AQUA Travel

AQUA Travel KHADAM HARAMAIN. Penyantun Tetamu Allah Dan Baginda Rasul. Pakej Umrah Ziarah yang selesa & Sempurna

Alhamdulillah...Pakej Umrah Rutob Istimewa Maulid Nabi SAW yang akan berlepas pada 23 Ogos 2026 sebenarnya telah penuh s...
03/07/2026

Alhamdulillah...
Pakej Umrah Rutob Istimewa Maulid Nabi SAW yang akan berlepas pada 23 Ogos 2026 sebenarnya telah penuh seawal bulan April 2026.

Namun, atas beberapa komitmen dan keadaan peribadi yang tidak dapat dielakkan, terdapat 5 orang jemaah yang terpaksa menangguhkan pemergian mereka, sekali gus membuka semula 5 kekosongan tempat.

Kami percaya...

Mungkin di luar sana masih ada insan yang telah lama menunggu peluang untuk menjadi Tetamu Allah tetapi belum mengetahui bahawa kekosongan ini telah dibuka semula.

๐Ÿค Di sinilah kami memerlukan bantuan sahabat-sahabat semua.

Kami tidak meminta lebih.

Cukuplah sekadar satu SHARE daripada anda.
Mungkin dalam senarai rakan Facebook anda ada...

๐Ÿ•‹ Seorang ibu yang telah lama menyimpan impian untuk mengerjakan umrah.

๐Ÿ•‹ Seorang ayah yang sedang mencari pakej terbaik.

๐Ÿ•‹ Seorang sahabat yang sedang menunggu jemputan Allah SWT.

Mungkin satu klik SHARE daripada anda menjadi sebab mereka akhirnya menjejakkan kaki ke Baitullah.
Rasulullah ๏ทบ bersabda:

"Sesiapa yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, maka baginya pahala seperti pahala orang yang melakukannya."
(Riwayat Muslim)

๐ŸŽ TANDA PENGHARGAAN DARIPADA AQUA TRAVEL

Sebagai menghargai sokongan semua sahabat, setiap individu yang berkongsi (SHARE) posting ini layak mendaftar untuk menyertai Cabutan Bertuah Aqua Travel.

๐Ÿ† Hadiah Utama

๐Ÿ•‹ 1 Pakej Umrah PERCUMA bersama Pengarah Urusan Aqua Travel.

๐Ÿ“… Cabutan akan diadakan pada 2 Januari 2027.

โณ Kini hanya tinggal 5 tempat sahaja.

Jika anda belum berpeluang ke Tanah Suci, atau mengenali seseorang yang sedang menunggu peluang tersebut, bantulah kami sebarkan berita ini.

๐Ÿ“ž 014-743 3574
AQUA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
"Santuni Dari Hati Nurani"

๐Ÿ“ข KURSUS UMRAH PERCUMA | JOM TAMBAH ILMU SEBELUM MENJADI TETAMU ALLAH ๐Ÿคฒ๐Ÿ•‹Ramai yang sanggup berbelanja puluhan ribu ringg...
26/06/2026

๐Ÿ“ข KURSUS UMRAH PERCUMA | JOM TAMBAH ILMU SEBELUM MENJADI TETAMU ALLAH ๐Ÿคฒ๐Ÿ•‹

Ramai yang sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit untuk menunaikan Umrah, tetapi meluangkan beberapa jam untuk menuntut ilmu sebelum berangkat adalah pelaburan yang jauh lebih bernilai.

โœจ Bagaimana niat Umrah yang betul? โœจ Apa kesalahan yang sering berlaku ketika Tawaf dan Sa'ie? โœจ Bagaimana memastikan Umrah kita dilakukan mengikut sunnah?

Semua ini akan dikongsikan secara mudah, praktikal dan step-by-step dalam Kursus Umrah Aqua Travel & Tours.

