Muttawif UHA Travel & Services Sdn Bhd

Muttawif UHA Travel & Services Sdn Bhd Menyantuni para Dyufurrahman adalah keutamaan kami. Hubungi kami sekarang utk keterangan lanjut.

17/08/2026
Alhamdulillah usai sudah Kursus Mutawif/Mutawiffah dan Perunding Umrah Haji Peringkat Intermediate 14-16 Ogos 2026, anju...
17/08/2026

Alhamdulillah usai sudah Kursus Mutawif/Mutawiffah dan Perunding Umrah Haji Peringkat Intermediate 14-16 Ogos 2026, anjuran Muttawif UHA Travel & Services Sdn Bhd , Kajang, Selangor.

Muttawif UHA Travel bukan sahaja agensi pelancongan tetapi juga adalah penyedia latihan yang berdaftar dengan HRD Corp (HRD Corp Training Provider).

Anda banker, staff GLCs dan staff syarikat swasta yang berminat untuk ikuti KURSUS MUTAWIF/ MUTAWIFFAH DAN PERUNDING UMRAH HAJI di bawah SBL-KHAS HRD Corp , boleh hubungi kami ditalian 016-866 3341 dan 018-2888084 utk maklumat lanjut .

Masjid Ali bin Abi Talib A. Latar Belakang SejarahLokasi Bersejarah: Terletak tidak jauh dari Masjid Al-Ghamamah dan Mas...
07/08/2026

Masjid Ali bin Abi Talib

A. Latar Belakang Sejarah
Lokasi Bersejarah: Terletak tidak jauh dari Masjid Al-Ghamamah dan Masjid Abu Bakar (di sebelah barat daya Masjid Nabawi).
Peristiwa Terkait: Kajian sejarah merekodkan tapak ini sebagai salah satu lokasi di mana Saidina Ali r.a. pernah memimpin solat Raya atau mendirikan khemah/kawasan strategik semasa peristiwa tertentu di zaman awal Islam.
B. Seni Bina & Pemuliharaan
Gaya Binaan Uthmaniyyah: Sama seperti Masjid Abu Bakar, struktur fizikal yang masih mengekalkan ciri sejarahnya dibina semasa zaman Uthmaniyyah.
Skala Binaan: Mempunyai keluasan yang agak kecil (berbanding masjid jami' moden) dengan kemasan dinding batu basalt hitam dan kubah tunggal/berbilang mengikut seni bina klasik Hijaz-Ottoman.

Jom susuri sirah bersama kami dalam perjalanan umrah. Hubungi kami utk maklumat lanjut.

www.wasap.my/60168663341/pakejumrah

www.umrah2hajjtravel.com

العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةُ Maksudnya: “Satu umrah ke umrah lain adalah penghapus dosa di antara keduanya...

Masjid Abu Bakar As-Siddiq  A. Latar Belakang Sejarah & PeristiwaTapak Solat Raya (Al-Musalla): Dalam penyelidikan sejar...
06/08/2026

Masjid Abu Bakar As-Siddiq

A. Latar Belakang Sejarah & Peristiwa
Tapak Solat Raya (Al-Musalla): Dalam penyelidikan sejarah binaan Madinah, lokasi masjid ini dikenal pasti sebagai salah satu kawasan lapang (musalla) di mana Nabi Muhammad ﷺ pernah menunaikan solat Hari Raya (Aidilfitri/Aidiladha) atau solat Istisqa' (memohon hujan).
Peristiwa Dinamakan: Dinamakan semarakkan kenangan kepada Saidina Abu Bakar r.a. kerana beliau juga meneruskan sunnah menunaikan solat Hari Raya di tapak lokasi berkenaan semasa tempoh kekhalifahannya.
B. Senibina & Kajian Pemeliharaan
Seni Bina Uthmaniyyah (Ottoman): Kajian seni bina Islam mencatatkan bahawa struktur masjid yang ada hari ini diasaskan/dibina semula semasa era Uthmaniyyah (khususnya oleh Sultan Abdul Hamid II atau gabenor tempatan).
Ciri Fizikal: Binaan bersaiz sederhana, mempunyai satu kubah utama yang dominan, satu minaret berkonsepkan gaya Uthmaniyyah, serta menggunakan batu hitam tempatan (basalt) khas binaan Madinah Purba.

Jom susuri sirah bersama kami dalam perjalanan umrah. Hubungi kami utk maklumat lanjut.

www.wasap.my/60168663341/pakejumrah

www.umrah2hajjtravel.com

العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةُ Maksudnya: “Satu umrah ke umrah lain adalah penghapus dosa di antara keduanya...

