12/07/2020
Bangi sememangnya kaya dengan pelbagai jenis tempat makan. Makanan kegemaran anda juga pasti ada kedai makannya, percayalah.
Bagi yang bakal berkunjung ke Bangi, agak-agaknya port sarapan di Bangi yang mana yang best? Pagi ini Admin bawa anda sarapan di RESTORAN ROTI PURI
Terletak di No. 14A, Jalan 3/70, Seksyen 3, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi. 11 minit dari homestay dengan menaiki kereta.
Restoran ini beroperasi setiap hari kecuali Jumaat, hari minggu 7.30 pagi – 10 pagi manakala hujung minggu 7.30 pagi – 12 tengah hari
Bagi yang tidak pernah terdengar tentangnya, roti puri merupakan roti goreng yang biasanya disajikan dengan kuah kari. Ia dimakan untuk sarapan pagi atau sebagai makanan ringan.
Ramai pelanggan memuji rasanya yang manis namun tidak terlampau dan tekstur roti yang tebal. Bila dicicah dengan kuah yang disediakan, semakin berganda keenakkanya.