20/09/2026
PROGRAM ANAK MUDA
PIALA FUTSAL SKUAD KEADILAN MALAYSIA
Pada 20 September 2026 (Ahad), satu Program Anak Muda โ Futsal Skuad Keadilan Malaysia telah diadakan bertempat di Padang Futsal Taman Delima.
Program ini mendapat sambutan yang baik daripada golongan anak muda setempat dengan penyertaan sebanyak 16 pasukan yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.
Program telah dirasmikan oleh YB Syahredzan Johan dan turut dihadiri oleh YB David, ADUN Kajang N25 sebagai tetamu undangan.
Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk golongan anak muda mengembangkan bakat dalam bidang sukan, malah turut menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kesukanan, kerjasama serta hubungan yang lebih erat antara golongan muda dan komuniti setempat.
Pihak JPKK Batu 13 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, khususnya kepada penganjur, para peserta, urus setia serta semua yang memberikan sokongan.
Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penyertaan yang lebih ramai serta memberi manfaat kepada golongan anak muda dan masyarakat setempat.
Disediakan oleh:
Pengerusi JPKK Batu 13