Kawasan Masjid Tujuh (Masjid di Sekitar Kawasan Masjid al-Fath)Di sekitar pinggir Jabal Sila', terdapat beberapa buah ma...
05/08/2026

Kawasan Masjid Tujuh (Masjid di Sekitar Kawasan Masjid al-Fath)

Di sekitar pinggir Jabal Sila', terdapat beberapa buah masjid yang dikenali secara tradisi sebagai Masjid Tujuh. Tempat asal kawasan masjid-masjid ini merupakan tapak perkhemahan tentera Islam semasa berlakunya Peperangan Ahzab (Khandak). Walaupun nama-nama yang diberikan kepada masjid ini tidak semestinya mempunyai asas sejarah langsung, menurut sejarawan Ibn al-Najjar, hanya terdapat empat buah masjid sahaja pada zamannya.
Masjid-masjid kecil yang masih kekal dan terkenal dalam kalangan pengunjung sehingga ke hari ini termasuklah:
1. Masjid Salman al-Farisi
2. Masjid Umar bin al-Khattab
3. Masjid Ali bin Abi Talib – Terletak berhampiran jalan dan pernah dijadikan medan letak kenderaan sebelum diruntuhkan pada tahun 1414H.
4. Masjid Sa'ad bin Muaz (kini dikenali sebagai Masjid Fatima al-Zahra).
5. Masjid Abu Bakar al-Siddiq.
Nota Sejarah: Di kawasan ini juga, sebuah masjid yang besar telah siap dibina pada tahun 2010 (1431H) yang dinamakan Masjid Khandak bagi menampung bilangan jemaah yang ramai.
(Sahih Bukhari no. 4115; Al-Masajid al-Atsariyyah hlm. 135)

Jom susuri sirah bersama kami dalam perjalanan umrah. Hubungi kami utk maklumat lanjut.

www.wasap.my/60168663341/pakejumrah

www.umrah2hajjtravel.com

العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةُ Maksudnya: “Satu umrah ke umrah lain adalah penghapus dosa di antara keduanya...

Jabal Tsur dan Gua TsurJabal Tsur terletak di tengah-tengah Makkah, kira-kira 4 km dari sebelah selatan Masjidilharam. B...
04/08/2026

Jabal Tsur dan Gua Tsur

Jabal Tsur terletak di tengah-tengah Makkah, kira-kira 4 km dari sebelah selatan Masjidilharam. Bukit ini mempunyai ketinggian sekitar 458 meter dan mengambil masa lebih kurang 1½ jam untuk didaki. Pada masa sekarang, kawasan bukit ini dikenali sebagai Hayyu al-Hijrah (Kawasan Kudai). (Rujukan: At-Tarikh al-Qawim 2/384; M. Ilyas, Tarikh Makkah 128).

Ciri-Ciri Fizikal Gua Tsur
Gua Tsur mempunyai ketinggian sekitar 1.25 meter dengan panjang dan lebar sekitar 3.5 m x 3.5 m.
Gua ini mempunyai dua pintu: satu di sebelah barat (pintu setinggi kira-kira 1 meter yang digunakan oleh Rasulullah ﷺ) dan satu lagi di sebelah timur (pintu yang lebih luas untuk kemudahan orang ramai keluar masuk).
Kepentingan Sejarah Hijrah
Gua Tsur merupakan tempat persembian bersejarah bagi Rasulullah ﷺ dan sahabat karib Baginda, Abu Bakar al-Siddiq RA, selama tiga hari tiga malam ketika dalam perjalanan hijrah ke Madinah. Peristiwa ini berlaku selepas pihak Musyrikin Quraisy merancang untuk membunuh Baginda pada malam 27 Safar (bersamaan 12/13 September 622M). Persembunyian ini dirakamkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran melalui Surah al-Taubah ayat 40: "...Sedang dia salah seorang daripada dua orang ketika kedua-duanya berada di dalam gua."
Ketika pihak musuh berada sangat dekat di pintu gua, Abu Bakar berasa bimbang, namun Rasulullah ﷺ menenangkannya dengan berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang kamu fikirkan tentang dua orang apabila Allah merupakan pihak yang ketiga bersama mereka?" Setelah keadaan selamat pada malam Isnin awal bulan Rabiulawal, barulah mereka meneruskan perjalanan ke Madinah dengan dipandu oleh Abdullah bin Uraiqit. (Rujukan: Surah al-Taubah 9:40; Shahih al-Bukhari; At-Tarikh al-Qawim 2/384).

Jom susuri sirah bersama kami dalam perjalanan umrah. Hubungi kami utk maklumat lanjut.

www.wasap.my/60168663341/pakejumrah

www.umrah2hajjtravel.com

العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةُ Maksudnya: “Satu umrah ke umrah lain adalah penghapus dosa di antara keduanya...

