Usrah Travel&Tours sdn.bhd

Usrah Travel&Tours sdn.bhd HQ menyediakan PAKEJ UMRAH.Harga Serendah Rm6950 pakej lengkap - Pakej Umrah+Ziarah Turkey

Assalamualaikum..Jom melawat Muzium Al-Quran Bersama Usrah Travel & Tours . Rasai pengalaman sebenar melihat Al-Quran Be...
26/04/2025

Assalamualaikum..

Jom melawat Muzium Al-Quran Bersama Usrah Travel & Tours . Rasai pengalaman sebenar melihat Al-Quran Berusia 1000 tahun dan Manuskrip-manuskrip lama yang ada di sana.

Martabatkan Al-Quran Sebagai Panduan Hidup!


SALAM NUZUL AL-QURAN 2025/1446H 📖🕌Selamat menyambut Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam.Semoga kita sama-sama dapat...
17/03/2025

SALAM NUZUL AL-QURAN 2025/1446H 📖🕌

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam.

Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya Al-Quran dan menghayati setiap pengajaran di dalamnya.

DETIK-DETIK WAFATNYA SITI KHADIJAH, ISTERI TERCINTA RASULULLAH ï·ºSiti Khadijah adalah isteri pertama Rasulullah. Orang ya...
12/03/2025

DETIK-DETIK WAFATNYA SITI KHADIJAH, ISTERI TERCINTA RASULULLAH ï·º

Siti Khadijah adalah isteri pertama Rasulullah. Orang yang pertama kali beriman kepada ALLAH dan kenabian Rasulullah. Orang yang sangat berjasa bagi dakwah Rasulullah dan penyebaran agama Islam.

Siti Khadijah wafat pada hari ke-11 bulan Ramadlan tahun ke-10 kenabian, tiga tahun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Khadijah wafat dalam usia 65 tahun, saat usia Rasulullah sekitar 50 tahun.

PERMINTAAN TERAKHIR

Diriwayatkan, ketika Khadijah sakit menjelang ajal, Khadijah berkata kepada Rasululllah SAW,

"Daku memohon maaf kepadamu, Ya Rasulullah, kalau aku sebagai istrimu belum berbakti kepadamu".

"Jauh dari itu ya Khadijah. Engkau telah mendukung da'wah Islam sepenuhnya" , jawab Rasulullah"

Kemudian Khadijah memanggil Fatimah Azzahra dan berbisik,

"Fatimah putriku, aku yakin ajalku segera tiba, yang kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, aku malu dan takut memintanya sendiri, agar beliau memberikan serbannya yang biasa untuk menerima wahyu agar dijadikan kain kafanku".

Mendengar itu Rasulullah berkata,

"Wahai Khadijah, ALLAH mengirimkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di syurga".

Ummul mukminin, Siti Khadijah pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah. Didakapnya istri Beliau itu dengan perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia Beliau dan semua orang yang ada disitu.

KAIN KAFAN DARI ALLAH

Saat itu Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain kafan. Rasulullah menjawab salam Jibril dan kemudian bertanya,

Untuk siapa kain kafan itu, ya Jibril?

Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan jawab Jibril. Jibril berhenti berkata dan kemudian menangis.

Rasulullah bertanya, Kenapa, ya Jibril?

Cucumu yang satu, Husain tidak memiliki kafan, dia akan dipenggal dan gugur syahid tanpa kafan dan tak dimandikan sahut Jibril.

Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah,

Wahai Khadijah isteriku sayang, demi ALLAH, aku takkan pernah mendapatkan isteri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. ALLAH maha mengetahui semua amalanmu.

"Semua hartamu kau infaqkan untuk Islam. Kaum muslimin pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga darimu.

"Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar serban?".

Tersedu Rasulullah mengenang istrinya semasa hidup.

Seluruh kekayan Khadijah diserahkan kepada Rasulullah untuk perjuangan agama Islam. Dua per tiga kekayaan Kota Mekkah adalah milik Khadijah. Tetapi ketika Khadijah hendak menjelang wafat, tidak ada kain kafan yang dapat digunakan untuk menutupi jasad Khadijah.

