12/06/2023
[Last Live Announcement : 13/6/2023]
Assalamualaikum wbt para pelanggan yang dihormati
setelah beberapa bulan finally kami dapat akses page ini semula, kami tak sure kenapa page ini flagged for copyright (?) atau flagged for sensitive content dan semua admin tak boleh buka. entah siapa yang report kami tak tahu.
Akan tetapi setelah mengambil kira banyak perkara, admin membuat keputusan sudah tiba masanya kami menamatkan perniagaan dan semua aktiviti Seed Toys & Mandarake Agent. Ini adalah kerana kami sudah aktif semula dalam bidang Travel & Tours dan tidak dapat memberikan komitmen lagi dalam bidang Hobby & Toys.
[Order]
Bagi para pelanggan yang tertangguh order, kami mohon maaf kerana tidak dapat meneruskan order anda . Ini disebabkan pelbagai account kami telah dibatalkan oleh pihak supplier/proxy, mungkin kerana ketidakaktifan, order terbatal, dan isu-isu lain.
Akan tetapi jangan risau. Kami akan mengembalikan 100% wang anda. Hubungi admin melalui whatsapp dan nyatakan nama,jumlah, dan nombor akaun untuk mendapatkan wang kembali anda.dalam tempoh Jan - May 2023, kami sudahpun refund dalam jumlah RM4000+ (bagi jumlah yang lebih dari RM1,000, kami mohon sedikit masa untuk proses refund.)
Whatsapp : 0175897919
(Mohon Whatsapp kerana kami masih tak boleh akses messenger page)
[Whatsapp Group]
Whatsapp group Seed Toys tidak akan ditutup dan akan kekal. Anda bebas berjual beli / berinteraksi di dalam group. (E***i content will still be moderated)
---------------------------------------------
Terima kasih di atas sokongan anda semua selama 3 tahun. Insha Allah kita jumpa di live pada malam esok buat kali terakhir. Ada giveaway 1 scale figure
-Admin