Mutawwif Rizam Zainal

Mutawwif Rizam Zainal Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mutawwif Rizam Zainal, Travel Company, 81200, Johor Bahru.

Perunding jualan pakej ibadah umrah dan ziarah ke luar negara serta mutawwif umrah dan penceramah umrah kaedah SALAK

WAKIL JUALAN JOHOR, TRIPFEZ TRAVEL & TOUR SDN BHD (1035532-D) (KPK/LN:7142)

๐ŸŒ™ *UMRAH PAKEJ EKONOMI 1447/ 2026* ๐Ÿ’ซ Peluang rebut pahala berganda di bulan penuh rahmat!๐Ÿ•‹ Jemputan khas untuk menyambut...
02/01/2026

๐ŸŒ™ *UMRAH PAKEJ EKONOMI 1447/ 2026*
๐Ÿ’ซ Peluang rebut pahala berganda di bulan penuh rahmat!

๐Ÿ•‹ Jemputan khas untuk menyambut Ramadhan di Tanah Suci
*Bersama Bimbingan mutawwif* berpengalaman & ziarah penuh penghayatan!

๐Ÿ›ซ ALQUWWAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
๐Ÿ“… Tarikh Penerbangan
*SEPANJANG TAHUN 2026 KECUALI RAMADHAN & CUTI SEKOLAH*
โœˆ๏ธ6 April - 17 April
โœˆ๏ธ24 Jun - 5 Julai
โœˆ๏ธ8 Julai - 19 julai
โœˆ๏ธ9 Julai - 20 julai
โœˆ๏ธ23 Julai - 3 Ogos
โœˆ๏ธ12 Ogos - 23 Ogos
โœˆ๏ธ18 Ogos - 29 Ogos
โœˆ๏ธ19 Ogos - 30 Ogos
โœˆ๏ธ22 Sept - 4 okt
โœˆ๏ธ24 Sept - 6 okt
โœˆ๏ธ27 Sept - 8 okt
โœˆ๏ธ28 Sept - 9 okt
โœˆ๏ธ18 Okt - 29 okt

๐Ÿจ Penginapan selesa
๐Ÿ”น Mekah: Zilal al Nuzaala @ setaraf (500m+-)
๐Ÿ”น Madinah: Saha/ Rua @ setaraf (150 m)

๐Ÿ’ฐ HARGA PAKEJ:
๐Ÿ‘ฅ Bilik 4/5 orang: RM5990
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ง Bilik 3 orang: RM6390
๐Ÿ‘ซ Bilik 2 orang: RM 6990

๐Ÿ“ฆ Termasuk dalam pakej:
โœ… Tiket pergi balik
โœ… Visa Tourist
โœ… 6/5 Malam di Mekah & 4/5Malam di Madinah
โœ… Bimbingan Mutawwif
โœ… Ziarah dalam & luar (Mekah & Madinah)
โœ… Ziarah istimewa 12โ€“16 lokasi tempat Rasulullah SAW
โœ… Ziarah Hudaibiyah
โœ… Pengangkutan berhawa dingin
โœ… Sling bag + air zamzam 5L

๐Ÿ“Œ Tidak termasuk:
โŒ Makan
โŒ Set bagasi
โŒ Ihram/telekung
โŒ Perbelanjaan peribadi

๐Ÿงณ Add-on Pilihan:
๐ŸŽ’ Set Bagasi: +RM250
๐Ÿ•‹ Ihram: +RM70
๐Ÿง• Telekung: +RM70
๐Ÿฑ Makan Fullboard (Mekah & Madinah): +RM760

๐Ÿ“ž *Tempahan & Maklumat Lanjut:*
๐Ÿ“ฒ WhatsApp: https://Wasap.my/601156557374/UmrahAlQuwwahPakejEkonomiTerbaik
๐Ÿ“ Tempat TERHAD โ€“ rebut peluang keemasan ini untuk beribadah di bulan mulia bersama yang tersayang ๐Ÿ’–

"Dosa Ini Lebih Halus Daripada Tapak Kaki Semut Hitam"Kita selalu rasa takut dengan Dajjal.Kita doa hari-hari minta jauh...
24/12/2025

"Dosa Ini Lebih Halus Daripada Tapak Kaki Semut Hitam"

Kita selalu rasa takut dengan Dajjal.

