PLAN B Vacation

Call Directions Website Contact the business

PLAN B Vacation Minat mendalam dalam industri pelancongan mendorong PLAN B untuk sentiasa memberikan servis terbaik.

Kepakaran kami adalah memahami keperluan setiap pelanggan dan menyesuaikan perjalanan agar setiap trip jadi pengalaman yang lancar, selesa, dan bermakna. Berpengalaman dalam industri pelancongan dengan fokus kepada 3 teras utama:
MICE – Meeting, Incentive, Conference & Exhibition atau Company trip
FIT (Private Trip) – Perjalanan eksklusif ikut citarasa anda
Rare Trip – Destinasi unik & pengalaman luar kebiasaan

Masih ada plan nak healing hujung tahun ni? Atau nak bawa anak-anak jalan masa cuti sekolah nanti? Jom tengok destinasi ...
09/10/2026

Masih ada plan nak healing hujung tahun ni? Atau nak bawa anak-anak jalan masa cuti sekolah nanti? Jom tengok destinasi yang kami dah susun dalam poster ni. Mana tahu ada yang berkenan! 😍✈️

Dengan Plan B Vacation, boss sendiri yang akan urus tempahan tuan-tuan dan puan-puan serta monitor group. Dari mula booking sampai persiapan perjalanan, kita bantu uruskan supaya anda boleh fokus nak bercuti.

Yang paling best, semua tarikh dalam poster ni CONFIRM DEPARTURE. Bukan tarikh dummy untuk tarik orang bertanya ya. Memang kita nak jalan! πŸ˜„

Cuma seat dah tak banyak. Kalau dah jumpa destinasi dan tarikh yang ngam, cepat roger abg. Jangan tunggu dekat-dekat baru nak booking, nanti seat p**a dah habis.

Jom cipta kenangan dengan keluarga sebelum 2026 melabuhkan tirai. Penat kerja sepanjang tahun, bagi diri sendiri peluang berehat juga. ❀️

WhatsApp / Call: 0173228913
https://wa.me/60173228913

FB / IG: Plan B Vac

Cepat tauu… kita jumpa dalam trip nanti! ✈️

TURKIYE WINTER 2026 β€” RM4,600 SAHAJA!18 – 26 NOVEMBER 2026 | 9H7MNak rasa pengalaman winter di Turkiye tapi tak nak kelu...
28/09/2026

TURKIYE WINTER 2026 β€” RM4,600 SAHAJA!

18 – 26 NOVEMBER 2026 | 9H7M

Nak rasa pengalaman winter di Turkiye tapi tak nak keluarkan bajet terlalu tinggi?

INI PAKEJ YANG SEMUAAAA TUNGGU!

RM4,600 SAHAJA β€” ALL INCLUSIVE
Dan paling best…

✈️ NAIK TURKISH AIRLINES
✈️ DIRECT FLIGHT KUALA LUMPUR – ISTANBUL
🍁END AUTUMN SEASON
🏨 HOTEL 4/5 STAR
🍽️ MAKANAN 3x SEHARI
🚌 TRANSPORT
🎫 ITINERARY
SEMUA DAH DIATUR!

Kita bukan sekadar duduk Istanbul.

Kita cover:

πŸ‡ΉπŸ‡· ISTANBUL
❄️ BOLU
🎈 CAPPADOCIA
πŸ›οΈ PAMUKKALE
πŸ•Œ BURSA

9 HARI 7 MALAM untuk explore Turkiye dalam musim autumn/winter suasana sejuk, pemandangan cantik dan pengalaman yang memang lain daripada trip biasa.

Dan yang paling penting…

RM4,600 SAHAJA.

Untuk flight Turkish Airlines direct + 9H7M + all inclusive?

Kalau dah lama simpan impian nak bawa family tengok Turkiye waktu winter, abang rasa jangan tunggu lama sangat.

Harga macam ni bukan selalu keluar.

Seat pun terhad.

Nak join?

