17/03/2026
Sempena ketibaan bulan Syawal yang mulia ini, kami warga kerja Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perlis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan, salah silap, atau keterlanjuran kata sepanjang kita berurusan dan bekerjasama. Semoga kedatangan Aidilfitri tahun ini membawa lebih banyak keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara kita semua.
"Selamat menyambut hari kemenangan, hati-hati memandu pulang ke kampung halaman dan selamat bercuti bersama keluarga tercinta."
Ketupat palas enak dijamu,
Makan bersama di pagi mulia,
Tersilap kata kemaafan dirayu,
Semoga SKM terus berjaya.
Bakar lemang di tepi laman,
Rendang tok wangi baunya,
Walau berbeza jawatan dan bahagian,
Di hari raya kita bersaudara.
"Akhir kata sebelum kami menoktahkan ucapan ini, kami ingin berpesan kepada semua warga SKM yang akan memandu pulang ke kampung halaman—pandulah dengan cermat dan berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang, biar lambat asalkan selamat. Nikmatilah cuti perayaan ini sebaik-baiknya dan berehatlah secukupnya”.
Bunga seroja di atas cemara,
Jatuh sekuntum di atas tiang,
Adat bekerja ada silapnya,
Maafkan kami jadikan kenangan.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.