18/07/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi atas pembentukan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) Penggal 2026–2031.
Semoga barisan kepimpinan yang telah diberikan amanah ini dapat terus memperkukuhkan pentadbiran negeri, memacu pertumbuhan ekonomi, menarik lebih banyak pelaburan, memperkasa sektor pelancongan, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memastikan Johor terus melangkah maju sebagai negeri yang berdaya saing dan dihormati.
Di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar serta naungan dan sokongan DYAM Tunku Mahkota Ismail, semoga Johor terus menjadi contoh sebuah negeri yang mengutamakan integriti, kecekapan, kestabilan dan keberanian dalam membuat keputusan demi kepentingan rakyat.
Selamat menjalankan amanah. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan kejayaan buat Johor Darul Ta'zim.
"JOHOR TO THE WORLD"