CALL / WHATSAPP ABANG CEPAT:
www.wasap/60173228913/TurkiyeRM4600

Abang boleh terus explain pakej, itinerary dan apa yang termasuk.

18–26 NOVEMBER 2026
TURKIYE WINTER 2026
RM4,600 ALL INCLUSIVE

Jangan nanti bila seat dah habis, baru mesej abang:
β€œBang, masih ada kosong?” πŸ˜„

RABAT πŸ‡²πŸ‡¦Hari ni nak cerita sikit pasal Rabat p**a…Kalau orang tanya Morocco, biasanya Marrakech, Chefchaouen (santorini ...
04/09/2026

RABAT πŸ‡²πŸ‡¦

Hari ni nak cerita sikit pasal Rabat p**a…

Kalau orang tanya Morocco, biasanya Marrakech, Chefchaouen (santorini of morocco) dan Fes yang akan terlintas dulu. Tapi Rabat ni sebenarnya menarik juga, cuma suasananya lebih tenang.

Antara tempat yang saya sempat singgah ialah Kasbah Udayah

Masuk je kawasan ni, terus rasa macam masuk ke dunia lain. Lorong-lorong kecil, rumah putih biru, pintu-pintu lama… memang cantik.

Kita jalan kaki je perlahan-lahan dalam kawasan kasbah ni. Tak perlu rushing pun. Setiap lorong ada cerita dan penempatan tempatan..

Paling teruja bila sampai di bahagian hujung, boleh nampak laut dan juga Sungai Bou Regreg. Sebelah sana tu kawasan SalΓ©..Kebetulan cuti sekolah sekarang ni dekat morocco,penuhh budak2 dgn family masing2..

Sambil tengok pemandangan, terfikir juga… tempat ni dah wujud dan melalui macam-macam zaman, tapi sampai hari ni masih dijaga dan masih jadi sebahagian daripada kehidupan orang tempatan.

Rabat ni bagi saya lebih kepada bandar yang kita kena jalan dan rasa sendiri

Tak terlalu sibuk, tak terlalu mengejar pelancong… tapi ada sejarah, ada suasana dan ada keindahan dia sendiri.

Ohh lupa..RABAT ni ibu negera untk Morocco tau..

Satu lagi cerita dari bumi Morocco πŸ‡²πŸ‡¦

Lepas ni kita sambung cerita tempat lain p**a… 😊

PLAN B Vacation

πŸ‡²πŸ‡¦ MARRAKECH…Kali ni masuk kali ke 3 saya sampai di Marakech..First time sampai Marrakech, benda pertama yang saya rasa ...
03/09/2026

πŸ‡²πŸ‡¦ MARRAKECH…

Kali ni masuk kali ke 3 saya sampai di Marakech..First time sampai Marrakech, benda pertama yang saya rasa ialah bandar ni memang lain.

Bukan sebab bangunan dia tinggi atau moden. Tapi sebab setiap sudut macam ada cerita.

Jalan kaki dalam Medina atau nama dalam map Jemaa alfana, kiri kanan kedai-kedai kecil. Ada yang jual karpet, rempah, kulit, lampu, pakaian dan macam-macam lagi. Motor p**a boleh tiba-tiba muncul celah-celah lorong memang kena alert.

Lepas tu sampai p**a dekat Koutoubia Mosque. Dari jauh dah nampak menara dia. Simple tapi cukup ikonik. Ini antara landmark yang memang tak boleh tak singgah kalau dah sampai Marrakech. (Nanti saya upload video di Kuotobia ni)

Apa yang saya s**a tentang Marrakech ni, dia masih ada β€œjiwa” Morocco.

Walaupun kita berada di zaman moden, bila masuk ke kawasan lama dia, rasa macam kita dibawa sekejap ke dunia yang berbeza.

Dan bagi saya, itulah sebab kita travel.

Bukan semata-mata nak kumpul gambar.