Kita doa hari-hari minta jauh daripada fitnah akhir zaman itu. Sebab kita tahu Dajjal itu sangat dasyat, dia boleh memesongkan iman kita sekelip mata.

Tapi, tahukah kita bahawa ada satu benda yang Nabi Muhammad SAW lebih takutkan menimpa umatnya berbanding Dajjal?

Benda itu mungkin ada dalam hati kita sekarang tanpa kita sedar.

Ia adalah Riya' atau menunjuk-nunjuk dalam ibadah.

Daripada Abu Saโ€™id Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW keluar menemui para sahabat lalu bersabda:

"Mahukah kalian aku khabarkan tentang sesuatu yang lebih aku takutkan menimpa kalian daripada Al-Masih Ad-Dajjal?"

Para sahabat menjawab: "Tentu wahai Rasulullah."

Baginda bersabda: "Iaitu Syirik yang tersembunyi (Syirik Khafi). Seseorang bangun mengerjakan solat, lalu dia memperelokkan solatnya kerana dia melihat ada orang lain sedang memerhatikannya."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, no. 4204. Status: Hasan)

Kenapa Nabi panggil ia "Syirik Tersembunyi"? Dan kenapa ia lebih bahaya dari Dajjal?

Sebab Dajjal itu jelas kafirnya. Tertulis di dahinya perkataan "Kafir". Orang beriman boleh nampak dan lari.

Tapi Riya' ini sangat samar.

Sahabat Nabi yang alim, Ibnu Abbas r.a., pernah memberikan satu perumpamaan yang sangat teliti tentang betapa halusnya dosa ini.

Dalam Tafsir Ibnu Kathir, Ibnu Abbas berkata:
"Syirik (Riya') itu lebih tersembunyi daripada tapak kaki semut hitam, yang melata di atas batu hitam, di dalam kegelapan malam."

Bayangkan betapa susahnya nak kesan tapak kaki semut dalam keadaan gelap macam tu.

Begitulah halusnya Riya'.

Kadang-kadang kita rasa kita ikhlas. Kita solat lama-lama. Kita sedekah banyak-banyak.

Tapi jauh di sudut hati, ada satu perasaan halus: "Harap ada orang nampak aku buat ni." atau "Harap orang puji aku pemurah."

Sedikit saja lintasan hati itu, ia sudah cukup untuk menghanguskan pahala amalan kita sampai jadi debu.

Kita penat beribadah, tapi di sisi Allah nilainya kosong. Kosong sebab kita buat untuk manusia, tidak buat untuk Allah.

Jadi kawan-kawan, sentiasalah cek hati sendiri.

Sebelum angkat takbir, tanya hati: "Aku solat ni sebab Allah atau sebab mak mertua ada di belakang?"

Betulkan niat setiap masa. Biarlah amalan kita biasa-biasa di mata manusia, asalkan ia "High Class" di mata Tuhan.

Wallahu a'lam.

___

AYAT-AYAT YANG DITULIS DI KISWAH KAABAH๐Ÿ‘‰ AYAT 1 - NABI MENUNGGU WAHYU ARAH KIBLATโ— Firman Allah SWT:Kerap kali Kami meli...
20/12/2025

AYAT-AYAT YANG DITULIS DI KISWAH KAABAH

๐Ÿ‘‰ AYAT 1 - NABI MENUNGGU WAHYU ARAH KIBLAT
โ— Firman Allah SWT:
Kerap kali Kami melihat engkau wahai Muhammad berulang-ulang mendongak ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai
[Surah Al-Baqarah :144]

โ— Potongan awal ayat surah Al-Baqarah ini dibahagi dua dan disulam di bahagian paling atas sekali di langsir pintu kaabah. Potongan ayat ini dipilih untuk disulam kerana ia membawa tafsiran "Sungguh kami telah melihat engkau wahai Rasul mengarahkan wajahmu ke arah langit berulang-ulang kali, demi menunggu Wahyu turun kepadamu tentang urusan kiblat, maka kami benar-benar memalingkan engkau dari Baitul Maqdis, ke arah kiblat yang kau sukai dan kau inginkan, iaitu arah Masjidil Haram di Mekah. Maka palingkanlah wajahmu ke arah sana. Dan di manapun kamu berada wahai kaum muslimin hendak menunaikan solat, maka hadapkanlah ke arah Masjidil Haram. Ketika ini Nabi SAW sedang bersolat di Masjid Qiblatain di Madinah.

