Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd

Call Directions Contact the business

Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd Menawarkan Perkhidmatan Pelancongan, Umrah & Haji

SSM: 201601038292 | LESEN KHAS UMRAH: KPL/LN 8511 |
LESEN PENGELOLA JEMAAH HAJI: PJH 03/1447H
(1)

Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan servis tempahan tiket penerbangan, pakej haji, pakej umrah serta pakej umrah ziarah Istanbul. Syarikat yang meletakkan keutamaan kepada kepuasan perkhidmatan pelanggan. Kami juga merupakan peneraju yang menyediakan servis menaiki kereta api laju Haramain di antara Makkah-Madinah. Koleksi-koleksi testimonial yang ada jelas menunjukkan yang Alam Shah Travel bereputasi memberikan perkhidmatan terbaik. Sentiasa komited dan berdedikasi untuk menyediakan servis terbaik mulai daripada pendaftaran sehinggalah ke jadual perjalanan yang teratur bagi memastikan pengembaraan pelanggan berjalan lancar dan penuh ketenangan. Hotel dekat masjidilharam, mutawwif berpengalaman, mesra pelanggan disediakan khusus untuk keselesaan semua. Pasukan kerja Alam Shah Travel di Malaysia mahu pun yang sedia ada di tanah suci, sentiasa bersiap sedia membantu pelanggan menunaikan ibadah dengan sempurna. Bersama kami, perjalanan anda menuju ke Baitullah & destinasi-destinasi lain akan menjadi kenangan perjalanan yang manis dan sentiasa segar dalam ingatan.

🤍 GROUP UMRAH 15 SEPTEMBER 2026 | MENUJU KOTA MADINAH 🤍Alhamdulillah, jemaah selamat tiba di Madinah bagi menziarahi jun...
22/09/2026

🤍 GROUP UMRAH 15 SEPTEMBER 2026 | MENUJU KOTA MADINAH 🤍

Alhamdulillah, jemaah selamat tiba di Madinah bagi menziarahi junjungan besar Nabi Muhammad SAW.🌹

Setelah menyempurnakan ibadah umrah di Makkah, perjalanan jemaah dgn wajah gembira diteruskan ke bumi penuh barakah ini dengan menggunakan speed train yang lebih pantas, menjimatkan masa dan tenaga.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ

Madinah bukan sekadar destinasi, tetapi kota yang menghidupkan rasa rindu kepada Rasulullah SAW. Semoga Allah menerima segala amal ibadah jemaah dan mengurniakan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻

Info haji & umrah ;
https://wasap.my/60176982454/umrah






GROUP 15 SEPTEMBER 2026 | MIQAT HUDAIBIYAH & JARANAH Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, para jemaah telah ...
21/09/2026

GROUP 15 SEPTEMBER 2026 | MIQAT HUDAIBIYAH & JARANAH

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, para jemaah telah selesai melaksanakan Umrah Kedua dan Umrah Ketiga. 🤲🏻🕋

Alhamdulillah beginilah setiap trip umrah kami, jemaah akan dibawa melaksanakan umrah dgn bimbingan.Bermula dengan berihram di Miqat Hudaibiyah dan hari seterusnya Miqat Ja'ranah.

Setiap perjalanan menuju Kaabah mengajar kita bahawa menjadi tetamu Allah adalah satu nikmat yang tidak ternilai. Semoga setiap talbiyah yang dilafazkan, setiap langkah yang diatur, setiap doa yang dipanjatkan dan setiap titisan air mata diterima sebagai amal soleh di sisiNya. 🤍

Semoga semua jemaah dikurniakan umrah yang maqbulah, hati yang semakin dekat kepada Allah dan kepulangan yang membawa perubahan dalam kehidupan.

Info haji & umrah ;
https://wasap.my/60176982454/umrah




21/09/2026

Bersama Sheikh Mufti Yaman mendengar kupasan tentang ibadah haji. Syukur alhamdulillah dibawakan khas oleh Sheikh Abdullah Jahaf kepada semua jemaah Alam Shah. Alhamdulillah.