Tapi nak tengok dunia dengan mata sendiri, rasa suasana tempat orang lain dan bawa balik cerita untuk dikenang.

Marrakech, Morocco πŸ‡²πŸ‡¦

Satu tempat yang kalau dah pernah sampai… rasanya susah nak lupa.

PLAN B Vacation

BOSS x STAFF BONDING!!Team dah penat kejar KPI sepanjang tahun. Sesekali, reward mereka dengan pengalaman yang betul-bet...
03/08/2026

BOSS x STAFF BONDING!!

Team dah penat kejar KPI sepanjang tahun. Sesekali, reward mereka dengan pengalaman yang betul-betul bermakna.
Company trip bukan sekadar bercuti.
Ia tentang menghargai usaha, mengeratkan hubungan dan kembali bekerja dengan semangat baru.
Kami di PLAN B VACATION uruskan semuanya dari A-Z.
Anda hanya fokus untuk menikmati perjalanan bersama team.
πŸ“ Destinasi dalam & luar negara
πŸ‘₯ Minimum 20 pax
πŸ’Ό Sesuai untuk SME & syarikat korporat

Kini kami mencari 5 syarikat pertama untuk menyertai Early Bird Corporate Travel Program.

WhatsApp: www.wasap.my/60173228913

HATYAI + SONGKHLA 4H2M | OPEN DATE Tak perlu tunggu cuti sekolah... Tak perlu tunggu geng ramai... Pilih tarikh, kami ur...
17/07/2026

HATYAI + SONGKHLA 4H2M | OPEN DATE

Tak perlu tunggu cuti sekolah... Tak perlu tunggu geng ramai... Pilih tarikh, kami uruskan semuanya!

Bayangkan 4 hari dipenuhi dengan...

πŸ›οΈ Shopping sampai puas di Hatyai
🍜 Food hunting tanpa henti
🌊 Santai di Samila Beach
πŸ›Ά Floating Market yang viral
🚐 Naik Private VIP Van 10 Seater yang super selesa sepanjang perjalanan
🏨 Hotel 3 bintang yang selesa
πŸ‡ΉπŸ‡­ Guide Thailand berbahasa Melayu yang mesra

Semuanya bermula hanya RM649 seorang(Minimum 10 pax).

SPECIAL OPENING OFFER!

4 ORANG PERTAMA yang membuat tempahan akan menerima EXCLUSIVE PLAN B LUGGAGE COVER secara PERCUMA!

Ya... PERCUMA!
Bukan dijual, bukan lucky draw.
Hanya untuk 4 orang pertama sahaja.

Bila dah penuh, tawaran ini terus ditutup.

━━━━━━━━━━━━━━

βœ… Open Date (Anda pilih tarikh)
βœ… Sesuai untuk Family
βœ… Trip Office
βœ… Reunion Sekolah
βœ… Geng Motor
βœ… Geng Kawan-kawan

Tak perlu pening nak drive sendiri atau fikir itinerary.

Anda datang... kami uruskan semuanya.

WhatsApp sekarang:
017-3228913

πŸ‡¨πŸ‡³ SHENZHEN + GUANGZHOU 7H5M✈️ Malaysia AirlinesπŸ“… 3 - 9 September 2026πŸ’° PROMOSI RM3,490 SAHAJAHarga asal RM3,890TINGGAL ...
18/06/2026

πŸ‡¨πŸ‡³ SHENZHEN + GUANGZHOU 7H5M
✈️ Malaysia Airlines
πŸ“… 3 - 9 September 2026
πŸ’° PROMOSI RM3,490 SAHAJA
Harga asal RM3,890

TINGGAL 15 TEMPAT SAHAJA!

Nak melancong sambil shopping borong? Ini trip yang memang ramai tunggu!

