09/06/2025
Korban An-Nur 2025: Bersama Meneruskan Tradisi Pengorbanan
Alhamdulillah, program Korban An-Nur yang diuruskan oleh Capaian Aspirasi Sdn Bhd tahun ini telah berjalan dengan jayanya di 5 buah kampung di Kemboja.
Sebanyak 103 lembu dan 34 kambing telah disembelih dengan penuh hikmah dan lebih 8,000 keluarga telah menerima agihan daging korban hasil sumbangan daripada para pendaftar korban.
Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua yang mempercayai kami untuk menguruskan ibadah korban ini. Tidak lupa juga kepada team Korban An-Nur yang bekerja keras demi memastikan setiap proses berjalan lancar.
Pengorbanan ini bukan sahaja memenuhi tuntutan syariat, malah menjadi pengikat kasih sayang dan solidariti sesama kita.
Korban An-Nur: Anda daftar, kami uruskan.