๐Ÿ‘‰ AYAT 2 - SEGERA BERBUAT AMAL & KEBAJIKAN
โ— Firman Allah SWT:
Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa
[Ali 'Imran : 133]

โ— Ayat 133 dari surah Ali 'Imran ini disulam penuh di bahagian bawahnya. Ayat ini dipilih untuk disulam berdasarkan tafsiran "Bersegeralah berbuat kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan berbagai jenis ibadah, agar kalian mendapat ampunan yang besar dari Allah dan dimasukan ke dalam syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang Allah persiapkan bagi hamba-hambaNya yang bertaqwa.

๐Ÿ‘‰ AYAT 3- ALLAH SWT YANG BERKUASA
โ— Firman Allah SWT:
Allah yang menerangi langit dan bumi
[An-Nur : 35]

โ— Potongan awal ayat ini disulam 4 kali di bahagian atas ianya membawa tafsiran makna ุงู„ู†ูˆุฑ yakni cahaya, iaitu yang menjadikan sesuatu benda menjadi terlihat kerana pantulan cahaya yang mengenai suatu benda tersebut dan diserap oleh mata. Allah menjadikan langit dan bumi bersinar dengan keistiqamahan penghuni keduanya dan dengan kesempurnaan pengaturan Allah dan hidayahNya.

๐Ÿ‘‰ AYAT 4 - UMRAH & PERJANJIAN HUDAIBIYAH
โ— Firman Allah SWT
Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam inshaaAllah pada masa yang ditentukanNya dalam keadaan aman
[Al-Fath : 27]

โ— Sulaman paling besar di bahagian tengan sitarah yakni langsir pintu kaabah ini paling penting di mana ianya membuktikan kebenaran mimpi Nabi SAW ketika perjanjian Hudaibiyah. Tafsir ayat ini menunjukkan, Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada RasulNya kebenaran mimpinya dengan benar saat Allah menampakkannya di dalam tidurnya dan telah diberitahu oleh baginda kepada para sahabat, bahawa dia dan para sahabatnya akan memasuk Baitullah al-Haram dalam keadaan aman tanpa sebaranng gangguan musuh. Di antara kamu ada yang membotakkan kepala, dan ada yang mencukur pendek rambutnya sebagai bukti selesainya umrah mereka. Allah mengetahui masalah yang kamu hadapi wahai orang-orang yang beriman dan juga apa yang tidak kamu ketahui. Dan di samping terbuktinya mimpi untuk masuk ke Mekah pada tahun itu, Allah juga menjadikan kemenangan dalam waktu terdekat, iaitu perjanjian Hudaibiyah yang dirancang oleh Allah lalu diikuti dengan kemenangan perang Khaibar untuk orang-orang beriman yang menghadiri perjanjian Hudaibiyah.

๐Ÿ‘‰ AYAT 5 - BERKASIH SAYANG ANTARA MANUSIA
โ— Firman Allah SWT:
Nabi Muhammad SAW ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam, dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri umat Islam.Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud
[Al-Fath : 29]

โ— Isi penting ayat ini disulam kerana Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah; dan orang-orang yang bersama dengan dia yakni orang-orang yang mengikuti di dalam perang Hudaibiyah. Ada yang bersikap keras terhadap mereka sebagaimana seekor singa yang memperlakukan mangsanya. Ada juga di kalangan mereka yang saling berkasih sayang. Mereka menampakkan ketegasan dan kekerasan terhadap orang yang berbeza agamanya, dan menampakkan kasih sayang dan kelembutan kepada orang yang seagama; tidak seperti yang dilakukan oleh orang-orang munafik, mereka akan berlemah lembut kepada orang-orang kafir dan bersikap keras terhadap kaum muslimin, dan sungguh buruk apa yang mereka lakukan itu. Kamu juga dapat menyaksikan mereka sedang rukuk dan sujud. WAllahua'lam.

