.jomwasap.my/InfoTerkini








6 pendaki sesat di Gunung AngsiKuala Pilah: Pihak bomba sedang menjalankan operasi mencari menyelamat (SAR) enam pendaki...
20/02/2024

6 pendaki sesat di Gunung Angsi

Kuala Pilah: Pihak bomba sedang menjalankan operasi mencari menyelamat (SAR) enam pendaki di Gunung Angsi, Seri Menanti, dekat sini, selepas dikatakan sesat dan tidak turun sehingga jam 7.30 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan, mangsa terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki.

"Kami menerima panggilan jam 7.31 malam tadi. Maklumat awal daripada pemanggil terdapat enam individu mendaki Gunung Angsi tetapi belum pulang ke rumah seterusnya meminta bantuan pihak bomba.

"Pas**an dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Menanti bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi dengan berpecah kepada dua kumpulan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal di lokasi didapati dua kenderaan di kaki Gunung Angsi pihak bomba seterusnya menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa.

"Kami difahamkan semua pendaki ini dari Lembah Klang. Individu yang membuat panggilan kepada pihak bomba mengenai kejadian ini adalah ahli keluarga salah seorang daripada mangsa.

"Sehingga jam 11 malam tadi, ops SAR masih dijalankan dan mangsa masih belum ditemui," katanya.

Disiarkan pada: February 21, 2024 @ 12:20am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1062660/6-pendaki-sesat-di-gunung-angsi

*Perkongsian Berita Oleh :* https://hi.jomwasap.my/InfoTerkini

Kuala Pilah: Pihak bomba sedang menjalankan operasi mencari menyelamat (SAR) enam pendaki di Gunung Angsi, Seri Menanti, dekat sini, selepas dikatakan sesat dan tidak turun sehingga jam 7.30 petang tadi.

30/11/2023

Sultan Selangor isytihar Hutan Warisan Diraja Selangor seluas 108,000 hektar

Shah Alam: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mencemar duli mengisytihar Hutan Warisan Diraja Selangor yang merangkumi kira-kira 26 hutan simpan kekal di sepanjang jajaran Central Forest Spine (CFS) dari Hulu Langat hingga Hulu Selangor.

Pada pengisytiharan yang diadakan di sebuah hotel di sini, baginda diiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Turut serta Penasihat Undang-Undang negeri Datuk Salim Soib, Pegawai Kewangan Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin dan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) Datuk Mohd Ridza Awang.

Dalam majlis sama, baginda berkenan menyaksikan tayangan montaj Mini Ekspedisi Saintifik Sungai Chiling Hutan Simpan Ulu Selangor dan melancarkan buku 'Pelan Induk Pembangunan Hutan Warisan Diraja Selangor'.

Amirudin dalam ucapannya berkata, Hutan Warisan Diraja Selangor berkeluasan 108,000 hektar adalah Hutan Taman Negeri di bawah salah satu daripada pengelasan hutan perlindungan mengikut Seksyen 10, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.

Katanya, satu komitmen yang kolektif diperlukan dalam merealisasikan titah Sultan Selangor untuk menjadikan suatu kawasan hutan yang mencakupi aspek konservasi, penyelidikan, pendidikan, rekreasi dan eko-pelancongan.

"Dalam konteks ini, kerajaan negeri sentiasa konsisten untuk memelihara dan melindungi khazanah hutan supaya dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan air, habitat flora dan fauna, kawalan hakisan dan banjir selain menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon serta menangani isu perubahan iklim.

"Sehingga kini, keseluruhan kawasan hutan simpanan kekal di negeri Selangor adalah seluas 250,739.33 hektar iaitu 31.7 peratus daripada keluasan tanah negeri dan keluasan hutan simpanan kekal ini didapati semakin meningkat berbanding hanya 30.55 peratus pada tahun 2008," katanya.

Beliau berkata, kerajaan Selangor juga giat memperkasakan usaha pemeliharaan dan kelestarian hutan dan alam sekitar selaras dengan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bagi memastikan negeri ini sebagai negeri yang tahan uji, rakyatnya sentiasa dilindungi dan alam sekitar terpelihara.

Disiarkan pada: November 28, 2023 @ 1:51pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/11/1034925/sultan-selangor-isytihar-hutan-warisan-diraja-selangor-seluas-108000-hektar

*Perkongsian Berita Oleh :* https://hi.jomwasap.my/InfoTerkini

Antara hidupan liar yang boleh mendatangkan ancaman bahaya apabila anda masuk hutan :-BINATANG BUAS◾Gajah◾Harimau Belang...
28/06/2023

Antara hidupan liar yang boleh mendatangkan ancaman bahaya apabila anda masuk hutan :-

BINATANG BUAS

◾Gajah
◾Harimau Belang
◾Harimau Kumbang
◾Harimau Dahan / Akar
◾Beruang
◾Babi Hutan
◾Anjing liar
◾Monyet (Kera, Beruk, Lotong)
◾Biawak
◾Ular Sawa
◾Dan lain-lain...

HAIWAN BERBISA

◾Ular Tedung Selar
◾Tebuan
◾Lebah
◾Temingat
◾Kala jengking
◾Labah-labah
◾Semut Ipoh / Semut Karen
◾Dan lain-lain...

Harus diketahui, tidak semua binatang s**a menyerang. Ada sesetengah binatang apabila menyedari kehadiran kita, dari jauh lagi dia sudah mengundur, melencungkan arah atau "U-turn"

Ada sesetengah itu hanya akan menyerang apabila terserempak dengan kita dalam jarak dekat atau kita cuba melakukan provokasi

Sentiasa letakkan senjata samada parang (golok), pisau, buluh & kayu runcing, lastik, mercun dll di posisi yang mudah dicapai sebagai persediaan untuk bertindak andaikata berlaku sesuatu yang tidak diingini...

Dalam hidup ini terutama bila kita berseorangan di lokasi terpencil, kita perlu berpegang teguh kepada motto "Expect The Unexpected"

Ringkasnya, berhati-hatilah selalu terutama jika anda seorang solo camper kerana risikonya lebih tinggi & besar berbanding jika anda lakukan camping secara berkumpulan....

12/06/2023

Layan trekking..

Address

Ipoh

Telephone

+60139979314

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malim Hutan - 0139979314 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category