EuroVac 2011 (Euro road Trip)

EuroVac 2011 (Euro road Trip) http://www.eurovac.my -New Concept of Vacation : First In The World!!! Ikhmal (0172182296), Fairus (0123272920),

New Concept of Vacation, Europe Trip Vacation to the European Countries,
The experience that you'll never forget!!!

25/11/2013

Solat dimana sahaja...

JADUAL PERJALANANHari 1 KETIBAAN HANOI (Makan Tengahari Halal / Makan Malam Halal termasuk) Apabila tiba di Lapangan Ter...
15/11/2013

JADUAL PERJALANAN


Hari 1 KETIBAAN HANOI (Makan Tengahari Halal / Makan Malam Halal termasuk)

Apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa NoiBai , bertemu dengan penyambut tetamu kami.
Bersiar-siar di Tasik Hoan Kiem , 36 jalan purba dan membeli-belah & jalan-jalan di Hang Luoc .
Makan malam di restoran halal
Pergi ke hotel untuk check –in semalaman di Hanoi


Hari 2 HANOI - HANLONG (Sarapan / Seafood makan tengahari / Makan Malam halal termasuk)

Sarapan pagi
Meneruskan perjalanan ke Halong bandar. Halong Bay telah dianugerahkan oleh UNESCO sebagai warisan semula jadi pada tahun 1994. Perjalanan selama empat jam akan menunjukkan kepada anda kepelbagaian Vietnam Utara kampung-kampung dan sawah padi di sepanjang perjalanan.
Ketibaan Halong Bay di 12:00 kita akan mendaftar masuk pada pelayaran untuk setengah hari perjalanan bot di Halong Bay untuk melihat batu-batu berbentuk multi dan melawat gua dramatik, grottos seperti: Paradise Grotto dan Wooden Stakes Cave.
Makan tengah hari akan dihidangkan di atas kapal dengan makanan laut segar.
Kembali ke Hanoi pada lewat petang untuk makan malam di restoran halal.
Bermalam di Hanoi


Hari 3 HANOI CITY TOUR - Dorsett SILK VANPHUC (Sarapan / Makan Tengahari Halal / Makan Malam halal termasuk)

Sarapan pagi
Melawat Ba Dinh Square, Makam Ho Chi Minh, dan rumah panggung tradisional Muzium Ho Chi Minh , One dihormati - Rukun Pagoda ..
Bayar lawatan ke tempat-tempat yang biasa Vietnamese ibadat, Hoan Kiem tasik ..
Makan tengah hari
Meneruskan perjalanan ke Kampung sutera Phic untuk melawat dan membeli-belah.
Kemudian kembali ke Hanoi untuk makan malam.
Bebas untuk membeli-belah di pasar malam.



Hari 4 BERLEPAS HANOI (Sarapan / - / - termasuk)

Sarapan pagi.
Pemindahan ke lapangan terbang untuk berlepas dengan kenangan manis.



EURO EXPLORE & TOURS SDN BHD
No 19-1 Jalan 7/7c, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel : 003-89122903 / 0193396039 (Dyla)
Email : [email protected]
Facebook : www.facebook.com/syokholiday

14/11/2013
JADUAL PERJALANAN Hari Pertama : Airport – Bandung ( L,D )--Tiba di Bandung International Airport (Husein Sastranegara)-...
13/11/2013

JADUAL PERJALANAN

Hari Pertama : Airport – Bandung ( L,D )-

-Tiba di Bandung International Airport (Husein Sastranegara)
-Tours guide kami akan mengambil anda untuk menghantar anda ke hotel.
-Check in hotel
-Makan tengah hari di Restauran tempatan.
-Anda akan dibawa ke Pasar Baru dan Toko Tiga untuk membeli-bela
-Malam anda akan dijemput semula untuk menikmati makan malam di restauran halal di Bandung.


Hari Kedua : Shopping Trip 1 ( B,L,D )

-Sarapan pagi
-Aktiviti shopping diteruskan, anda akan dibawa ke Factory Outlet di Stiabudi iaitu tempat bagi baju yang berjenama dan lebih kepada fashion terkini.
-Seterusnya anda akan ke Rumah Tas iaitu syurga bagi wanita yang meminati beg-beg yang berjenama.
-Makan tengah hari di Restauran Kampung Daun.
-Aktiviti seterusnya anda akan dibawa pergi ke Cihampelas iaitu tempat dimana penjualan jeans yang berjenama.
-Petang anda akan dibawa ke Distro area (local brand clothings)
-Anda akan dihantar p**ang ke hotel untuk beristirehat.
-Malam anda akan dibawa menikmati makan malam di restauran halal di Bandung.


