Safwah Travel & Tours Kpk7787 - Umrah

Safwah Travel & Tours Kpk7787 - Umrah Pakej pelbagai pilihan. Umrah manasik Sunnah Nabi. Page utama : Safwah Travel & Tours Sdn Bhd

1079311-M KPK/LN: 7787 MA4801

الله أكبر الله أكبر الله أكبر، لا إله إلا اللهالله أكبر الله أكبر ولله الحمدتَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْTaqabbala...
27/05/2026

الله أكبر الله أكبر الله أكبر، لا إله إلا الله
الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Taqabbalallahu minna wa minkum
“Semoga Allah menerima segala amalan ibadah kami dan kamu.”

Salam Aidiladha 1447H ✨

Aidiladha mengajar kita bahawa pengorbanan bukan hanya pada harta dan sembelihan, tetapi pada hati yang ikhlas dalam mentaati perintah Allah SWT.

Sejarah korban bermula daripada kisah agung Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.
Ketika diperintahkan Allah untuk mengorbankan anak yang paling dicintai, mereka berdua tunduk penuh taat tanpa ragu, lalu Allah menggantikan Nabi Ismail AS dengan seekor kibas sebagai tanda rahmat dan kasih sayang-Nya.

Daripada peristiwa itu, kita belajar bahawa: • Keikhlasan lebih bernilai daripada pengorbanan yang besar
• Taat kepada Allah mengatasi kehendak diri
• Pengorbanan membuka jalan keberkatan dan rahmat

Firman Allah SWT:

لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقْوَىٰ مِنكُمْ

“Daging dan darah korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan daripada kamu.”
(Surah Al-Hajj : 37)

Semoga Aidiladha kali ini mendekatkan hati kita kepada Allah,
melapangkan rezeki, mengeratkan ukhuwah
dan menjadikan kita insan yang lebih bersyukur serta ikhlas dalam beribadah.

Daripada seluruh warga
Safwah Travel & Tours Sdn Bhd

Selamat Hari Raya Aidiladha
Minal Aidin Wal Faizin, Mohon Maaf Zahir & Batin.

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”— HR At-TirmidziHari untuk kita b...
26/05/2026

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”
— HR At-Tirmidzi

Hari untuk kita banyakkan doa, istighfar dan selawat.

Jangan lepaskan peluang pada hari



🕋 SEMPENA HARI GURU: REBUT VOUCHER DISKAUN UMRAH SEHINGGA RM500! 🗺️✨"Hargai Jasa, Raih Keberkatan."Sempena menyambut Har...
16/05/2026

🕋 SEMPENA HARI GURU: REBUT VOUCHER DISKAUN UMRAH SEHINGGA RM500! 🗺️✨

"Hargai Jasa, Raih Keberkatan."
Sempena menyambut Hari Guru, Safwah Travel & Tours nak kongsi rezeki dengan menawarkan Voucher Diskaun Pakej Umrah sehingga RM500 untuk anda semua yang dah rindu sangat nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah & Madinah!

Voucher ini kami buka untuk semua, tapi ada 'hadiah' ekstra untuk warga pendidik:

💰REBUT VOUCHER DISKAUN SYOK INI:

• 👩‍🏫 Istimewa Buat Cikgu: Nikmati diskaun penuh sehingga RM500 sebagai tanda terima kasih kami atas jasa anda mendidik anak bangsa!

• 🤝 Terbuka Untuk Semua Sektor / Anda Yang Bukan Guru: Jangan risau, anda pun tetap layak dapat voucher diskaun istimewa daripada kami untuk pendaftaran pakej baharu! (Boleh buat modal bawa mak ayah atau pergi satu keluarga).

📆 TARIKH SAH VOUCHER (SANGAT TERHAD!)

Jangan tunggu lama-lama. Voucher ini hanya sah bermula 16 Mei 2026 sehingga 31 Mei 2026 sahaja! > Terma & Syarat Ringkas:

> 1. Sah untuk tempahan pakej umrah terbaharu yang belum pernah diiklankan sebelum ini.
> 2. Sah bersama pendaftaran umrah dan bayaran deposit.
> 3. Tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau digabungkan dengan promosi lain.
> 4. Sah untuk satu (1) pendaftaran sahaja.

📲 HUBUNGI KAMI SEKARANG UNTUK CLAIM VOUCHER ANDA:

Klik link di bawah sekarang untuk semak pakej pilihan dan tuntut nilai voucher anda sebelum kuota penuh:

👉 WhatsApp: 010-575 8233
👉 Laman Web: www.safwahtravel.com.
👉 Facebook: safwah.travel

Terima kasih Cikgu! Semoga Allah memudahkan perjalanan ibadah anda semua bersama Safwah Travel & Tours. 🕊️

EidMubarak. "Kemenangan Sebenar Adalah Taqwa."Ramadan telah berlalu pergi, meninggalkan kita dengan seribu satu pengajar...
21/03/2026

EidMubarak.

"Kemenangan Sebenar Adalah Taqwa."