01/08/2026

Masjid Abdullah Bin Abbas, Taif*
*Lokasi*: Pusat bandar Taif, Wilayah Makkah.

*Sejarah*:
- Dibina asal tahun 630M/9H, zaman Nabi SAW masih hidup. Dibina di tapak kuil berhala Al-Lat yang dirobohkan.
- Dinamakan sempena Abdullah bin Abbas RA, sepupu Nabi SAW, pakar tafsir & hadis, yang dimakamkan di tanah perkuburan masjid ni tahun 687M.
- Renovasi besar zaman Raja Saud & Raja Faisal. Keluasan sekarang ∼15,000m², muat 3,000 jemaah.

*Kepentingan*: Ziarah popular sebab makam Ibn Abbas RA di situ. Dia digelar "Turjuman al-Quran" - pentafsir Quran.

Jom susuri sirah bersama kami dalam perjalanan umrah. Hubungi kami utk maklumat lanjut.

www.wasap.my/60168663341/pakejumrah

www.umrah2hajjtravel.com

28/07/2026

Masjid Baiah Al-Ridhwan (Hudaibiyyah)
Masjid Hudaibiyyah terletak kira-kira 24 km dari Masjidilharam dan berada 2 km di luar sempadan Tanah Haram Makkah, iaitu di laluan jalan lama Makkah–Jeddah. Nama Hudaibiyyah diambil sempena nama telaga di situ, dan kawasan ini juga turut dikenali dengan nama al-Syumaisi (sempena nama Telaga Syumaisi / Bi'r Syumaisi). Masjid ini dibina sebagai mercu tanda tempat para sahabat melakukan sumpah setia bersejarah yang dikenali sebagai Baiah al-Ridhwan pada tahun 6 Hijrah.
Rentetan Peristiwa Baiah al-Ridhwan
1. Mimpi Rasulullah ﷺ: Pada tahun ke-6 Hijrah, Rasulullah ﷺ bermimpi bahawa Baginda bersama-sama para Muslimin memasuki kota Makkah dengan selamat untuk menunaikan ibadat umrah. Mendengar khabar tersebut, para sahabat menyangka mereka akan dapat menawan Makkah pada tahun itu juga lalu bertolak menuju ke sana.
2. Sekatan Quraisy & Utusan Utsman: Setibanya di Hudaibiyyah, perjalanan mereka dihalang oleh musyrikin Quraisy. Rasulullah ﷺ kemudiannya mengutus Utsman bin Affan RA masuk ke Makkah untuk berunding. Walau bagaimanapun, penantian yang lama mencetuskan khabar angin mendakwa Utsman telah mati dibunuh oleh pihak Quraisy.
3. Sumpah Setia di Bawah Pokok: Berita kematian tersebut membangkitkan kemarahan para sahabat. Mereka segera melakukan baiah (janji setia) di hadapan Rasulullah ﷺ di bawah sebatang pokok untuk memerangi kaum kafir Quraisy sehingga ke titisan darah terakhir. Sewaktu baiah berlangsung, Umar bin al-Khattab RA memegang tangan Baginda, manakala Ma'qil bin Yasar RA memegang dahan pokok tersebut agar tidak terkena tubuh Rasulullah ﷺ. Peristiwa agung yang diredai ini dirakam oleh Allah SWT di dalam Al-Quran menerusi Surah al-Fath ayat 10 dan 18.
Nota Sejarah: Pokok tempat berbaiah tersebut telah ditebang pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab RA. Tindakan ini diambil secara tegas apabila beliau mendapati ramai orang mula mengunjungi pokok tersebut secara berlebihan untuk mengusap dan menyapunya demi mengambil berkat.
Sulh (Perjanjian Damai Hudaibiyyah)
Melihat keteguhan dan kesungguhan kaum Muslimin yang sedia berjuang demi iman mereka, pihak kafir Quraisy menjadi gentar. Mereka akhirnya membebaskan semula Utsman bin Affan RA dan menghantar beberapa orang utusan. Utusan terakhir mereka, Suhail bin Amr, tiba untuk memeterai perjanjian damai yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyyah pada bulan Zulkaedah tahun 6H.

