22/10/2026
SENTUHAN PRIHATIN: LAWATAN KEBAJIKAN ANGGOTA KEM KOMANDAN BN5 PGA
SIMPANG RENGGAM, 22 OKTOBER 2026 (KHAMIS) – Sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga pasukan, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), YDH DSP Helmy Bin Abdullah bersama Timbalan Pengerusi PERKEP BN5 PGA, Puan Nurulhana Binti Sukarni telah mengadakan lawatan kebajikan kepada Sjn Hussen Bin Mohamad, anggota Cawangan Kem Komandan BN5 PGA yang sedang menjalani pemulihan akibat masalah kesihatan.
Lawatan tersebut turut disertai oleh Ajutan BN5 PGA, YDH ASP Abd Muthalib Bin Dolah, Pegawai Kem Komandan BN5 PGA, Insp Muhammad Hakimi Bin Hashim, serta wakil kebajikan dan perubatan batalion. Selain bertanya khabar dan mendapatkan perkembangan terkini kesihatan anggota, lawatan ini turut bertujuan menyampaikan sumbangan daripada pihak batalion dan Cawangan Kem Komandan sebagai tanda sokongan serta keprihatinan terhadap beliau dan keluarga.
Semoga kunjungan ini dapat memberikan suntikan semangat dan kekuatan kepada anggota berkenaan dalam menghadapi ujian kesihatan yang dialami. Seluruh warga BN5 PGA mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat seperti sediakala. Sesungguhnya, kebajikan setiap warga pasukan sentiasa menjadi keutamaan, selaras dengan semangat kekeluargaan dan ukhuwah yang utuh dalam pasukan.