28/08/2020
TIPS KALAU NAK BERJALAN DI CAMERON HIGHLANDS SEMASA MUSIM PKPP
Panduan kepada yang merancang untuk ke CH:
1. Sila isi minyak penuh sebelum naik ke CH.
Sesiapa dari sungai Koyan dan Tapah boleh isi minyak penuh di Petronas dan Shell Ringlet.
Dari simpang Pulai ada Petronas sebelum naik CH. Sebelum masuk ke Cameron Highlands, last pam minyak adalah di Stesen BHP sebelum Kampung Raja.
Antara punca jem adalah bila banyak sgt kereta beratur keluar masuk di pam minyak Brinchang.
2. Pasar Malam Golden Hills setakat ni belum dibuka. Hanya Pasar Kea Farm dibuka. Jadi rancang perjalanan di mana nak beli sayur-sayuran untuk dijadikan buah tangan sebelum balik. Biasanya area Brinchang ke Pasar Kea Farmlah akan berlaku kesesakan luar biasa. Lepas dari Kea Farm dah tak sesak sangat.
Kalau nak beli sayur-sayuran, di Apartment Cameron Jaya, Tanah Rata sendiri ada jual sayur-sayuran ala Kea Farm, dan kedai cenderahati kalau nak beli keychain dan sebagainya. Dekat Agro Highlands Cafe pun ada jual sayur-sayuran ala Kea Farm, tak perlu hadap jem nak ke Pasar Kea Farm.
Selain itu, kalau di Ringlet. terdapat satu deret kedai berhadapan Lake House Resort . Di situ pun banyak pilihan.
Di Brinchang, berhadapan dengan Fragrance Nursery pun ada tempat membeli sayur-sayuran.
Di Tringkap berdekatan Rose Valley pun ada sederet kedai yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dibawa balik.
Pendek kata, anda boleh cari sayur-sayuran di kawasan tersebut untuk elakkan jem di kawasan Pasar Kea Farm.
3. Rancang perjalanan anda. Pastikan tempat yang nak dilawati adalah sehala. Jangan turun naik ke sana ke sini tanpa intinery perjalanan untuk mengelakkan anda dari terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Nanti stress duduk dalam kereta je.
4. Yang paling penting, gerak awal! Jadilah minoriti yang bangun awal, gerak seawal 8.30 pagi. Kebanyakan tempat pelancongan dibuka pada 830 pagi ke atas. Tak rugi gerak awal.. Boleh bersarapan dengan tenang, tanpa pening-pening hadap jem.
Majoriti pelancong, selalu bergerak keluar dari hotel/homestay pukul 12 ke atas iaitu masa check out. Ketika inilah waktu kritikal, semua berpusu-pusu di atas jalan raya..maka jalan akan jem teruk. Beruntunglah sesiapa yang gerak awal. β₯οΈ
5. Bawak bekal makanan dalam kereta contohnya roti dan air minuman. Pergi toilet siap-siap sebelum berjalan. Tapi jangan risau, kalau kecemasan, boleh singgah je mana-mana lokasi pelancongan sekitar untuk ke tandas.
6. Sila jaga jarak 1 meter. Jangan rapat- rapat dengan orang lain. Pastikan bawa hand Sanitizer bersama anda. Perhatikan anak-anak anda, elakkan dari mereka menyentuh mana-mana kawasan awam tanpa kawalan.
Ikut SOP di setiap lokasi pelancongan yang anda lawati. Memang agak renyah, tapi ini bagi memastikan keselamatan sesama kita.
Pastikan anda download QR Code Scanner di Play Store. Bagi memudahkan anda untuk masuk tanpa beratur panjang untuk masuk mana-mana tempat. Dan tidak perlu berkongsi pen. Jika perlu, bawa pen anda sendiri.
7. Pastikan anda parking di kawasan yang betul dan selamat. Jangan perjudikan nasib kereta anda dengan parking di tepi jalan ya dan menghalang laluan ya. Terutamanya di kawasan Taman Sedia dan Pasar Kea Farm. Dah banyak kes, kereta diseret sebab parking ses**a hati. okey..
Sedikit info tambahan :
Ladang teh.
1. Bharat Valley Tea House 1 (ada air terjun buatan, memang cantik, recommended!)
2. Bharat Valley Tea House 2 ( lagi besar)
3. Ladang Teh Boh Sungai Palas.
β‘β°( Mossy Forest )
4. Boh Tea Garden
β
Masuk Percuma
β
Buka 9.00am- 4.30pm
β
Nikmati tea, cake dll desert.
5. Ladang Teh Cameron Valley Kuala Terla (ada jeep)
Tempat menarik yang FREE.
πΌ YZ Agro Farm (Kebun strawberry Melayu)
(8.30 pagi - 6 ptg)
πΌKHM Strawberry and Jem. Scone terbaik!
(8.30 pagi - 6 ptg)
πΌ Big Red Strawberry Farm
(8 pagi - 6 ptg)
πΌ Ladang Lebah
(8 pagi - 7 mlm)
πΌ Ladang Anggur Bertam Valley
(9 pagi - 5 ptg) bergantung pada musim
πΌ Kea Farm
(8.00 pagi - 6 ptg)
Tempat menarik yang BERBAYAR.
π Taman Agroteknologi MARDI (belum dibuka)
Dewasa RM5, Kids RM3
(8.45 pagi - 5 ptg)
π Lavender Garden
Dewasa RM10, Kids RM7
(9 pagi - 6 ptg)
π Butterfly Garden( belum dibuka)
Dewasa RM7, Kids RM5
(9 pagi - 6 ptg)
π Orkid and Rose Garden
Dewasa RM8, Kids RM6
(9 pagi - 6 ptg)
Makanan yang wajib cuba.
π§ Aiskrim Malaysia Strawberry
π§ Aiskrim Strawberry
π§ Scone
π§ Strawberry coklat
π§ Nasi Lemak Sambal strawberry
π§ Sayuran goreng
π§ Steamboat cheese highlands
π§ Jagung mutiara rebus
π§ Ubi rebus
Ole-oleh wajib beli.
π Strawberry
π Jambu epal (merah dan hijau)
π Sayuran segar (10 sayur RM10)
π Buah-buahan Kering
π Coklat buah-buahan
π Kordial buah-buahan
π
Extra info Suhu di Cameron Highlands
πPagi - 17*C
πSiang - 24-26*C
πMalam - 18*C
Jadi kepada yang berminat nak ke Cameron Highlands dan tengah mencari pakej daytrip yang MENARIK dan OHSEM bolehlah hubungi kami segera untuk tempahan.
Sekali datang takkan menyesal π
Jangan lupa tekan link kat bawah!
https://linktr.ee/HQbahterakembaraholidays