Perbadanan Taman Negeri Perak - Perak State Parks Corporation

  • Home
  • Malaysia
  • Ipoh
  • Perbadanan Taman Negeri Perak - Perak State Parks Corporation

Perbadanan Taman Negeri Perak - Perak State Parks Corporation Geopark Lembah Kinta
Taman Negeri Alam Kinta
Taman Negeri Royal Belum
Taman Negeri Pulau Sembilan

Perbadanan Taman Negeri Perak merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Melissa Mathew Bilong.Sumbangan bel...
04/09/2026

Perbadanan Taman Negeri Perak merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Melissa Mathew Bilong.

Sumbangan beliau dalam membantu komuniti Kampung Klewang di Royal Belum, khususnya melalui usaha mitigasi konflik manusia dan hidupan liar menerusi pembinaan pagar siren, amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Semoga Allah SWT mengampuni Allahyarhamah, mencucuri rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

It is with profound sadness that we share the news of the sudden passing of our dear colleague and friend, Melissa Mathew Bilong. Melissa was an invaluable part of the WCS Malaysia family, having been with us for 16 years. She dedicated much of her working life fostering co-existence between Orang Asli communities and elephants in Endau Rompin, which is a key part of our conservation work. Her passing is a profound loss to the WCS Malaysia family and to Malaysia’s conservation community.

Beyond her incredible contributions to our team, Melissa can be described as a kind gentle soul, and is perhaps the most patient person you would ever meet. Melissa will be deeply missed by everyone who had the privilege of knowing her and working alongside her. Our hearts, thoughts, and deepest condolences go out to Melissa’s family, loved ones, and friends during this incredibly difficult time. You will always be a part of our team, Melissa.

JEMPUTAN MENYERTAI KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGANSukacita dijemput untuk meluangkan sedikit masa bagi mengisi Kaji Seli...
17/08/2026

JEMPUTAN MENYERTAI KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN

Sukacita dijemput untuk meluangkan sedikit masa bagi mengisi Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan. Maklum balas dan pandangan anda amat penting dalam membantu kami menilai serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Kerjasama dan masa yang diberikan amat kami hargai. Sila imbas kod QR atau klik pautan yang disediakan untuk mengisi kaji selidik.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda.

Pada Julai 2023, beberapa jerat dawai telah ditemui di Taman Negeri Royal Belum. Salah satu jerat itu diletakkan di atas...
31/07/2026

Pada Julai 2023, beberapa jerat dawai telah ditemui di Taman Negeri Royal Belum. Salah satu jerat itu diletakkan di atas tanah dalam keadaan belum dipasang, di sebelah sebuah lubang yang dipercayai digali untuk memasang jerat tersebut. Keadaan itu agak mengelirukan, namun berkemungkinan pemburu haram telah menyedari kehadiran pasukan peronda, terasa kegiatan mereka dikesan, lalu meninggalkan lokasi tersebut.

Dengan lebih 130 renjer dan peronda sepenuh masa yang bertugas di Taman Negeri Royal Belum, ia merupakan benteng pertahanan paling penting dalam membanteras kegiatan pemburuan haram.

Insiden pada Julai 2023 itu merupakan kes jerat terakhir yang direkodkan di taman ini. Sejak itu, Taman Negeri Royal Belum telah mencatat tiga tahun berturut-turut tanpa sebarang penemuan jerat—satu pencapaian yang amat membanggakan dalam usaha melindungi hidupan liar di taman ini.

Pencapaian ini adalah hasil dedikasi dan ketabahan mereka yang berada di barisan hadapan, yang berusaha memastikan khazanah alam kita terus terpelihara. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para renjer dan peronda daripada Perbadanan Taman Negeri Perak, WWF-Malaysia, RIMAU, Yayasan Sime Darby, Renjer Komuniti, serta Operasi Khazanah Bersepadu - Jabatan PERHILITAN, Polis DiRaja Malaysia, dan Jabatan Perhutanan.

Selamat Hari Renjer Sedunia!

-------------------------------------------------------

In July 2023, several wire snares were discovered in Royal Belum State Park. One of the snares had been placed on the ground, unset, beside a hole supposedly for the snare. Puzzled, but maybe the poachers detected the presence of patrol teams, felt compromised, and abandoned the site before completing their operation.

With more than 130 full-time rangers and patrollers working across Royal Belum State Park, constant boots-on-the-ground patrols have been the park's strongest defence against poaching.

That July 2023 incident was the last snaring case recorded in the park. Since then, Royal Belum State Park has achieved three consecutive years of zero snares—a remarkable milestone in protecting the wildlife in the park.