๐Ÿ“… Tarikh: 27 Jun 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•™ Masa: 10.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Aqua Travel, Alor Lintang

๐Ÿ“š Apa yang akan dipelajari? โœ… Niat & syarat-syarat Umrah
โœ… Rukun & wajib Umrah
โœ… Tawaf, Sa'ie & Tahallul
โœ… Doa-doa penting & amalan
โœ… Tips perjalanan & persediaan Umrah

๐Ÿ’š PERCUMA & TERBUKA UNTUK SEMUA โœ”๏ธ Bakal jemaah Umrah โœ”๏ธ Pernah mengerjakan Umrah โœ”๏ธ Ahli keluarga yang ingin menambah ilmu โœ”๏ธ Sesiapa sahaja yang bercita-cita menjadi tetamu Allah

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

๐Ÿ’ฌ SOALAN UNTUK ANDA

Jika Allah SWT menjemput anda menunaikan Umrah esok, adakah anda benar-benar yakin dengan setiap rukun dan cara pelaksanaannya?

Jawab di ruangan komen: โœ… "Insya-Allah saya hadir" atau โค๏ธ Tag seseorang yang patut hadir bersama anda.

Semoga Allah SWT mempermudahkan langkah kita menuju Baitullah dan mengurniakan Umrah yang mabrurah. Amin Ya Rabbal 'Alamin. ๐Ÿคฒ๐Ÿ•‹

Ada yang senyum perlahan.Ada yang berdiri jauh, kecil di sisi Kaabah.Ada yang cuma ambil gambar lantaiโ€ฆtapi kita tahu, a...
27/01/2026

Ada yang senyum perlahan.
Ada yang berdiri jauh, kecil di sisi Kaabah.
Ada yang cuma ambil gambar lantaiโ€ฆ
tapi kita tahu, air mata sedang jatuh dalam diam.

Masjidil Haram itu seperti cermin.
Bukan cermin wajah,
tapi cermin hati.

Siapa yang datang dengan beban,
di situlah dia dilepaskan.
Siapa yang datang dengan doa lama,
di situlah Allah jawab โ€”
sama ada dengan air mata,
atau dengan rasa tenang yang tak boleh diceritakan.

Gambar-gambar ini bukan untuk menunjuk.
Ia adalah bahasa hati yang tak sempat ditulis.
Status yang tak mampu diungkap,
lalu dizahirkan melalui sekeping gambar.

Bukan semua orang sampai ke sini kerana mampu.
Ramai yang sampai kerana dijemput.

Kalau hati kecil itu sedang berbisik,
โ€œBila p**a giliran aku ya Allahโ€ฆโ€

Ketahuilah, jalan ke Baitullah tak semestinya mahal,
yang penting niat dan langkah pertama.

๐Ÿ“Œ Pakej Mampu Umrah
๐Ÿ’ฐ RM 6,990 sahaja
๐Ÿจ Hotel dekat
๐Ÿฝ๏ธ Makan penuh
๐Ÿ•‹ Bimbingan & pengurusan berpengalaman

Doakan kami terus amanah,
dan doakan yang belum sampai,
agar satu hari nantiโ€ฆ
timeline mereka juga dipenuhi gambar yang sama.

โœˆ๏ธ PELEPASAN JEMAAH UMRAH | 25 JAN โ€“ 6 FEB 2026 ๐Ÿ•‹Alhamdulillah, hari ini  30 orang jemaah Umrah Aqua Travel untuk perjal...
25/01/2026

โœˆ๏ธ PELEPASAN JEMAAH UMRAH | 25 JAN โ€“ 6 FEB 2026 ๐Ÿ•‹

Alhamdulillah, hari ini 30 orang jemaah Umrah Aqua Travel untuk perjalanan suci ke Tanah Haram.