Setinggi kesyukuran kami panjatkan kepada Allah SWT kerana kami berpeluang dapat mendengar kupasan haji dari Yang Berbah...
21/09/2026

Setinggi kesyukuran kami panjatkan kepada Allah SWT kerana kami berpeluang dapat mendengar kupasan haji dari Yang Berbahagia Sheikh Mufti Yaman. Ia dibawakan khas oleh Sheikh Abdullah Jahaf.

Alhamdulillah.

Bertuah benar Jemaah Haji Alam Shah Travel

🕋 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐧𝐚𝐢 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐝𝐚 𝟐𝟏 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔!TAHNIAH! 🙌🏼 Bakal Jemaah Haji 1448H/2027M, Sekiranya ...
20/09/2026

🕋 𝐒𝐮𝐫𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐧𝐚𝐢 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐝𝐚 𝟐𝟏 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔!

TAHNIAH! 🙌🏼 Bakal Jemaah Haji 1448H/2027M,
Sekiranya anda terpilih menerima Surat Tawaran Tunai Haji, inilah masa terbaik untuk mula membuat persiapan menuju ke Baitullah.

📌 Dapatkan maklumat lanjut dan tawaran istimewa khas untuk penerima Surat Tawaran Tunai Haji 1448H/2027M.

📲 Hubungi kami melalui WhatsApp sekarang untuk pertanyaan dan pendaftaran!

www.wasap.my/60104496061
www.wasap.my/60137700676
www.wasap.my/60123705374

Alam Shah Travel & Tours
𝑺𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑱𝒆𝒎𝒂𝒂𝒉, 𝑺𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑨𝒍𝒂𝒎 𝑺𝒉𝒂𝒉

GROUP 15 SEPTEMBER 2026 | JABAL NOORMenjejak sejarah, menghayati sirah, menyemai cinta kepada Rasulullah ﷺ.Alhamdulillah...
20/09/2026

GROUP 15 SEPTEMBER 2026 | JABAL NOOR

Menjejak sejarah, menghayati sirah, menyemai cinta kepada Rasulullah ﷺ.

Alhamdulillah, satu lagi hari yang penuh dengan pengalaman, ilmu dan kenangan buat para jemaah .

Bukan sekadar ziarah, tetapi setiap destinasi menjadi ruang menelusuri sejarah dan kisahnya tersendiri.

🌿PAMERAN WAHYU – JABAL NOOR
Menghayati kisah agung di sebalik Jabal Noor, lokasi bersejarah yang menjadi saksi turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah ﷺ.

🌿KABSAH HASHI – NASI UNTA
Jemaah berpeluang menikmati hidangan istimewa Nasi Unta Kabsah Hashi, antara pengalaman yang unik utk di cuba.

📖 PAMERAN MUZIUM AL-QURAN
Menyelami sejarah, perkembangan dan keagungan Al-Quran melalui pameran yang penuh penghayatan.

Info haji & umrah ;
https://wasap.my/60176982454/umrah


20/09/2026

Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu ✌️

Kami bukan sahaja menyantuni jemaah Haji biasa malah kami juga menyantuni jemaah Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan.

Dengar apa kata Hajjah Amirah (OKU Penglihatan) semasa proses Haji 2026 bersama Alam Shah Travel.

Terima kasih Hajjah kerana memilih Alam Shah Travel.

Nak menunaikan Haji ? Alam Shah Travel pilihan paling tepat. Hubungi pegawai kami segera atau terus PM kami untuk info Haji.

🤍 Jabal Malaikat | Ziarah Tambahan Jemaah Umrah 08 September 2026Ada tempat yang kita kunjungi untuk melihat sejarah.Nam...
19/09/2026

🤍 Jabal Malaikat | Ziarah Tambahan Jemaah Umrah 08 September 2026

Ada tempat yang kita kunjungi untuk melihat sejarah.
Namun ada juga tempat yang membuatkan kita merenung kembali perjalanan hati sendiri.🌙

Di Jabal Malaikat, kita diingatkan kepada kisah Perang Badar sebuah peristiwa besar yang mengajar umat Islam tentang erti kekuatan, doa dan tawakkal kepada Allah SWT.

