13/10/2022
Betul ke orang kata, kalau datang kat sini, seperti bercuti di Cameron Highlands?
Kebetulan Min ada urusan rasmi kat Kluang, jadi Min pun berkesempatanlah datang ke sini untuk melihat sendiri lokasi yang sedang 'viral' kat Daerah Kluang niπ₯°.
Inilah lokasi yang makin menjadi sebutan ramai dan sering dijadikan 'port tik-tok', Talula Hill Resort, Kluang, Johor.
Serius, view kat sini seperti berada di pusat peranginan tanah tinggi Cameron Highlands. Cuma tidak ada pokok tehπ.
Terima kasih kepada pengurusan Talula Hill Resort yang sudi menerima kunjungan Min dan membawa Min melawat ke sekitar resort. Memang 'ohsem'.
Bagi anda yang ingin bercuti kat atas bukit ala-ala Cameron Highlands tu, bolehlah masukkan lokasi ni dalam senarai lokasi percutian anda kerana kat sini ada disediakan juga resort untuk bermalam. Memang 'cool'π.
Nak datang sekadar untuk makan-makan pun boleh, tapi kena datang awal sebab selalu "full-house" terutama pada waktu minum petang. Sambil minum-minum tu, bolehlah bergambar berlatar-belakangkan pemandangan ala-ala Cameron Highlandsπ
Pengurus
Talula Hill Resort
π PTD 40612, Jalan Padang Tembak,
86000 Kluang, Johor
π² : 019-375 5818