Ramadan telah berlalu pergi, meninggalkan kita dengan seribu satu pengajaran tentang sabar dan hamba. Kini tiba Syawal, hari kemenangan bagi jiwa-jiwa yang berjaya menundukkan nafsu.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."(HR. Bukhari & Muslim)

Kami di Safwah Travel dengan rendah hati mendoakan agar kita semua tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beroleh keampunan dan keredhaan-Nya. Semoga setiap sujud dan air mata keinsafan kita di bulan lalu menjadi saksi di akhirat kelak.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

(Semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu amalan yang soleh)

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. 🌙✨



Ziarah Madinah Al-Munawwarah 🤍Alhamdulillah, para jemaah berpeluang menziarahi sekitar bumi Madinah yang penuh keberkata...
24/12/2025

Ziarah Madinah Al-Munawwarah 🤍

Alhamdulillah, para jemaah berpeluang menziarahi sekitar bumi Madinah yang penuh keberkatan. Ziarah dimulakan di Masjid Nabawi dengan memperbanyakkan solat, selawat dan doa di sisi junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ. Suasana yang tenang benar-benar menyentuh hati dan menenangkan jiwa.

Perjalanan diteruskan ke Masjid Quba, masjid pertama dalam sejarah Islam. Para jemaah menunaikan solat dengan penuh kesyukuran, menghayati erti keikhlasan dan permulaan dakwah Islam.

Ziarah seterusnya ke Jabal Uhud mengingatkan para jemaah tentang perjuangan dan pengorbanan para sahabat Rasulullah ﷺ. Kisah yang dikongsikan menjadi peringatan agar sentiasa taat, sabar dan istiqamah dalam kehidupan.

Semoga setiap langkah dan doa di bumi Madinah ini diterima sebagai ibadah dan menjadi bekalan rohani buat para jemaah. 🤲🕋

Group 22 December 2025

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, para jemaah kami telah selamat berlepas ke Tanah Suci Mekah dan Madinah...
24/12/2025

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, para jemaah kami telah selamat berlepas ke Tanah Suci Mekah dan Madinah bagi menunaikan ibadah Umrah.
Setiap langkah yang diatur hari ini bukan sekadar sebuah perjalanan, tetapi panggilan istimewa daripada Allah kepada hamba-hamba pilihan-Nya.

Kami mendoakan agar seluruh jemaah dikurniakan kesihatan yang baik, perjalanan yang dipermudahkan, urusan yang dilancarkan serta diberikan kekuatan fizikal dan rohani sepanjang berada di Tanah Suci.
Semoga setiap ibadah yang dilaksanakan — daripada niat, tawaf, sa’ie, doa dan munajat — diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan umrah yang mabrur.

Buat para jemaah, kirimkanlah doa dari bumi barakah, dari hadapan Kaabah dan Raudhah, agar kami yang di tanah air ini turut mendapat keberkatan dan rezeki untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.

Group Leader : Ustaz Hj Auzai
Team : Ustazah Hjh Faizah - Ustzah Faridah - Ustazah Sufi

🕋 Selamat menunaikan ibadah Umrah.
🤲 Doakan kami, kami sentiasa mendoakan kalian.

Group 24 Dec 2025



"Alhamdulillah, hari ini seramai 31 orang jemaah sahutan 'Labbaikallah' akan berangkat menuju ke Tanah Suci bagi menunai...
23/12/2025

"Alhamdulillah, hari ini seramai 31 orang jemaah sahutan 'Labbaikallah' akan berangkat menuju ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.

Mohon doa daripada sahabat-sahabat semua agar perjalanan mereka dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik sepanjang di sana, dan dikurniakan umrah yang mabrur.

Semoga segala urusan pergi dan balik dilindungi Allah SWT. Amin ya Rabbal Alamin."

Group 22 December 2025




"Getaran rindu itu makin terasa... 🥺MasyaAllah Tabarakallah. Penuh ruang Surau Ar-Rahim hari ini dengan bakal-bakal Dhuy...
07/12/2025

"Getaran rindu itu makin terasa... 🥺

MasyaAllah Tabarakallah.

Penuh ruang Surau Ar-Rahim hari ini dengan bakal-bakal Dhuyufurrahman. Aura dia lain macam bila semua berkumpul dengan satu niat—nak jadi tetamu Allah yang terbaik.

Hari ini Safwah Travel bawakan khas Ustaz Khairul Anuar Basri untuk perhalusi bab manasik umrah.
Bila masuk bab praktikal pakai kain ihram tu, suasana jadi hening sekejap.

Terbayang tawaf, terbayang saie... Allahu, moga Allah jemput kita semua.

Kami di Safwah Travel sentiasa cuba yang terbaik. Bukan setakat uruskan tiket dan hotel, tapi kami nak pastikan 'roh' umrah tu sampai ke dalam hati jemaah.

Makan minum terjaga, ilmu pun terbela.

Jemaah happy, kami pun tumpang gembira.

Terima kasih atas kepercayaan tuan puan kepada servis kami.

Ada yang tengah cari pakej Umrah yang bimbingan penuh macam ni?

Jangan segan silu risik dengan kami. Kami sedia bantu realisasikan impian anda. 🕋✈️

DM kami sekarang.

Address

8-1, Jalan PUTERI 3A/5, BANDAR PUTERI BANGI
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60105758233

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Safwah Travel & Tours Kpk7787 - Umrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Safwah Travel & Tours Kpk7787 - Umrah:

Shortcuts

Share

Category