βœ… Lawatan ke Shenzhen & Guangzhou
βœ… Shopping di pusat wholesale terbesar China
βœ… Sesuai untuk yang nak survey barang atau mula berniaga
βœ… Keretapi laju dari Shenzhen ke Guangzhou
βœ… Hotel 3/4⭐ yang selesa
βœ… Penerbangan premium bersama Malaysia Airlines
βœ… Semua makanan disediakan (Fullboard)
βœ… Jaminan restoran halal sepanjang perjalanan
βœ… Penjagaan waktu solat
βœ… Tour Leader & Tour Guide berpengalaman

Istimewa!
Lawatan ke Makam Abi Waqas (Saad bin Abi Waqqas RA), salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam ke China.

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Sesuai untuk:
❀️ Pasangan honeymoon
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Family trip
πŸ›οΈ Kaki shopping
πŸ’Ό Peniaga yang nak survey produk dan supplier

Dengan hanya RM3,490 anda dah dapat:
✈️ Tiket penerbangan
🏨 Hotel 3/4 bintang
🍽️ Fullboard
πŸš„ Pengangkutan termasuk keretapi laju
🎫 Tiket lawatan
πŸ‘¨β€βœˆοΈ Tour Leader berpengalaman

All-In Package
Tak perlu pening fikir kos tambahan di sana.

⚠️ Hanya 15 pax lagi sebelum promosi ditutup!
Selepas kuota promosi habis, harga kembali kepada RM3,890..

πŸ“² PM sekarang untuk itinerary penuh dan tempahan.

[INVITATION FROM CHINA TOURISM]Day 3LINQINGLinqing ialah sebuah county-level city di bawah pentadbiran Liaocheng, di bah...
12/06/2026

[INVITATION FROM CHINA TOURISM]

Day 3
LINQING

Linqing ialah sebuah county-level city di bawah pentadbiran Liaocheng, di bahagian barat Shandong.
Kedudukannya penting kerana ia berada berhampiran sistem Grand Canal, iaitu laluan air besar yang
menghubungkan utara dan selatan China.

Dalam sejarah China, bandar-bandar di sepanjang Grand Canal memainkan peranan penting dalam pengangkutan barang, cukai, bijirin, tekstil dan pergerakan manusia. Linqing pernah menjadi pusat penting pada zaman Ming dan Qing kerana aktiviti perdagangan, pengedaran tekstil, bijirin dan bahan binaan. Ada fakta sejarah yang menyebut kawasan ini terkenal dengan pengeluaran bata yang digunakan untuk projek besar seperti Tembok Besar dan Forbidden City. Ini menjadikan Linqing bukan
hanya bandar kecil, tetapi tempat yang pernah mempunyai fungsi ekonomi besar dalam sistem China lama.

Ekonomi Linqing hari ini lebih sederhana berbanding Qingdao atau Jinan, tetapi ia mempunyai identiti industri ringan dan pembuatan. Antara sektor yang sering dikaitkan dengan Linqing ialah bearing atau komponen mekanikal, industri kecil, perniagaan tempatan, servis, pertanian dan pelancongan warisan.

Untuk dokumentasi, Linqing boleh diperkenalkan sebagai tempat yang menunjukkan wajah Shandong yang lebih lokal, bukan hanya bandar besar dan tapak terkenal.
=========================================================

Masjid di Linqing penting kerana ia menunjukkan kehadiran komuniti Muslim di kawasan barat Shandong. Dalam China, komuniti Muslim tidak hanya tertumpu di Xinjiang. Di wilayah seperti Shandong, Gansu, Ningxia dan Henan, komuniti Hui sudah lama hidup dalam bandar-bandar perdagangan, kawasan pasar, laluan air dan pusat pentadbiran. Linqing sebagai bandar kanal memberi konteks yang baik untuk memahami bagaimana komuniti Muslim boleh berkembang di laluan perdagangan.

Seni bina masjid di China biasanya berbeza daripada masjid di dunia Arab. Banyak masjid lama di China
menggunakan bentuk halaman, pintu gerbang, bumbung tradisional, struktur kayu atau bata dan susunan ruang yang mirip seni bina tempatan. Walaupun rupanya berbeza, fungsinya tetap sama sebagai tempat solat, pengajian, pertemuan komuniti dan simbol identiti Muslim.