24/11/2025
Dari pembacaan saya dari Muntakhab Ahadis, S**a saya memperingatkan untuk diri saya dan sesiapa yang membacanya untuk sa...
28/08/2025

Dari pembacaan saya dari Muntakhab Ahadis, S**a saya memperingatkan untuk diri saya dan sesiapa yang membacanya untuk sama-sama kita hayati.

Kelebihan pakai nombor saudi :1) Untuk tempahan buggy online2) Lebih murah berbanding roadming. 60 - 70 riyal 15GB 100mi...
28/08/2025

Kelebihan pakai nombor saudi :

1) Untuk tempahan buggy online
2) Lebih murah berbanding roadming. 60 - 70 riyal 15GB 100minit call 2 minggu.
3) No Saudi lebih stabil capaian internet berbanding roaming
4) Boleh beli e-sim saudi melalui apps nusuk.
5) No Saudi free call semua nombor 100 minit. Roaming dapat internet sahaja.

Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah: Strategi, Pengorbanan dan Kejayaan Membina Negara IslamPeristiwa hijrah Rasulullah SAW...
28/08/2025

Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah: Strategi, Pengorbanan dan Kejayaan Membina Negara Islam

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah pada tahun 622 Masihi adalah titik perubahan terbesar dalam sejarah Islam. Selepas lebih sepuluh tahun berdakwah di Mekah dengan pelbagai tekanan, penindasan dan sekatan, Allah memerintahkan Nabi dan para sahabat berhijrah untuk memulakan episod baharu. Hijrah ini bukan sekadar perpindahan tempat tinggal tetapi langkah strategik untuk membina masyarakat Islam yang tersusun.

Tekanan Quraisy terhadap umat Islam di Mekah semakin memuncak sehingga mereka dikepung, diancam dan sebahagian diseksa hingga syahid. Dalam keadaan yang semakin menekan, Rasulullah SAW mencari ruang untuk menyebarkan dakwah di luar Mekah. Pertemuan dengan kabilah Aus dan Khazraj yang kemudian menjadi Ansar membuka jalan kepada penawaran Madinah sebagai tempat perlindungan.

Sebelum hijrah, Rasulullah SAW telah membuat persiapan teliti. Baiโ€˜ah Aqabah pertama dan kedua menjadi asas sokongan politik yang kukuh daripada penduduk Madinah. Baiโ€˜ah ini bukan sahaja janji taat setia tetapi juga perjanjian untuk mempertahankan Rasulullah SAW sebagaimana mereka mempertahankan keluarga sendiri.

Apabila Quraisy mengetahui tentang perancangan hijrah, mereka merancang pembunuhan beramai-ramai terhadap Rasulullah SAW. Baginda diberitahu oleh malaikat Jibril lalu mengambil langkah strategik dengan meminta Ali bin Abi Talib tidur di tempat tidurnya sebagai helah. Rasulullah SAW kemudian keluar dengan tenang sambil membaca ayat al-Quran, dan Allah melindungi Baginda daripada pandangan musuh yang mengepung rumahnya.

Perjalanan hijrah penuh dengan cabaran yang menguji kesabaran dan keimanan. Rasulullah SAW ditemani oleh Abu Bakar al-Siddiq RA, sahabat setia yang mengiringi Baginda sepanjang perjalanan. Mereka bersembunyi di Gua Thur selama tiga hari, sementara musuh Quraisy menggeledah setiap jalan untuk mencari keduanya. Allah menurunkan ketenangan kepada Nabi dan sahabatnya serta menguatkan mereka dengan bala tentera yang tidak terlihat sehingga pencarian musuh gagal walaupun mereka berada hampir dengan pintu gua.

Selepas keluar dari Gua Thur, perjalanan diteruskan ke arah Madinah dengan penuh kewaspadaan. Mereka mendapat perlindungan daripada Abdullah bin Urayqit, seorang penunjuk jalan yang mahir dengan laluan padang pasir walaupun masih musyrik ketika itu. Sepanjang perjalanan, ancaman terus wujud termasuk daripada Suraqah bin Malik yang cuba menangkap Nabi untuk ganjaran Quraisy tetapi akhirnya tewas dengan mukjizat Allah.

