Badal Haji Umrah

Badal Haji Umrah Kami Wakil Syarikat Ustaz Umrah Berdaftar Sah menguruskan ibadah Badal haji dan Umrah sejak 2015

31/12/2022
31/12/2022
31/12/2022

Ohhh.. Baru ku tahu..😮😮
🍋🍋Selama ni bila perah lemon, dapat jus terus jer buang kulitnya. Paling baik pun kulitnya ni buat basuh ikan jer 😁😁
👉Rupanya bila dipotong halus- halus dan dicampur dengan gula pasir begini, boleh saja dimakan terus..rase mcm gula² getah sweet² gitu.. X pahit pon.. 🍬🍭
Ya Allah! Memang sedap giler lah. Ketagih pun ada rasanya. Kenapalah tak tahu selama ni.
~ Antara ilmu baru dari kelas masak hari ni. Itulah, kena rajin- rajin berguru selain baca buku. Barulah hidup 'upgrade' selalu.
~ boleh juga di bakar dlm oven atau dijemur kering, simpan dlm balang, jadi kudap kudapan... 👌

Kecur air liur.

Kredit : wanmahani abdul latif

30/12/2022

HOMEMADE COLESLAW! 🥗

Bahan-bahan:
1 biji kubis potong dadu
1 batang carrot potong dadu
2 sb bawang holland potong dadu
½ cawan mayonis
⅓ cawan gula pasir
¼ cawan susu full cream (Dutch Lady)
¼ cawan buttermilk
2 ½ sb perahan lemon
1 ½ sb cuka
½ sk garam
⅛ sk serbuk lada hitam

Cara-cara:
1. Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan.
2. Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Kacau rata.
3. Satukan kubis, lobak merah dan bahan di no 2.
4. Kacau sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman.

Kredit: Azlan Rumadi

Sempena Sale Hebat 1.1 ni, collect siap2 FREE coins dan voucher best yang ni
👉🏻https://shope.ee/q6pOMrQ0W , kemudian pilih barangan menarik kat sini bit.ly/3Qb6OZQ

30/12/2022
30/12/2022

Kuih TALAM BERLAUK
Lebih kurang mcm cara berlauk.tp yg ni di kukus.sedap makan dgn sos.saya buat dlm bekas kecik2 senang tk payah nk potong2

RESEPI Talam berlauk udang

Utk bahagian bawah:
3 cawan tepung gandum
200 ml santan cap Ayam/1 cawan santan segar pekat
4 cawan air atau santan cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji telur ayam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam atau secukup rasa

Satukan semua bahan dan blend. Tapis dan tuang ke dalam bekas. Ketepikan. Asingkan 1/4 cawan.

Untuk Lauk:
200 gram udang saiz kecil
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
2 biji cili merah
Sedikit daun sup dan daun bawang
Sedikit serbuk lada sulah
1/4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak utk menggoreng + 1 sudu besar minyak sapi

Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili merah, daun sup dan daun bawang. Udang kering ditumbuk halus.
Goreng bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan, angkat. Kemudian masukkan udang kering. Setelah naik bau dan garing, masukkan udang hidup yg dibuang kulit diikuti dgn cili merah. Bubuh sedikit serbuk lada sulah, sedikit gula dan garam secukup rasa.

Bila udang sudah masak, tutup api dan masukkan bawang yang digoreng tadi bersama daun sup dan daun bawang dan gaul rata. Ketepikan.

Cara Membuat Talam Berlauk:

Tuang adunan bahagian bawah ke dalam bekas yang disapu sedikit minyak. Kukus selama lebih kurang 15 minit.
Kemudian buka tudung dan tabur bahan lauk yg telah digoreng tadi dan ratakan. Titiskan tepung yg diasing tadi sedikit demi sedikit ke atas permukaan lauk tadi untuk melekatkannya.
Kemudian sambung mengukus selama 45 minit lagi.
Saya guna bekas kecil, saya cuma kukus 20 minit. Setelah sejuk, baru dipotong (utk yg buat dlm talam)dan bolehlah dihidangkan. Selamat Mencuba..

Nota:
Boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dikukus sekejap sebelum dihidangkan.
Versi talam berlauk tak letak keladi.

Sumber Resepi : Azie Kitchen

Address

Kompleks Perhentian Kajang
Kajang
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badal Haji Umrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Badal Haji Umrah:

Share

Category