Ketika jumlahnya sedikit dan keadaan serba terbatas, para sahabat tetap memilih untuk percaya kepada pertolongan Allah.

Kerana mereka tahu, kemenangan bukan semata-mata bergantung kepada apa yang terlihat di mata manusia. Pertolongan Allah boleh hadir melalui jalan yang tidak pernah kita sangka.

Begitu juga dengan kehidupan kita hari ini.

Ada masa kita rasa terlalu lemah.
Ada ketika doa terasa belum berjawab.
Ada saat jalan di hadapan seakan tidak mempunyai jalan keluar.

Namun kisah Badar mengajar kita untuk terus yakin , Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya.🤍

Mungkin pertolongan itu tidak hadir dalam bentuk yang kita bayangkan.
Tetapi ia boleh hadir sebagai hati yang dikuatkan, kesabaran yang bertambah, atau jalan keluar yang tiba pada waktu paling tepat.

Semoga ziarah ini bukan sekadar menambah destinasi dalam perjalanan, tetapi menambah keyakinan dalam hati bahawa bersama Allah, tidak ada perjuangan yang sia-sia.🌿✨

🌷 Ziarah Luar Kota Madinah | Jemaah 08 September 2026🌷Alhamdulillah, jemaah Alam Shah Travel berkesempatan menelusuri be...
19/09/2026

🌷 Ziarah Luar Kota Madinah | Jemaah 08 September 2026🌷

Alhamdulillah, jemaah Alam Shah Travel berkesempatan menelusuri beberapa lokasi bersejarah di sekitar Madinah. 🤍

Setiap destinasi yang diziarahi bukan sekadar tempat untuk bergambar, tetapi mempunyai kisah dan nilai sejarah yang begitu dekat dengan perjalanan dakwah Rasulullah SAW dan para sahabat. 🕌✨

📍 Masjid Quba
Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW selepas penghijrahan Baginda ke Madinah.

📍 Masjid Tujuh (Masjid Sab’ah)
Antara kawasan bersejarah yang dikaitkan dengan peristiwa Perang Khandaq dan lokasi pertahanan para sahabat.

📍 Masjid Qiblatain
Masjid yang mengingatkan kita kepada peristiwa perubahan arah kiblat umat Islam daripada Baitul Maqdis ke Kaabah.

📍 Perkuburan Syuhada Uhud
Tempat bersemadinya para sahabat yang gugur syahid dalam Perang Uhud, termasuk Sayyidina Hamzah RA.

📍 Jabal Uhud
Gunung yang menjadi saksi berlakunya Perang Uhud, sebuah peristiwa besar dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat.

📍 Jabal Rumat (Bukit Pemanah)
Lokasi yang menjadi tempat Rasulullah SAW menempatkan para pemanah bagi mempertahankan pasukan Muslimin dalam Perang Uhud.

📍 Ladang Kurma🌴
Jemaah berpeluang melihat sendiri antara hasil pertanian yang sinonim dengan bumi Madinah serta merasai suasana ladang kurma.

Semoga setiap langkah ziarah ini bukan hanya menambah kenangan, tetapi turut menghidupkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan menginsafi pengorbanan para sahabat dalam menyebarkan Islam. 🤍

Alhamdulillah ala kulli hal. 🌷

Mengimbau kembali kenangan para jemaah selepas kuliah Subuh, sempat meluangkan masa bersenam bersama-sama di hadapan Hot...
19/09/2026

Mengimbau kembali kenangan para jemaah selepas kuliah Subuh, sempat meluangkan masa bersenam bersama-sama di hadapan Hotel Al-Alaa. 🥰

Momen sederhana, tetapi penuh kenangan sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam perjalanan haji. Alhamdulillah, semoga para jemaah terus dikurniakan kesihatan dan kekuatan dalam menanti Hari Wukuf. 🤲🏻✨

Address

16153, Lorong 4, Taman Alam Shah
Klang
41000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60176982454

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Alam Shah Travel & Tours Sdn Bhd:

Shortcuts

Share

Category