10/08/2026
🕌 DARI MAKKAH MENUJU MADINAH | YA RASULULLAH, KAMI DATANG
Di Makkah, berdirinya Kaabah sebagai kiblat umat Islam. Di kota inilah Rasulullah SAW dilahirkan, dan di sinilah Nabi Ibrahim AS bersama Nabi Ismail AS membina Kaabah sebagai tempat manusia beribadah kepada Allah SWT.
Sepanjang berada di Makkah, para jemaah dapat merasai sendiri suasananya, padat, ramai, sentiasa bergerak dan terasa begitu pantas. Hari-hari diisi dengan ibadah, ziarah dan perjalanan yang silih berganti.
Namun, setiap perjalanan pasti sampai kepada waktunya untuk berpisah.
Dengan hati yang berat dan penuh rasa pilu, para jemaah meninggalkan Makkah untuk menuju ke sebuah kota yang mempunyai tempat yang begitu istimewa dalam sejarah Islam.
Madinah Al-Munawwarah.
Kota yang penduduknya menyambut kedatangan Rasulullah SAW dan menjadi tempat bermulanya satu lembaran besar dalam sejarah perjuangan Islam. Di sinilah Rasulullah SAW berhijrah bersama para sahabat, dan dari kota inilah Islam berkembang dengan begitu luas.
Jika dahulu perjalanan dari Makkah ke Madinah mengambil masa berjam-jam dengan menaiki bas, hari ini para jemaah berpeluang merasai kemudahan Kereta Api Haramain (Haramain High Speed Railway).
Dengan perjalanan yang lebih pantas dan selesa, para jemaah dapat tiba di Madinah dalam masa yang jauh lebih singkat.
Dan akhirnya…
Tibalah kami di Madinah. 🤍
Jika Makkah terasa begitu sibuk dan pantas, Madinah p**a hadir dengan suasana yang lebih tenang dan mendamaikan.
Bagi pakej kami yang memulakan perjalanan di Makkah, setelah selesai ibadah Umrah, langkah terasa sedikit lebih lapang. Maka bermulalah p**a perjalanan untuk mengenali dan menghayati kota Rasulullah SAW.
Setibanya di Madinah, para jemaah berehat dan menunaikan solat sebelum Mutawwif dan Mutawwifah membawa mereka untuk memberi salam kepada Rasulullah SAW.
Sebuah detik yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Bagi jemaah lelaki p**a, diberikan kesempatan untuk menziarahi Perkuburan Baqi’, tempat bersemadinya ramai daripada ahli keluarga Rasulullah SAW, para sahabat dan insan-insan mulia.
Keesokan harinya, perjalanan diteruskan dengan ziarah dalam di sekitar Masjid Nabawi.
Bersama Ustazah Farah dan Ustaz Shafi, para jemaah dibimbing untuk mengenali lokasi-lokasi bersejarah serta mendengar sirah yang berkait rapat dengan perjalanan Rasulullah SAW dan para sahabat.
Kerana ziarah bukan sekadar melihat tempat.
Apabila kita berdiri di tanah yang pernah menjadi saksi perjuangan Rasulullah SAW, mendengar kisah yang pernah berlaku di situ dan memijak tempat yang sama yang pernah dilalui oleh insan-insan mulia, mudah-mudahan ia membuka ruang untuk kita lebih memahami sejarah Islam dan mengambil pengajaran daripadanya.
Semoga setiap langkah para jemaah di Madinah bukan sekadar menjadi sebuah perjalanan, tetapi menjadi pengalaman yang meninggalkan kesan pada hati, menambahkan ilmu dan menguatkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW.
Untuk antum yang sedang mencari ruang dan waktu yang sesuai untuk ke Tanah Suci, Pakej Umrah September 2026 masih berbaki 4 slot ‼️‼️
Moga ada rezeki untuk kita bertemu di Tanah Suci nanti. 🕋
Salam Haji
Antum Amanah Kami