17/08/2026
𝐔𝐌𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐙 𝐙𝐔𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 | 𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝟏𝟓 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐂𝐈
Alhamdulillah, pada 17 Ogos 2026, jemaah Umrah Az Zuha Kumpulan 15 telah berangkat ke Tanah Suci bagi memulakan perjalanan ibadah umrah.
Keberangkatan para jemaah diiringi dengan persiapan yang tersusun melalui bantuan pasukan Az Zuha Airport Management, merangkumi urusan daftar masuk, semakan dokumen, taklimat akhir, agihan makanan ringan serta bacaan doa sebelum berlepas.
Sepanjang berada di Makkah dan Madinah, jemaah akan disantuni serta dibimbing oleh mutawwif berpengalaman, Ustaz Haji Muhd Hassanal bagi memastikan perjalanan ibadah dilaksanakan dengan baik dan penuh penghayatan.
Semoga Allah SWT mempermudahkan setiap urusan, melindungi perjalanan para jemaah dan mengurniakan umrah yang maqbulah serta mabrurah. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
‘𝙈𝙀𝙉𝙔𝘼𝙉𝙏𝙐𝙉𝙄 𝘿𝙀𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙃𝘼𝙏𝙄’
𝗔𝗭 𝗭𝗨𝗛𝗔 𝗚𝗥𝗢𝗨𝗣 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 & 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦 𝗦𝗗𝗡. 𝗕𝗛𝗗.