18/12/2019
PULAU KUKUP WAJIB DIKUNJUNGI APABILA ANDA TIBA DI TANJUNG PIAI
πΎπ΅βππ§ββοΈπ‘ππ»πππβ°β°β°
Pulau Kukup terletak di hadapan bandar Kukup, Pontian, Johor, Malaysia. Pulau ini menjadi penampan angin kencang dari Selat Melaka. Lokasinya di antara Selat Melaka dan Selat Kukup. Pulau ini juga berhampiran dengan Pulau Pisang. Pulau ini menjadi lokasi menarik bagi burung ramsar - yang terbang singgah semasa berhijrah dari benua Australia yang panas ke hemisfera utara yang lebih sejuk. Pulau ini mendapat pengiktirafan sebagai tapak tarikan biodeversiti ramsar sebagai kawasan pembiakan 12 spesis fauna termasuk 76 spesis burung.
Hutannya terdiri daripada pokok bakau dan menjadi habitat untuk anak - anak ikan, udang, ketam, siput, kerang dan lain-lain. Pengangkutan utama untuk ke pulau ini adalah menggunakan perkhidmatan bot pancung boleh disewa di Jeti Kukup Laut berdekatan dengan Pusat Perdagangan Kukup.
Pulau Kukup merupakan sebuah mukim yang terletak tidak jauh dari Tanjung Piai iaitu bahagian paling selatan benua Asia. Tidak lengkap kunjungan ke Tanjung Piai tanpa singgah ke pekan Kukup yang mempunyai tarikan dan sejarahnya tersendiri.Pulau Kukup yang terletak di perairan Selat Melaka lebih dikenali sebagai satu lagi taman negara di dalam Negeri Johor.
Pulau Kukup merupakan salah satu Taman Negara yang telah diwartakan di negeri Johor.
Pulau Kukup turut mendapat pengiktirafan sebagai Tanah Lembab Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar). Pulau Kukup merupakan pulau paya bakau tanpa penduduk kedua terbesar di dunia. Kawasan hutan bakau seluas 647 hektar di Pulau Kukup mewakili tiga per empat daripada keseluruhan hutan bakau di negara ini.
Terdapat 5 jenis sungai yang ada di Pulau Kukup antaranya:
Sungai Solok
Sungai Ular
Sungai Sedang
Sungai Tongkang
Sungai Jempol
Sejarah awal
Catatan Abdullah Munsyi, sasterawan Melayu terawal ada menyatakan bahawa "Maka di situlah (Pulau Kukup) tempatnya ditangkap perompak, sebab ia boleh kelihatan orang. Orang tidak boleh melihat dia. Maka sebab itulah kerap orang terserempak didapatinya dengan senangnya.
Ahli sejarah, Salleh Md. Don mengatakan kegiatan lanun di perairan Kukup memuncak pada zaman penjajahan Belanda antara 1818-1824.Kegiatan menyamun dan merampas barang dagangan di situ menyebabkan golongan pelayar takut untuk melalui perairan Kukup.Setiap kapal dagangan, tongkang dan perahu nelayan yang diserang akan ditelungkup (lingkup) oleh lanun. Daripada perkataan 'telungkup' itulah Kukup mendapat nama.
Sumber rujukan :Wikipedia Bahasa Melayu
Paid review for percutian dan
Sewaan kenderaan atau percutian bajet contact us
Www.wasap.my/601128624508/transport