πŸ“LinQing
11 June 2026

[INVITATION FROM CHINA TOURISM]Day 1/2Tai'an ialah bandar yang sangat kuat identitinya dengan Mount Tai. Dalam budaya Ch...
11/06/2026

[INVITATION FROM CHINA TOURISM]

Day 1/2

Tai'an ialah bandar yang sangat kuat identitinya dengan Mount Tai. Dalam budaya China, Mount Tai atau Taishan
bukan sekadar gunung biasa. Ia dianggap sebagai salah satu daripada Five Great Mountains of China dan sering
disebut sebagai gunung paling dihormati antara lima gunung suci tersebut. Sejak zaman purba, maharaja,
sarjana, penyair dan penganut agama datang ke kawasan ini untuk upacara, doa, pendakian dan penghayatan alam.

Tai'an berkembang sebagai bandar perkhidmatan dan pelancongan kerana lokasinya di kaki Mount Tai. Pekerjaan penduduk setempat banyak berkait dengan aliran pelancong yang datang untuk mendaki, menaiki cable car, membeli cenderamata, menginap di hotel, makan di restoran dan menggunakan khidmat pengangkutan tempatan. Selain pelancongan, Tai'an juga mempunyai aktiviti pertanian, pendidikan dan industri sederhana kerana ia bukan hanya kawasan gunung, tetapi satu bandar pentadbiran yang luas.

Perjalanan dari Qingdao ke Tai'an selama sekitar 4 jam memberi perubahan suasana daripada bandar pesisir ke
bandar gunung. Dalam dokumentasi, ini boleh diterangkan sebagai perpindahan daripada Shandong maritime kepada Shandong spiritual dan klasik.

Qingdao membawa wajah laut dan perdagangan moden, manakala Tai'an membawa wajah gunung suci, sejarah maharaja dan budaya tradisional China.

10 June 2026
πŸ“Tai an

SHORT ESCAPE PALING SENANG & BERBALOI KE BATAM! PAKEJ BATAM PRIVATE TOUR FULLY GUIDEDRM699 sahaja (min 4 pax) dah boleh ...
10/04/2026

SHORT ESCAPE PALING SENANG & BERBALOI KE BATAM! PAKEJ BATAM PRIVATE TOUR FULLY GUIDED

RM699 sahaja (min 4 pax) dah boleh jalan dengan selesa tanpa pening kepala!

Bayangkan…
Naik ferry dari Johor, sampai Batam terus ada driver tunggu
Tak perlu fikir transport, tak perlu pening plan itinerary…
Just relax & enjoy trip dengan family / kawan-kawan

βœ”οΈ Ferry 2 hala dari Pasir Gudang / Stulang
βœ”οΈ Private transport (driver cm guide) – tak campur group lain
βœ”οΈ Hotel 3/4 di city centre (senang nak jalan)
βœ”οΈ Lawatan penuh – bukan free & easy!
βœ”οΈ Itinerary santai tapi padat (sesuai bawa parents & kids)

Kenapa ramai pilih pakej ni?
πŸ‘‰ Tak kelam kabut – semua dah susun
πŸ‘‰ Lebih privacy (private trip, bukan sharing)
πŸ‘‰ Jimat masa & tenaga
πŸ‘‰ Sesuai short getaway 2D1N / 3D2N

⚠️ **LIMITED OFFER – 20 PAX SAHAJA!**
Siapa cepat, dia dapat harga ni πŸ”₯
Lepas quota habis, harga akan naik!

Wasap untuk detail:
www.wasap.my/60173228913

PLAN B Vacation

Address

Southville City, A1-01-03, Savanna Executive Suites, Jalan BBLS 2
Kampung Dengkil
43800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLAN B Vacation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PLAN B Vacation:

Shortcuts

Share