Bahkan pakaian yang digunakan Khadijah ketika itu adalah pakaian yang sudah sangat lusuh dengan 83 tampalan diantaranya dengan kulit kayu.

Rasulullah kemudian berdoa kepada ALLAH.

Ya ALLAH, ya Ilahi Rabbi, limpahkanlah rahmat-Mu kepada Khadijahku, yang selalu membantuku dalam menegakkan Islam. Mempercayaiku pada saat orang lain menentangku. Menyenangkanku pada saat orang lain menyusahkanku. Mententeramkanku pada saat orang lain membuatku gelisah. Oh Khadijahku sayang, kau meninggalkanku sendirian dalam perjuanganku. Siapa lagi yang akan membantuku?

Tiba-tiba Ali berkata, Aku, Ya Rasulullah!

PENGORBANAN SITI KHADIJAH SEMASA HIDUP

Dikisahkan, suatu hari ketika Rasulullah pulang dari berdakwah, Beliau masuk ke dalam rumah. Khadijah menyambut, dan hendak berdiri di depan pintu. Ketika Khadijah hendak berdiri, Rasulullah bersabda,

"Wahai Khadijah tetaplah kamu ditempatmu" .

Ketika itu Khadijah sedang menyusukan Fatimah yang masih bayi.

Saat itu seluruh kekayaan mereka telah habis. Seringkali makanan pun tak punya. Sehingga ketika Fatimah menyusu, bukan air susu yang keluar akan tetapi darah. Darahlah yang masuk dalam mulut Fatimah r.a.

Kemudian Beliau mengambil Fatimah dari gendongan istrinya lalu diletakkan di tempat tidur. Rasulullah yang lelah keletihan pulang berdakwah dan menghadapi segala caci maki dan fitnah manusia itu lalu berbaring di pangkuan Khadijah.

Rasulullah tertidur. Ketika itulah Khadijah membelai kepala Rasulullah dengan penuh kelembutan dan rasa sayang. Tak terasa air mata Khadijah menitis di p**i Rasulullah. Beliau pun terjaga. Baginda berkata,

"Wahai Khadijah Mengapa engkau menangis? Adakah engkau menyesal bersuamikan aku, Muhammad?", tanya Rasulullah dengan lembut.

"Dahulu engkau wanita bangsawan, engkau mulia, engkau hartawan. Namun hari ini engkau telah dihina orang. Semua orang telah menjauhi dirimu. Seluruh kekayaanmu habis. Adakah engkau menyesal wahai Khadijah bersuamikan aku, Muhammad?" lanjut Rasulullah tak kuasa melihat istrinya menangis.

" Wahai suamiku. Wahai Nabi ALLAH. Bukan itu yang kutangiskan." jawab Khadijah.

"Dahulu aku memiliki kemuliaan. Kemuliaan itu telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku adalah bangsawan. Kebangsawanan itu juga aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku memiliki harta kekayaan. Seluruh kekayaan itupun telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya.

"Wahai Rasulullah. Sekarang aku tak punya apa-apa lagi. Tetapi engkau masih terus memperjuangkan agama ini. Wahai Rasulullah. Sekiranya nanti aku mati sedangkan perjuanganmu ini belum selesai, sekiranya engkau hendak menyeberang sebuah lautan, sekiranya engkau hendak menyeberangi sungai namun engkau tidak memperoleh rakit pun atau pun jambatan.

"Maka galilah lubang kuburku, ambilah tulang belulangku. Jadikanlah sebagai jambatan untuk engkau menyeberangi sungai itu supaya engkau dapat berjumpa dengan manusia dan melanjutkan dakwahmu.

"Ingatkan mereka tentang kebesaran Allah. Ingatkan mereka kepada yang hak. Ajak mereka kepada Islam, wahai Rasulullah".

Kerana itu, peristiwa wafatnya Siti Khadijah sangat menusuk jiwa Rasulullah. Alangkah sedih dan pedihnya perasaan Rasulullah ketika itu kerana dua orang yang dicintainya yaitu isterinya Siti Khadijah dan pakciknya Abu Thalib telah wafat.

