20/10/2026
πππππππππππ
πππππ, πππππ ππππππππ @ππππ πππππ
πππππππ ππππ.
18 Okt. - Sempena Hari Waqafpreneur 2026, dua penerima Anugerah Usahawan Cemerlang 2026 diraikan sebagai pengiktirafan terhadap usaha dan pencapaian mereka dalam bidang keusahawanan.
Tahniah diucapkan kepada:
β’ En. Mohamad Hamizan Mohamad Zam, ZL Southern (Pengusaha Kedai Makanan Dan Minuman)
β’ En. Abdul Razzak Abd Rais, Pengasas Hyper Barbershop (Pengusaha Kedai Gunting Rambut)
Kejayaan mereka diharap menjadi inspirasi kepada komuniti Waqafpreneur dan usahawan diluar sana untuk terus mengembangkan potensi diri, memperkukuh perniagaan dan melangkah lebih jauh.
Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penyertaan dan penghargaan kepada peserta program latihan anjuran Waqaf An-Nur seperti berikut:
β’ Program Latihan Gunting Rambut
β’ Program Latihan Jahitan
β’ Program Latihan Pendingin Hawa
β’ Program Latihan Elektrikal
β’ Program Waqaf Tani Komuniti β PPR Taman Cendana
β’ Program Waqaf Tani Komuniti β PPR Melana
β’ Program Waqaf Tani Komuniti β UniGreen UniKL MITEC
Penyampaian anugerah dan sijil telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.
Tahniah kepada semua penerima anugerah dan peserta. Semoga ilmu serta kemahiran yang diperoleh menjadi bekalan untuk membina masa depan yang lebih baik.