22/04/2019
KOHIJAU ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Tn Hj Asmuni Awi, Exco Perak, yang telah sudi hadir merasmikan mesyuarat agung ke4 Koperasi Alam Hijau Perak Berhad (KOHIJAU) semalam 21 April 2019, di Hotel Tower Regency, Ipoh. Turut hadir, Cik Diana, wakil SKM Perak.
YB Asmuni turut menyampaikan anugerah "Meritorius Service Award" kepada 4 orang penerima iaitu YBhg Datin Normah Hanum dari Pertubuhan Wanita Prihatin Perak dan Yayasan Pendidikan Perak, Mdm Kwok Choy Lan dari Lions Club of Perak Silver State, Mr. Thinakaran Sarangabanly dari Rukun Tetangga Jelapang dan Dr. Richard Ng dari Ipoh City Watch atas khidmat cemerlang mereka dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
YB Asmuni turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 30 orang ahli NGO dan KOHIJAU serta wartawan dan juga 2 orang anak ahli KOHIJAU yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2018.