Hari ketiga : Shopping Trip 2 ( B,L,D )

-Sarapan pagi
-Anda akan dijemput untuk bersiar-siar di Tangkuban Perahu dan Ciater Hot Spring.
-Makan tengah hari di Pak Cimet Restauran.
-Petang anda akan dibawa melawat tempat-tempat yang ada di sekitar Bandung seperti Strawberry Farm dan Paris Van Java Mall.
-Malam anda akan dibawa untuk makan malam di Restauran d'cost di Bandung.
Hari Keempat : Hotel – Airport Bandung ( B )
-Sarapan pagi
-Anda akan dijemput di hotel dan akan dihantar ke airport Bandung.
-Pulang ke malaysia dengan kenangan indah


Sebarang pertanyaa boleh menghubungi saya ditalian 03-89122903 / 0193396039 (Pn. Dyla) atau email permintaan/pertanyan : [email protected]

Assalamualikum & Selamat Pagi,Cuti sekolah semakin dekat, tak tahu nk bawa anak-anak bercuti ke mana? Di Euro Explore & ...
13/11/2013

Assalamualikum & Selamat Pagi,

Cuti sekolah semakin dekat, tak tahu nk bawa anak-anak bercuti ke mana?

Di Euro Explore & Tours juga anda boleh membuat pembelian tiket ke taman-taman tema sama seperti harga jualan di pasaran, tetapi kelebihan membeli tiket daripada kami adalah :

1. Tidak perlu beratur di kaunter pembelian.
2. Menjimatkan masa & tenaga

Tiket Taman Tema yang dijual di Euro Explore & Tours :

1. Sunway Lagoon
2. i-City
3. Legoland
4. Hello Kitty

Sebarang pertanyaan berkenaan taman tema, anda boleh menghubungi kami di talian 03-89122903 / 0193396039 (PN.DYLA)

Perlukan perancang percutian? Kami di Euro & Explore & Tours menyediakan perkhidmatan sebagai perancang percutian anda. ...
12/11/2013

Perlukan perancang percutian? Kami di Euro & Explore & Tours menyediakan perkhidmatan sebagai perancang percutian anda. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-89122903 (Pn. Dyla)

Pakej yang ditawarkan adalah :
1. Ho Chi Minh, Vietnam
2. Hanoi, Vietnam
3. Medan Lake Toba, Indonesia
4. Bandung, Indonesia
5. Jakarta, Indonesia
6. Palembang, Indonesia
7. Cambodia, Kemboja
8. Krabi, Thailand
9. Phuket, Thailand
10. Hatyai, Thailand
11. Pulau Tioman
12. Pulau Perhentian
13. Pulau Redang
14. Pulau Sipadan
15. Australia
16. Europe

Jommm jadi Divers........Korang tau tak, Malaysia ni antara negara yang mempunyai dasar laut yang tercantik di dunia. Ri...
17/10/2013

Jommm jadi Divers........Korang tau tak, Malaysia ni antara negara yang mempunyai dasar laut yang tercantik di dunia. Ribuan diver dari serata dunia datang ke Malaysia. Tak ke kita teringin nak explore keindahan alam ini? Satu kelas taklimat "Discover Scuba Diving (DSD)" akan diadakan. Jom kita pelajari ilmu asas pengembaraan di dasar laut, kaedah penggunaan alatan menyelam dan LATIHAN PRAKTIKAL di dalam pool.. Anda akan mula bernafas di dalam air!!

Hari : Setiap Sabtu & Ahad
Jam : 3 petang
Tempat : Petaling Jaya
Bayaran : RM199 sahaja

Sila hubungi Saudara Ed Azhar (0122704687) untuk penerangan lanjut.

16/10/2013

Lokasi kami pada minggu hadapan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pakej-pakej percutian yang kami tawarkan. InsyaAllah dengan harga yang berpatutan!!

22 October 2013 - ILSAS
23 October 2013 & 24 October 2013 - UITM Shah Alam

Sebarang pertanyaa boleh menghubungi kami di talian 03-89122903 & 0122704687

Selamat Hari Raya Aidiladha..
14/10/2013

Selamat Hari Raya Aidiladha..

11/10/2013

Paris, France
(The City of Love)

Siapa tidak mahukan percutian paling romantik dengan alunan muzik violin yang mempersonakan sewaktu makan malam indah bersama kekasih hati? Paris, kota cinta, adalah tempat terbaik.
Di Paris, kunjungi restoran-restoran terkenal di sekitar kota dan nikmati hidangan lazat dan menyelerakan sambil disimbahi cahaya lilin yang romantik di dalam restoran. Menjenga
h ke luar tingkap anda dapat melihat Eiffel Tower, satu mercu tinggi melambangkan tingginya cinta sejati.
Setelah selesai, nikmati keindahan malam di kota Paris sambil menghirup udara segar malam.It’s priceless.

Syurga membeli-belah (HO CHI MINH)JIKA sebelum ini bandar seperti Jakarta, Bandung dan Padang di Indonesia serta Bangkok...
03/10/2013

Syurga membeli-belah (HO CHI MINH)

JIKA sebelum ini bandar seperti Jakarta, Bandung dan Padang di Indonesia serta Bangkok di Thailand menjadi destinasi untuk membeli-belah rakyat negara ini, sejak kebelakangan ini bandar Ho Chi Minh di Vietnam p**a menjadi tumpuan ramai.

Kelibat orang Malaysia sedang membeli-belah boleh dilihat di sekitar bandar tersebut yang dahulunya dikenali sebagai Saigon, terutama di Pasar Ben Thant yang sememangnya cukup terkenal dalam kalangan para pelancong.

