11/06/2026
HARI KEDUA – 22.12.2025
Hari ke dua, kami check out dari hotel selepas sarapan pagi dan bas bertolak menuju ke Bandar ke dua iaitu Da Lat. Da Lat ni macam Cameron Highlands di Malaysia iaitu tempat sejuk. Tempoh perjalanan mengambil masa selama 4 jam melalui jalan short cut.
1. White Sand Dunes:
White Sand Dunes ni tempatnya seakan-akan padang pasir tetapi di tepi tasik. Tempat ini cuacanya panas kerana bahang daripada pasir tetapi pemandangannya sangat cantik kerana ada tasik di tepi Kawasan padang pasir ini.
Di sini kami di bawa naik 4x4 dengan pemanduan extreme. Naik bukit dan singgah untuk berfoto. Angin kuat walaupun cuaca panas. Jika berminat anda boleh bermain sandboarding (luncur pasir) atau sewa ATV pandu sendiri di sini.
Selesai bergambar di atas bukit, kami dibawa p**a turun ke tepi tasik Bau Trang (juga disebut Bau Sen). Lagi tempat menarik dan pop**ar untuk bergambar berlatar-belakangkan tasik, kincir angin dan sebagainya.
2. Mui Ne Fishing Village:
Dalam perjalanan ke Bandar Da Lat juga, kami telah singgah di sebuah perkampungan nelayan iaitu Mui Ne Fishing Village. Sebuah pekan kecil yang mana aktiviti utama penduduknya ialah sebagai nelayan.
Kami agak terpegun dengan keindahan pantai dan cara kapal-kapal perahu yang mereka labuh di sana. Dalam gambar Papa, anda boleh tengok bentuk perahu mereka juga agak berlainan dengan nelayan kita di Malaysia.
3. Da lat Night Market:
Pasar Malam Da Lat ini Adalah antara Lokasi yang wajib dikunjungi oleh pelancong jika datang ke Da Lat. Terletak di Tengah Bandar Da Lat. Da Lat ni tempat sejuk tau.. seakan Cameron Highlands di Malaysia.
Kain baju yang dijual di Pasar Malam ini juga banyak yang berbulu iaitu pakaian semasa cuaca sejuk. Pengunjung terutama muda mudi di sana juga memakai baju lengan Panjang dan berbulu. Tetapi bagi si dara biasanya ia di pakai dengan skirt singkat….
Luas Kawasan Pasar Malam ini. Puas hati dan rambang mata bila berjalan-jalan window shopping dan melihat gelagat orang ramai yang hadir. Tambahan p**a Kawasan sekitar pasar diterangi oleh pancaran lampu-lampu neon daripada papan tanda-papan tanda premis perniagaan sekitar. Betul-betul menimbulkan mood happy dan ceria.