Jemaah berlepas menaiki penerbangan AAX D700, diiringi oleh mutawwif berpengalaman:
๐Ÿค Ustaz Shahrul
๐Ÿค YM Ustazah Raja Zawiah

Setiap langkah adalah amanah.
Setiap doa yang dibawa, kami titipkan harapan agar perjalanan ini diberkati, dipermudahkan dan diterima sebagai umrah yang mabrur.

Terima kasih kepada semua jemaah yang memilih Aqua Travel sebagai teman musafir ibadah. Doakan kami terus istiqamah memberi servis terbaik, bukan sekadar membawaโ€ฆ tetapi membimbing.

-------------------

โœจ Bagi yang menyimpan niat ke Tanah Suci:
Kami menyediakan Pakej Mampu Umrah
๐Ÿจ Hotel dekat
๐Ÿฝ๏ธ Makan penuh
๐Ÿ’ฐ Serendah RM6,990 sahaja

PM kami untuk info & tarikh seterusnya.
Niatkan, insyaAllahโ€ฆ Allah jemput bila tiba masanya.

Pengurusan Aqua Travel & Tours Sdn. Bhd. merakamkan ucapan Selamat Menyambut Israk dan Mikraj Nabi Muhammad ๏ทบ pada 27 Re...
17/01/2026

Pengurusan Aqua Travel & Tours Sdn. Bhd. merakamkan ucapan Selamat Menyambut Israk dan Mikraj Nabi Muhammad ๏ทบ pada 27 Rejab 1447H bersamaan 17 Januari 2026 kepada seluruh umat Islam.

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan sekadar kisah perjalanan agung Rasulullah ๏ทบ, tetapi satu peringatan besar tentang ketaatan, pengorbanan dan hubungan hamba dengan Allah SWT, khususnya melalui kewajipan solat yang menjadi inti pati ibadah.

Sebagai sebuah syarikat yang menguruskan perjalanan umrah, kami percaya bahawa umrah bukan hanya sebuah perjalanan fizikal, tetapi perjalanan hati dan jiwa untuk kembali kepada Allah, memperbaiki diri dan mendekatkan hubungan dengan-Nya. Israk dan Mikraj mengajar kita bahawa setiap langkah menuju ketaatan sentiasa disertai rahmat dan pertolongan Allah SWT.

Semoga peringatan Israk dan Mikraj ini menyuntik keazaman dalam diri kita untuk terus memperbaiki amal, menjaga solat dan menyahut seruan Allah dengan hati yang ikhlas. Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan langkah kita semua untuk menjadi tetamu-Nya di Tanah Suci dan menerima setiap ibadah yang dilakukan.

Salam hormat,
Pengurusan
Aqua Travel & Tours Sdn. Bhd.

UMRAH & UMRAH@JORDAN โ€“ DIS 2025 / JAN 2026Alhamdulillah, segala persiapan akhir untuk semua jemaah Aqua Travel bagi trip...
07/12/2025

UMRAH & UMRAH@JORDAN โ€“ DIS 2025 / JAN 2026
Alhamdulillah, segala persiapan akhir untuk semua jemaah Aqua Travel bagi trip 21 dan 22 Disember 2025 hingga 2 Januari 2026 kini hampir lengkap. Buku panduan, tag lanyard, jadual perjalanan, serta taklimat terakhir semuanya sedang disusun rapi oleh team kami.

Setiap kump**an dipimpin oleh mutawwif berpengalaman seperti TG Ustaz Haji Adam, Ustaz Mustafa & Prof Madya Dr Anas, insyaAllah perjalanan kali ini lebih tersusun, tenang dan dipermudahkan Allah.

๐ŸŒŸ Doakan semua jemaah diberi kesihatan, kekuatan dan kelapangan hati untuk menjadi tetamu Allah dengan sebaik-baik adab dan akhlak.

๐ŸŒŸ Semoga perjalanan ini menjadi umrah yang paling bermakna, menggugurkan dosa-dosa dan membuka pintu rezeki yang luas buat semua.

