09/06/2026
Salah seorang insan yang sentiasa berkhidmat membantu para tetamu Allah telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Pegawai Agama Andalusia Cawangan Kuala Kangsar, Ustaz Adib terlibat kecelakaan jalan raya semalam dan sekarang di Dewan Bedah.
Di sebalik senyumannya yang sentiasa memudahkan urusan orang lain, hari ini beliau sedang melalui satu ujian yang besar.
Kami memohon agar seluruh sahabat dan jemaah yang mengenali beliau dapat menghadiahkan doa yang terbaik. Semoga Allah SWT mengangkat kesakitan, mengurniakan kesembuhan yang sempurna dan memberikan kekuatan kepada beliau serta keluarganya.
Kerana kadangkala, doa yang ikhlas daripada ramai hati mampu menjadi cahaya di saat seseorang sedang bergelut dengan ujian kehidupan. Sebarang urusan pendaftaran boleh hubungi Andalusia Kuala Kangsar.