Jom susuri sirah bersama kami dalam perjalanan umrah. Hubungi kami utk maklumat lanjut.

www.wasap.my/60168663341/pakejumrah

www.umrah2hajjtravel.com

27/07/2026

Masjid Syajarah (Pokok)
Masjid Syajarah merupakan salah satu tempat bersejarah penting yang terletak di kawasan Hujun, Makkah. Berdasarkan pendapat ahli-ahli sejarah seperti al-Azraqi, al-Fakihi, dan Ibn al-Jauzi, kedudukan masjid ini adalah tepat berhadapan dengan Masjid Jin.
Sejarah & Mukjizat Pokok
Dinamakan sebagai Masjid Syajarah (Masjid Pokok) bersempena peristiwa mukjizat agung Rasulullah ﷺ yang melibatkan sebatang pokok di kawasan tersebut:
Penyaksian Kaum Jin: Menurut riwayat al-Fakihi, peristiwa ini berlaku apabila sekelompok jin meminta bukti atau dalil daripada Rasulullah ﷺ mengenai kebenaran risalah kenabian Baginda. Rasulullah ﷺ kemudiannya memanggil sebatang pokok yang berada di situ. Pokok tersebut dengan mukjizat Allah telah tercabut bersama-sama akarnya dari bumi, berjalan menghadap Baginda, dan memberikan kesaksian (syahadah) bahawa Nabi Muhammad ialah utusan Allah. Selepas menyaksikan bukti nyata tersebut, kaum jin memeluk Islam dan berbaiah (sumpah setia) kepada Baginda.
Doa Rasulullah ﷺ di Hujun: Dalam riwayat lain daripada Umar bin al-Khattab RA, ketika Rasulullah ﷺ berada di Hujun dan mendapat penolakan serta pendustaan yang hebat daripada kaum kafir Quraisy, Baginda berdoa: "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku pada hari ini akan suatu tanda (kekuasaan-Mu), selepas itu aku tidak akan peduli kepada pendustaan kaum kafir terhadap dakwaku." Baginda lalu diperintahkan untuk memanggil pokok di hadapannya. Pokok itu datang menemui Baginda, menyampaikan salam, dan kemudiannya kembali semula ke tempat asalnya selepas diarahkan oleh Rasulullah ﷺ.
(Nota: Struktur bangunan Masjid Syajarah telah diperbaharui semula binaannya bersama-sama dengan pembaharuan Masjid Jin pada tahun 1421H.)
(Rujukan Kitab: Al-Azraqi, Akhbar Makkah 2/202; Ibn al-Jauzi, Mutsir al-'Azm 2/84; Riwayat al-Bazzar & Abu Ya'la (Majma' az-Zawaid 9/10); al-Fakihi, Akhbar Makkah 4/23; Dr. M. Ilyas, Tarikh Makkah 133.)

Jom susuri sirah bersama kami dalam perjalanan umrah. Hubungi kami utk maklumat lanjut.

www.wasap.my/60168663341/pakejumrah

www.umrah2hajjtravel.com

🚨 BAKAL JEMAAH UMRAH WANITA WAJIB TAHU!Prosedur Masuk ke Hijr Ismail TELAH BERUBAH!Jika anda bercadang menunaikan Umrah ...
23/07/2026

🚨 BAKAL JEMAAH UMRAH WANITA WAJIB TAHU!

Prosedur Masuk ke Hijr Ismail TELAH BERUBAH!
Jika anda bercadang menunaikan Umrah dalam masa terdekat, jangan terlepas info penting ini.

Berdasarkan maklumat rasmi yang dipaparkan di Pintu 79, Masjidil Haram, wanita yang ingin menunaikan solat di dalam Hijr Ismail perlu mengikuti prosedur berikut:
✅ Datang awal dan beratur di kawasan menunggu di hadapan Pintu 75, 76 atau 77.
✅ Tunggu sehingga kumpulan anda dipanggil oleh petugas keselamatan.
✅ Masuk hanya apabila diarahkan dan sentiasa patuhi arahan petugas keselamatan.

🕘 Waktu kemasukan (buat masa ini):
6.00 pagi – 9.00 pagi

💡 Tip daripada Mutawif:
✔️ Datang sekurang-kurangnya 30–60 minit lebih awal, terutama ketika musim cuti sekolah atau musim ramai jemaah.
✔️ Pastikan anda sudah berwuduk sebelum beratur.
✔️ Bawa botol spray kecil berisi air untuk memperbaharui wuduk sekiranya perlu tanpa kehilangan tempat dalam barisan.

🤍 Tahukah anda?
Hijr Ismail merupakan sebahagian daripada tapak asal binaan Kaabah. Oleh itu, para ulama menjelaskan bahawa solat di dalam Hijr Ismail adalah seperti bersolat di dalam Kaabah.

🤲 Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan semua bakal tetamu-Nya dan mengurniakan peluang untuk kita merasai nikmat beribadah di Hijr Ismail.

📌 Simpan posting ini sebagai rujukan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
📲 Kongsikan kepada keluarga, sahabat dan bakal jemaah Umrah supaya mereka juga mengetahui prosedur terkini.

Semoga bermanfaat.
www.umrah2hajjtravel.com
www.kursusmutawif.com

Address

12-1 Jalan Putra 3, Taman Putra Commercial Centre
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muttawif UHA Travel & Services Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Muttawif UHA Travel & Services Sdn Bhd:

Shortcuts

Share