22/12/2024
Alhamdulillah ... penutup untuk tahun 2024. Going to be full house till 31/12/2024. Terima kasih atas sokongan yang tetamu-tetamu EA Home berikan.
Banyak review yang diberikan pada EA Home. Ada yang sanggup luangkan masa tulis di Google link, ada yang nak cepat tulis dalam wasap saja. Terima kasih untuk tetamu-tetamu EA Home. Kot mana pun EA terima. Ada yang bagi cadangan teguran membina, pun EA terima. Akan dikutip satu persatu, akan diolah sebaik mungkin. Yang sesuai kita sediakan, yang tak sesuai lagi tu kita akan tengok pada keperluan
Contoh macam bawah ni, ada guest minta EA Home sediakan tuala. Bukan kali pertama EA dapat cadangan begini. Tetamu ni baik. Dia nak cuba tingkatkan kualiti EA Home. EA bebesar hati sebab dia concern. Bukan tak nak sediakan. Tapi lebih kepada kesian pada guest-guest seterusnya dan kena kesian pada kami pemilik homestay juga. Bukan tuju pada semua tapi ada segelintir. Ceritanya begini, panjang ni. Kalau sanggup baca, baca lah ya.
Cerita tentang TUALA : dulu EA Home sediakan tuala. Boleh kata 60% guest memang OK, tolong sidai atau tolong longgok di satu tempat. Guest macam ni, memang A+. Guest yang F+ ni yang buat EA geli geleman dan geram dalam masa yang sama. Tuala yang kita bagi, buat lap kaki depan pintu bilik air, macam kita tak sediakan kain lap kaki. Tuala lap muntah/berak anak, macam EA tak sediakan tisu. Tuala buat lap darah ###x mungkin, memang meloyakan. Tuala buat lap spot rim gamaknya, penuh minyak hitam. Tuala buat kesat gincu, eyeshadow tu memang kerap sangat dah. So, EA dah penat nak ganti tuala baru, sebab EA tak tergamak nak bagi tuala yang sama pada tetamu seterusnya walaupun dah dicuci. Sebabnya EA letak diri sendiri di tenpat tetamu. Memang tak tergamak nak guna semula. So apa EA buat? EA bungkus, masuk tong sampah. Nak kena cari ganti baru pulak. Jadi satu kerja pulak la nak kena keluar shopping. Burn deposit harga tuala RM40, guest bising. Time buat tu tak nak beringat. Time orang nak burn deposit, nak marah. So nak hadap isu-isu ni, amat memeningkan kepala. Kesimpulan yang mudah, EA stop sediakan tuala. Kecuali dengan permintaan, dan caj tambahan tertentu akan dikenakan.
EA Home ni homestay, bukan hotel yang hanya 1 bilik, 1 katil Queen dan berharga dah RM250. Kami ni homestay 3 bilik yang boleh menginap 8 orang, semuanya dapat tidur di atas katil. Semua bilik dan ruang tamu berhawa dingin. WIFI-Netflix complimentary pun di sediakan. Rasanya berbaloi dah dengan harga yang EA kenakan.
Harap tetamu-tetamu EA tak salah anggap dengan apa yang EA coretkan. Lebih kepada coretan s**a duka seorang pengusaha Homestay dan berharap tetamu-tetamu boleh terima dengan hati terbuka dan jadikan sebagai panduan jawapan jika ada homestay tak sediakan tuala.
PS: EA memang dah tak gunakan tuala yang homestay atau hotel sediakan selepas dah start buat homestay dari 2017 (selepas semua kejadian/pengalaman yg EA lalui).
Sekian, dari EA Home.