29/07/2025
Betul
Ramai staff nak naik gaji, tapi tak nak naikkan value kerja.
Minta naik gaji bukan benda salah. Semua orang nak hidup selesa. Semua orang nak ada lebih. Tapi masalah paling besar ramai tak faham gaji tu bukan ikut umur atau tempoh kerja. Gaji ikut hasil.
Saya selalu jumpa kes macam ni:
Staff minta RM3000 tapi kerja bernilai RM1800.
Staff minta RM4000 tapi value pada syarikat cuma RM2000.
Bisnes kecil bukan macam korporat besar ada bajet buffer. Kalau bayar lebih dari nilai kerja, itu bukan gaji lagi itu derma.
Yang lagi sakit hati, bila bos minta upgrade kerja sikit je:
“Eh bos, tu bukan dalam jobscope saya.”
“Tugas tu tak termasuk dalam kontrak.”
Tapi bila bab gaji,
“Bos, boleh naik tak? Saya dah lama kerja kat sini.”
Hakikatnya, staff yang betul-betul layak naik gaji, dia tak perlu minta pun bos dah nampak. Sebab hasil dia jelas. Bisnes rasa takut hilang dia. Bos sendiri rasa rugi kalau dia keluar.
Kena ingat satu benda:
Naik gaji bukan sebab kesian.
Naik gaji sebab takut rugi bila kehilangan dia.
Kalau tuan dan puan tengah hadap isu macam ni, simple je penyelesaiannya:
set KPI.
Nak naik gaji? Bagi target.
Capai target, bayar.
Tak capai target, jangan bayar. Itu bukan gaji, itu sedekah.
Belajar cara menguruskan HR dengan berkesan melalui PANDUAN VIP HR. Sudah lebih dari 1000 majikan mendapatkannya.
Baca maklumat lanjut tentang Panduan VIP HR di sini : https://sekolahbisnes.com/vip-hr/