08/06/2026
Kuala Lumpur – Everest Base Camp, Tibet & Gunung Kailash Ride 2026
📍 Hari 1
Perjalanan bermula dari Kuala Lumpur menuju ke Thailand melalui Sempadan Sadao sebelum motosikal dimuatkan untuk penghantaran ke Chiang Khong.
Ekspedisi kali ini melibatkan: 🏍️ 11 buah motosikal 🚙 2 kenderaan pacuan empat roda 👨👩👧👦 19 peserta dewasa dan 2 kanak-kanak
Sepanjang 38 hari merentasi tanah besar China, para peserta akan menempuh perjalanan sejauh lebih 13,000 kilometer.
Keseluruhan jumlah hari adalah 45 termasuk Thailand dan Laos
Laluan yang mencabar ini bukan sahaja menguji ketahanan motosikal dan kenderaan, malah menguji kekuatan mental, fizikal dan semangat setiap peserta.
Destinasi utama kali ini ialah Everest Base Camp dan Gunung Kailash, antara lokasi paling ikonik dan mencabar di Tibet.
Ikuti perkembangan ekspedisi kami dari semasa ke semasa.
Atm Kembara Asia "Hijrah Beyond Borders"
Sentiasa bersama anda untuk destinasi pilihan.
Semoga perjalanan dipermudahkan, selamat dan penuh kenangan sepanjang ekspedisi Tibet & Gunung Kailash 2026 ini.
Aziz PG
AZIZ PG Channel