This achievement belongs to the people on the front line whose commitment and perseverance make a real difference every day. Our sincere appreciation goes to the rangers and patrollers from Perak State Parks Corporation, WWF-Malaysia, RIMAU, Yayasan Sime Darby, Community Ranger, and Operasi Khazanah Bersepadu - the Wildlife Department, the Royal Malaysia Police, and the Forestry Department.

Happy World Ranger Day!

Yayasan Sime Darby telah menyokong inisiatif rondaan dan perlindungan di Taman Negeri Royal Belum sejak tahun 2017 👍🏼
30/07/2026

Yayasan Sime Darby telah menyokong inisiatif rondaan dan perlindungan di Taman Negeri Royal Belum sejak tahun 2017 👍🏼

28/07/2026

🌍 28 Julai 2026, Sempena Sambutan Hari Konservasi Sedunia🌿

Bersempena Sambutan Hari Konservasi Sedunia, marilah kita bersama-sama memperkukuh komitmen dalam memelihara dan memulihara khazanah alam demi kelestarian generasi akan datang.

Program Konservasi Pulau Sembilan 2026 yang telah berjaya dilaksanakan menjadi bukti bahawa usaha kolektif mampu membawa impak yang besar terhadap pemeliharaan alam sekitar. Hasil daripada program ini, sebanyak 1,288 kilogram (kg) sampah pesisir pantai telah berjaya dikutip, sekali gus menyumbang kepada usaha memulihkan kebersihan kawasan pesisir serta memelihara ekosistem marin di Pulau Sembilan.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen, semangat kesukarelawanan dan kerjasama erat antara semua peserta, sukarelawan, agensi serta rakan strategik dalam menjayakan agenda konservasi alam sekitar.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan komitmen sepanjang pelaksanaan program ini. Semoga usaha ini menjadi inspirasi dan pemangkin kepada lebih banyak inisiatif pemuliharaan alam pada masa hadapan.

"Setiap kilogram sampah yang berjaya disingkirkan bukan sekadar membersihkan pantai, malah memulihkan harapan buat ekosistem marin dan generasi akan datang."🌊🌱

Selamat Menyambut Hari Konservasi Sedunia. Bersama kita memelihara alam, kerana setiap tindakan hari ini menentukan kelestarian masa hadapan.

Sebut Harga adalah dipelawa daripada syarikat yang masih sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) dalam ...
28/07/2026

Sebut Harga adalah dipelawa daripada syarikat yang masih sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) dalam kod bidang yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran bagi melaksanakan kerja-kerja seperti berikut :-

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN KAWASAN, MEMBEKAL DAN MENANAM POKOK HUTAN BAGI PENGAYAAN HABITAT DI TAMAN NEGERI ROYAL BELUM DI BAWAH INISIATIF PEMULIHARAAN HARIMAU MALAYA SERTA PELAKSANAAN CONSERVATION ASSURED | TIGER STANDARDS

TARIKH & MASA TUTUP 10 OGOS 2026 (ISNIN) JAM 12.00 TENGAH HARI

24/07/2026

Usaha konservasi alam sekitar di Pulau Sembilan memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak menerusi pendekatan keseluruhan masyarakat, termasuk penglibatan kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan komuniti setempat bagi memastikan pemuliharaan ekosistem marin dapat dilaksanakan sec...

24/07/2026

By: Rosli Mansor Ahmad Razali PULAU SEMBILAN: The decline of coral reef cover, a vital habitat for marine life, has prompted the Perak State Parks Corporati ...

24/07/2026
Sebut Harga adalah dipelawa daripada syarikat yang masih sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) dalam ...
15/07/2026

Sebut Harga adalah dipelawa daripada syarikat yang masih sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) dalam kod bidang yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran bagi melaksanakan kerja-kerja seperti berikut :-

MEMBEKAL DAN MEMASANG SANGKAR PINDAH, PERANGKAP HAIWAN DAN SET PAGAR KURUNGAN BAGI TUJUAN PELAKSANAAN INISIATIF PEMULIHARAAN HARIMAU MALAYA SERTA PELAKSANAAN CONSERVATION ASSURED | TIGER STANDARDS

TARIKH & MASA TUTUP
27 JULAI 2026 (ISNIN) JAM 12.00 TENGAH HARI

LOKASI PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA
PETI SEBUT HARGA
PERBADANAN TAMAN NEGERI PERAK
NO. 28A, JALAN LANG INDAH A/1,
PUSAT PERNIAGAAN LANG INDAH,
30010, IPOH, PERAK.

Address

No. 28, 28A & 28B, Jalan Lang Indah A/1, Pusat Perniagaan Lang Indah
Ipoh
30010

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6055253800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Taman Negeri Perak - Perak State Parks Corporation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perbadanan Taman Negeri Perak - Perak State Parks Corporation:

Shortcuts

Share