Terima kasih kerana memilih Aqua Travel & Tours Sdn Bhd sebagai pengurus perjalanan ibadah anda.
Semoga Allah menerima setiap langkah kita menuju Baitullah. ๐Ÿคโœจ

Setiap langkah menuju Makkah sebenarnya bermula jauh sebelum pesawat berlepasโ€ฆia bermula di dalam hati โ€” saat kita memil...
30/10/2025

Setiap langkah menuju Makkah sebenarnya bermula jauh sebelum pesawat berlepasโ€ฆ
ia bermula di dalam hati โ€” saat kita memilih untuk kembali kepada Allah.

Melihat Kaabah dari dekat bukan sekadar perjalanan,
tetapi satu rasa yang hanya difahami oleh jiwa yang pernah rindu kepada Tuhannya.
Di situlah air mata jatuh tanpa dipaksa,
dan di situlah hati akhirnya menjadi tenang.

Jika detik ini hadir rasa ingin menjadi tetamu Allah,
itu bukan kebetulan.
Itu adalah lembutnya Allah memanggil kita p**ang.

Aqua Travel sedia membimbing perjalanan rohani ini
dengan penuh amanah, kasih dan pengalaman.

๐ŸŒฟ Jika hati tuan sudah bersedia, kami di sini untuk membantu.
WhatsApp: 014-743 3574

KURSUS UMRAH TERBUKA & PERCUMA ๐ŸŒ™Alhamdulillah, dengan izin Allah saya diberi peluang untuk berkongsi sedikit ilmu dan pe...
23/10/2025

KURSUS UMRAH TERBUKA & PERCUMA ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya diberi peluang untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman dalam dunia umrah bersama sahabat-sahabat semua.

InsyaAllah kita akan bersama dalam Kursus Umrah Terbuka & Percuma anjuran Aqua Travel โ€” satu ruang santai untuk belajar, bertanya, dan memahami perjalanan menuju Baitullah dengan lebih tenang dan yakin.

๐Ÿ“… Sabtu, 25 Oktober 2025
๐Ÿ•™ 10 pagi - 12 tengah hari
๐Ÿ“ Dewan Aqua Travel & Tours, Alor Lintang, Besut

Saya menjemput semua muslimin dan muslimat untuk hadir.
Tiada bayaran, tiada syarat โ€” hanya niat yang ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah ๐ŸŒฟ

Semoga sedikit perkongsian ini menjadi manfaat untuk kita semua menuju umrah yang mabrur dan penuh keberkatan. ๐Ÿคฒ

KURSUS UMRAH PERCUMA bersama AQUA TRAVEL kini dibawakan khas untuk anda yang ingin memahami ibadah umrah secara lengkap ...
09/10/2025

KURSUS UMRAH PERCUMA bersama AQUA TRAVEL kini dibawakan khas untuk anda yang ingin memahami ibadah umrah secara lengkap dan mudah difahami.

๐Ÿ’ฌ Bersama pembimbing berpengalaman:
๐ŸŒŸ Ust Haji Muda

๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 11 Oktober 2025
โฐ Masa: 10.00 pagiโ€“ 12.00 T/hari
๐Ÿ“Œ Lokasi: Dewan Pejabat Aqua Travel Alor lintang
๐ŸŒ Info lanjut: www.umrahaqua.com

๐Ÿ“Œ Antara yang akan dikongsikan:
โœ”๏ธ Langkah demi langkah ibadah umrah
โœ”๏ธ Tip penting semasa di Tanah Suci
โœ”๏ธ Soal jawab terus bersama pembimbing

๐ŸŽ KEHADIRAN ADALAH PERCUMA โ€“ Terbuka kepada semua, muslimin dan muslimat. Jangan lepaskan peluang ini!

๐Ÿ•Œ Ilmu sebelum amal โ€“ semoga menjadi asbab dimudahkan langkah ke Baitullah.

Address

KAMPUNG ALOR LINTANG
Jerteh
22200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AQUA Travel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category