03/04/2021
Assalamualaikum buat semua pelanggan Homestay Bangi Perdana 3/15, Disini ada 1 perkara yang akan kami maklumkan iaitu berkenaan dengan:-
“SISTEM PALANG AUTOMATIK DI KESEMUA PINTU MASUK BANGI PERDANA”
Untuk makluman kepada semua pelanggan homestay, sistem palang ini baru sahaja beroperasi sejak setengah bulan yg lalu (iaitu Pada pertengahan bulan 3). Sistem palang automatik ini “BUKANLAH” menggunakan sistem seperti “touch n go”, tetapi menggunakan sistem “RFID / SMART TAG”.
Dalam erti kata lain, Tuan Puan hanya perlu meletakkan kad akses di cermin hadapan (pastikan sensor dapat detect kad tersebut), dan palang automatik akan terbuka.
Oleh yang demikian, setiap daripada pelanggan yang menginap di homestay kami, kami akan berikan 1 kad akses pintu masuk (minimum), atau 2 kad akses (maksimum). Utk 2 keping kad, Tuan Puan boleh mohon kepada puan saridah, dan kita akan sediakan.
Dalam erti kata lain, sekiranya Tuan Puan mempunyai kad akses pintu masuk, Tuan Puan boleh keluar dan masuk melalui mana2 pintu masuk Bangi Perdana sekalipun.
Namun, sekiranya Tuan Puan “TIDAK” mempunyai kad akses pintu masuk (buat pelanggan yang menginap LEBIH dari 2 Buah kenderaan) , maka, Tuan Puan hanya boleh masuk dan keluar, melalui “pintu masuk utama bangi perdana” (hanya pintu masuk ini sahaja yang mempunyai pengawal keselamatan) sahaja.
Di bawah ini, saya sertakan sekali gambar butiran utk rujukan pihak pelanggan Homestay Bangi Perdana 3/15. Terima kasih🌹