18/03/2025
Badal Umrah yang dilaksanakan dalam Bulan Ramadhan 1446H / 2025.
Nabi SAW berkata:
فَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فَاعْتَمِرِي ، فَإِنَّ عُمْرَةً فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً) وفي رواية لمسلم : حجة معي)
Maksudnya: “Jika datang bulan Ramadhan, lakukanlah umrah, kerana pahala umrah itu sama dengan pahala mengerjakan haji.” Dalam riwayat muslim, “Sama dengan pahala menunaikan haji bersamaku.”
Riwayat Imam al-Bukhari (1782) dan Muslim (1256)
Kesamaan yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah antara pahala umrah di bulan Ramadan dan pahala haji adalah daripada ukuran pahala, bukan daripada jenis dan kualiti, kerana haji tidak diragukan lagi, lebih mulia daripada umrah daripada sisi jenis amal.
Sesiapa yang mengerjakan umrah di bulan Ramadan, maka dia akan meraih senilai pahala ibadah haji, cuma perbuatan ibadah haji memiliki keutamaan, keistimewaan dan kedudukan yang tidak terdapat dalam umrah, seperti doa di Arafah, melontar jumrah, menyembelih kurban dan lainnya.