14/07/2026
🕌 Alhamdulillah, Kursus Perdana Umrah Berjalan Dengan Lancar
Ahad | 12 Julai 2026
Alhamdulillah, pada Ahad, 12 Julai 2026, Kursus Perdana Umrah anjuran Al Jawhar Travel & Tours Sdn. Bhd. telah berjaya dilaksanakan di Masjid Al Mu'minun, Taman Klebang Putra dengan kehadiran lebih kurang 140 bakal jemaah umrah.
Terima kasih kepada semua bakal jemaah yang hadir bagi menimba ilmu dan membuat persiapan sebelum berangkat ke Tanah Suci. Semoga segala ilmu dan panduan yang dikongsikan dapat membantu para jemaah melaksanakan ibadah umrah dengan lebih yakin, sempurna serta dikurniakan umrah yang mabrurah, insya-Allah.
Setinggi-tinggi penghargaan turut diucapkan kepada Masjid Al Mu'minun atas kerjasama dan kemudahan yang diberikan sehingga program ini dapat berlangsung dengan lancar.
Ucapan jutaan terima kasih juga kepada Owner Al Jawhar Travel Dato Johari dan Datin Juniza serta staf Al Jawhar Travel & Tours Sdn. Bhd., para ejen yang telah bertungkus-lumus memberikan komitmen dan kerjasama yang terbaik dalam menjayakan program ini. Bermula daripada proses pendaftaran, penyediaan keperluan kursus, pengurusan jemaah, penyelarasan program sehinggalah majlis selesai, setiap usaha dan pengorbanan anda amatlah dihargai. Semoga segala penat lelah dan khidmat yang diberikan menjadi amal kebajikan yang diberkati serta mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
🤲 Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan para jemaah, mengurniakan kesihatan yang baik, perjalanan yang selamat serta menerima setiap amal ibadah yang dilakukan.
🕋"Bersama Harapan Menuju Tanah Suci."