Tahun itu disebut sebagai Aamul Huzni (tahun kesedihan) dalam kehidupan Rasulullah.

Ilaa hadlratin Nabiyyil musthafa, wa ilaa Khadijah al Kubra, al Fatihah.

Oleh Ustadz Zainul Hakim

Sumber: Kitab Al Busyro, yang ditulis Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliky al Hasani.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Tawaran harga istimewa untuk sewaan berbuka puasa
02/03/2025

Tawaran harga istimewa untuk sewaan berbuka puasa

01/03/2025
🌙 Selamat Menyambut Ramadan 2025 / 1446H 🌙Marhaban ya Ramadan Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi kesempatan untuk me...
28/02/2025

🌙 Selamat Menyambut Ramadan 2025 / 1446H 🌙

Marhaban ya Ramadan

Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga Ramadan kali ini membawa lebih banyak ketenangan, keinsafan dan keberkatan dalam kehidupan kita semua.

Ikhlas daripada Usrah Travel & Tours Sdn Bhd

Alhamdulillah akhirnya Usrah Travel mampu memiliki Bas Persiaran Sendiri. 10 % lagi untuk siap touch up. Semoga dapat me...
19/02/2025

Alhamdulillah akhirnya Usrah Travel mampu memiliki Bas Persiaran Sendiri. 10 % lagi untuk siap touch up. Semoga dapat membantu memudahkan perjalanan pelanggan usrah travel.

Alhamdulillah di atas rezeki yang tidak diduga buat tahun 2025

Sekiranya ada antara pelanggan kami ingin menyewa untuk sebarang program/lawatan boleh hubungi kami. Harga Istimewa Menanti !!

Terima Kasih Allah!


Alhamdulillah, Jemaah Umrah 3 Feb 2025Selamat Tiba di Tanah AirSyukur, seramai 46  jemaah kami yang berlepas pada 3 Feb ...
15/02/2025

Alhamdulillah, Jemaah Umrah 3 Feb 2025
Selamat Tiba di Tanah Air
Syukur, seramai 46 jemaah kami yang berlepas pada 3 Feb telah selamat tiba semalam di KLIA, tepat jam 7.40 Malam

Setiap langkah dan doa di Tanah Suci adalah kenangan indah yang kini menjadi sebahagian daripada perjalanan spiritual mereka. Kami bangga dapat menjadi sebahagian daripada momen istimewa ini.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah dan melimpahkan keberkatan dalam kehidupan mereka.

Terima kasih kerana memilih Usrah Travel & Tours Sdn Bhd

Air Zam Zam sebagai cenderahati syarikat kepada para jemaah

Buat semua muslimin dan muslimat
13/02/2025

Buat semua muslimin dan muslimat

04/02/2025

Alhamdulillah maklum balas positif drpd jemaah 21 Jan - 2 Feb 2025.

Kami amat berbesar hati dengan maklum balas diberikan dan terima kasih kerana memilih usrah travel.

Kepada bakal jemaah yang masih mencari pakej umrah boleh hubungi Kami

Alhamdulillah jenazah arwah Mohd Saad Bin Ahmad (Jemaah Umrah Usrah Travel&Tours sdn.bhd 21 Jan-2 Feb) selamat disemadik...
04/02/2025

Alhamdulillah jenazah arwah Mohd Saad Bin Ahmad (Jemaah Umrah Usrah Travel&Tours sdn.bhd 21 Jan-2 Feb) selamat disemadikan di Perkuburan Dhahban/Zahban / مقبرة ذهبان di Jeddah.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Terima Kasih kepada Team Operasi Usrah Travel di Haramain yang diketuai oleh Ustaz Azri Hisani menguruskan jenazah arwah dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas disahkan oleh pihak hospital.

Address

Lot 60300 Jalan Pasar
Jerteh
22000

Telephone

+60139445283

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Usrah Travel&Tours sdn.bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Usrah Travel&Tours sdn.bhd:

Share

Category