Para pelancong boleh mendapatkan pelbagai barangan berkualiti dengan harga yang cukup murah, dengan syarat mereka perlulah bijak tawar menawar.

Bayangkanlah, sehelai tudung dari jenama terkenal di negara ini yang dijual dengan harga ratusan ringgit boleh dibeli dengan harga serendah RM25 di Ho Chi Minh.

Selain tudung, barangan yang paling mencuri tumpuan kaum wanita pastinya kain dan baju kurung moden yang siap dijahit sama ada dari jenis cotton, chiffon, viscose dan sutera Vietnam.

Harganya? Sudah semestilah murah sehinggakan ramai peniaga di negara ini yang membeli kain, baju siap, tudung dan jubah secara borong dari kilang di Ho Chi Minh.

Bagi lelaki p**a, mereka boleh menempah kot daripada kain berkualiti yang boleh siap dalam masa sehari sahaja.

Menariknya, rata-rata peniaga di sana berkebolehan berbahasa Melayu meskipun menggunakan bahasa pasar yang dipelajari secara tidak formal daripada pelancong Malaysia.

Malah, kebanyakan papan tanda kedai menjual pakaian muslimah turut menggunakan bahasa Melayu seperti 'Selamat Datang' bagi menarik perhatian pelancong dari negara ini.

Disebabkan ramai rakyat Malaysia membeli-belah di Bandar Ho Chi Minh sehingga menyebabkan segelintir peniaga menggelarkan Pasar Ben Thant sebagai 'Pasar Malaysia'.

Seorang peniaga berbangsa Melayu Champa, Abdul Halim Mohamad Idris, 54, berkata, kedatangan pelancong Malaysia ke Ho Chi Minh semakin bertambah sejak tiga tahun kebelakangan ini.

"Boleh dikatakan kedatangan pelancong Malaysia ke sini tidak pernah putus sejak beberapa tahun kebelakangan ini sama untuk melancong atau membeli-belah.

"Sebelum Ramadan bermula lagi sudah ramai orang Malaysia yang datang untuk beli baju raya termasuk peniaga yang beli secara borong memandangkan harga di sini murah dan barangannya berkualiti," katanya.

Beliau yang mempunyai dua buah kedai menjual pakaian berhampiran Pasar Ben Thant yang diusahakannya sejak kira-kira 30 tahun lalu mengakui kejayaan perniagaannya itu turut disumbangkan oleh pelanggan dari Malaysia.

Abdul Halim turut mengakui tidak mempunyai masalah untuk berurusan dengan rakyat Malaysia kerana dia fasih berbahasa Melayu memandangkan pernah berniaga di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu sejak 1992 hingga 1999.

Bagi Basiroh Aly, 57, atau lebih dikenali dengan gelaran Hajah Basiroh, perniagaan menjual persalinan solat atau telekung yang diusahakan sejak tahun 2000 turut mendapat sambutan baik daripada pelancong Malaysia.

Malah telekung yang dijual dengan label jenama namanya sendiri itu dan mempunyai 30 jenis sulaman yang dijual dengan harga antara RM30 hingga RM90 turut mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran Malaysia.

"Saya mula berniaga telekung sejak 2000 secara kecil-kecilan di rumah dan perniagaan saya terus berkembang.

"Dahulu tidak ramai rakyat Malaysia datang ke sini, bahkan permintaan telekung juga tidak banyak. Namun semua itu berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila jumlah pelancong Malaysia ke Bandar Ho Chi Minh terus meningkat," katanya.

Hajah Basiroh yang dilahirkan di Kampung Chau Giang, wilayah An Giang sememangnya rajin berniaga apabila turut membuka sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari kedai menjual telekungnya itu.

Dia yang berketurunan Melayu Champa mengambil keputusan membuka gerai makan tersebut berikutan permintaan tinggi daripada pelancong beragama Islam yang mahukan restoran makanan halal di bandar berkenaan.

Seorang pengusaha agensi pelancongan, Azimah Rofiian, 30, dari Gua Musang, Kelantan memberitahu, jumlah rakyat negara ini melancong ke Vietnam terutama di Bandar Ho Chi Minh semakin bertambah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Bayangkanlah pada setiap bulan pasti ada sahaja rombongan ke Bandar Ho Chi Minh dan setiap kali lawatan akan disertai kira-kira 100 orang.

"Kebanyakan daripada orang kita ke Bandar Ho Chi Minh untuk melancong dan pada masa sama membeli-belah di Pasar Ben Thant dan kedai sekitarnya," katanya.

Azimah turut mengakui Bandar Ho Chi Minh yang dahulunya agak asing bagi rakyat negara ini bakal menjadi syurga membeli-belah terbaharu rakyat Malaysia.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20130829/pl_01/Syurga-membeli-belah-baharu
© Utusan Melayu (M) Bhd

Address

No. 19-1, 19-2 & 21-2, Jalan 7/7C, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
Kajang
43560

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EuroVac 2011 (Euro road Trip) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to EuroVac 2011 (Euro road Trip):

Share