Sambutan penduduk Madinah terhadap Rasulullah SAW adalah detik yang sangat bersejarah. Kaum Ansar menyambut Baginda dengan penuh kegembiraan, malah anak-anak kecil dan wanita turut keluar meraikan kedatangan Rasulullah SAW. Riwayat nasyid yang sering disebutkan tidak disepakati waktunya, maka memadai ditegaskan bahawa sambutan itu meriah dan penuh cinta kepada Baginda.

Di Madinah, Rasulullah SAW segera membina Masjid Nabawi sebagai pusat ibadah, ilmu dan pentadbiran. Baginda juga mengatur persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar, satu langkah bijak yang menyatukan dua kelompok masyarakat berbeza latar belakang. Persaudaraan ini menghapuskan rasa asing dalam kalangan Muhajirin dan menguatkan ikatan sosial umat Islam.

Selain itu, Rasulullah SAW menggubal Piagam Madinah sebagai antara dokumen politik bertulis terawal yang menyatukan pelbagai kaum dan agama di kota itu. Piagam ini menetapkan prinsip keadilan, kebebasan beragama dan tanggungjawab bersama mempertahankan Madinah. Dengan ini, kota tersebut bukan sahaja menjadi pusat ibadah tetapi juga model masyarakat berbilang kaum yang harmoni.

Hijrah juga memberi mesej bahawa kemenangan Islam tidak datang melalui kekuatan senjata semata-mata tetapi melalui perancangan strategik, kesabaran dan tawakal kepada Allah. Perjalanan yang penuh risiko ini mengajar umat Islam bahawa setiap pengorbanan pasti membawa hasil apabila dilakukan demi agama.

๐Œ๐ž๐ฆ๐จ๐ซ๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐š๐ค ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ฎ๐ฉ๐š๐ค๐š๐ง ๐›๐ข๐ฅ๐š ๐ญ๐ซ๐š๐ฏ๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐“๐ซ๐ข๐ฉ๐Ÿ๐ž๐ณ! ๐Ÿ‘๐ŸปTerima kasih tidak terhingga kepada semua pelanggan yang t...
27/08/2025

๐Œ๐ž๐ฆ๐จ๐ซ๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐š๐ค ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ฎ๐ฉ๐š๐ค๐š๐ง ๐›๐ข๐ฅ๐š ๐ญ๐ซ๐š๐ฏ๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐“๐ซ๐ข๐ฉ๐Ÿ๐ž๐ณ! ๐Ÿ‘๐Ÿป

Terima kasih tidak terhingga kepada semua pelanggan yang telah memberi feedback kepada Tripfez ke Hanoi! Hopefully kita berjumpa di next destinasi percutian keluarga anda! ๐Ÿงณ

Jangan lepaskan peluang untuk grab pakej percutian murah sempena promosi Prefez Promo dengan serendah RM3,080! Mana lagi nak dapat, kalau bukan dengan Tripfez!

๐Ÿ“ฒ Klik link di bio untuk tempahan hari ini!

26/08/2025

Imam al-Syafiโ€˜i Rahimahullah
Al-Rabiโ€˜ bin Sulaiman meriwayatkan: Aku mendengar al-Syafiโ€˜i berkata: Aku melihat Nabi SAW dalam mimpi, sebelum aku mencapai usia dewasa. Baginda berkata kepadaku: Wahai anak muda. Aku menjawab, Labbaik, wahai Rasulullah. Baginda bertanya: Dari golongan manakah engkau? Aku menjawab: Dari golonganmu, wahai Rasulullah. Baginda berkata: Dekatkan dirimu kepadaku: Maka aku pun mendekat, lalu Baginda mengambil sedikit daripada air liurnya. Aku membuka mulutku, dan Baginda menyapukan air liurnya pada lidahku, mulutku, dan bibirku, sambil berkata: Teruskanlah, semoga Allah memberkatimu. (Lihat Manaqib al-Syafiโ€˜i, oleh al-Baihaqi, 1/98)

Address

81200
Johor Bahru
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mutawwif Rizam Zainal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mutawwif Rizam Zainal:

Share