Badal Haji/Umrah Al Idrees Haramain

Badal Haji/Umrah Al Idrees Haramain MENCARI Perkhidmatan Badal Haji/ Umrah, Wakaf Telaga, Wakaf AlQuran/Kerusi Roda? Kami Sedia Membantu

[[๐—–๐—ข๐—จ๐—ก๐—ง๐——๐—ข๐—ช๐—ก_๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—›๐—”๐—ก ]]๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—จ๐—๐—จ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—›๐—”๐—ก ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐˜€ [ ๐Ÿฎ๐Ÿต ๐—™๐—ฒ๐—ฏ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ / ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฑ๐—›]Jom Sama-sama Kita Persiapka...
29/02/2024

[[๐—–๐—ข๐—จ๐—ก๐—ง๐——๐—ข๐—ช๐—ก_๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—›๐—”๐—ก ]]
๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—จ๐—๐—จ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—›๐—”๐—ก
๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐˜€ [ ๐Ÿฎ๐Ÿต ๐—™๐—ฒ๐—ฏ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ / ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฑ๐—›]
Jom Sama-sama Kita Persiapkan Diri Kita Untuk
Melangkah Di Bulan Yang Mulia, Bulan Yang Penuh Dengan Keberkatan Bulan Yang Mana Untuk Kita Mengumpul Amal Kebaikan Berlipat Kali Ganda Berbanding Bulan Yang Lain
Surah Al-Baqarah Ayat 185 Yang Bermaksud:
,
โ€œ(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salahโ€

Wakaf Telaga.Boleh masukkan 20 Nama. Bermakna satu penama RM 100.
28/01/2024

Wakaf Telaga.

Boleh masukkan 20 Nama.
Bermakna satu penama RM 100.

Wakaf Perigi bagi kegunaan penduduk di Kemboja.Maklumat lanjut boleh hubungi Kami untuk mereka Yang mahu melaksanakan Sa...
21/07/2023

Wakaf Perigi bagi kegunaan penduduk di Kemboja.

Maklumat lanjut boleh hubungi Kami untuk mereka Yang mahu melaksanakan Saham Akhirat. Semoga Ibadah Kita diterima hendaknya..Aamiin..

Elok-elok selesa di rumah, mengapa cari susah datang je sini? Begitulah bisikan syaitan yang singgah di telinga Tetamu A...
29/06/2023

Elok-elok selesa di rumah, mengapa cari susah datang je sini? Begitulah bisikan syaitan yang singgah di telinga Tetamu Allah. Itulah ibadah jika dilihat dengan mata kepala. Susah. Tetapi bila dilihat dengan mata hati, kesusahan itulah nilai ibadah menuju Allah.

Ketika 'berperang' dengan ketidakselesaaan dan ketidaktentuan di medan mujahadah, terutamanya ketika menanti detik keberkatan doa di Arafah, bermalam berlantaikan bumi dan beratap langit bersama jutaan manusia di Mudzalifah, apatah lagi bersesak bagai ikan sardin di di khemah di Mina... yang sempit, panas dan rimas.

Apa yang kau cari? Bisik hati. Kenapa diri mu rela diperbodoh bergerak ke sana ke mari bagaikan budak suruhan yang dipermainkan oleh arahan tuannya? Ya, begitulah bisik syaitan yang begitu berang melihat insan berperang demi menyahut panggilan Tuhannya.

Melontar ketiga-tiga jamrah itu hanya simbolik. Syaitan tidak semudah itu dikalahkan hanya dengan lemparan batu-batu. Syaitan merasuk hawa nafsu agar mengamuk bila tuannya tidak mengikuti kehendaknya yang jahat. Caranya?

Dengan memanjakan diri dengan kesenangan dan kemewahan. Di sinilah perang seorang Tetamu Allah bermula. Mampukah dia meninggalkan semua itu kerana Allah?
Memang usaha untuk memudahkan kerja haji itu sentiasa ada. Tetapi kerja haji memang susah sejak bermula.

Rukun, wajib dan sunat serta adab haji mampu menyerlahkan warna diri yang sebenar. Apakah kau pemarah? Apakah kau mementingkan diri? Apakah kau takbur, kedekut, prasangka dan sebagainya. Kau tidak mampu berpura-pura dan berlakon di sini.

Aku di sini, menyaksikan diri dihanyutkan oleh 'mainan' takdir. Dibelasah semahunya oleh kesusahan dan ketidaktentuan. Adakalanya hati sampai merintih, apa sebenarnya yang hendak Kau didik buat diri yang daif ini wahai Tuhan...di sebalik yang pahit dan sakit ini aku cuba mencari hikmah.

Jika kau biasa susah, susah ini tidak akan menyusahkan. Jika kau merendah diri, itu menyebabkan kau tidak terluka diperlakukan sebagai marhein yang hina. Aduh, sungguh jauh berbeza antara ilmu dengan amalan, teori dengan amali.

Aku bukan 'pakej kayangan' yang diberikan. segala kemudahan. Namun aku syukur, ujian kepahitan selalu diiringi bantuan. Di luar jangkaan. Haji memang menempah susah. Agar hati tidak terikat dan bebas daripada belenggu makanan sedap, tilam dan sofa empuk, jadual hidup teratur, layanan komersial kelas pertama yang serba-serbi nyaman dan selesa.

Katakan pada hati, kesusahan ini perlu ku lalui sebelum kesusahan yang sebenar. Ini latihan amali sementara menunggu medan tempur hakiki. Tidak guna, kau pakai kain ihram mu jika kau tidak membuang rasa ego mu. Ingatlah wahai diri...betapa bahayanya sezarrah takbur. Ia menghumban diri mu ke dalam neraka!

Terimalah kesusahan yang sedikit dan sementara demi kesenangan yang lebih baik dan selamanya. Lontarlah syaitan yang menggoda dirimu...dengan batu kesenangan, keselesaan dan keenakan. Tidak cukup sekali tetapi berkali-kali. Insya-Allah, nanti kau akan nafar dan bertahallul di dalam syurga! Amin.

Kongsian dan penulisan Pahrol Mohamad Juoi

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.
28/06/2023

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Today is the day of Arafah Allah accepts everyone's prayers on the day of ARAFAH.โ™ฅ๏ธ
27/06/2023

Today is the day of Arafah
Allah accepts everyone's prayers on the day of ARAFAH.โ™ฅ๏ธ

Perjalanan Haji sehingga selesai.Semoga dipermudahkan segala urusan Jemaah Haji tahun ini.
27/06/2023

Perjalanan Haji sehingga selesai.
Semoga dipermudahkan segala urusan Jemaah Haji tahun ini.

๐๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฎ๐ญ ๐›๐š๐œ๐š๐š๐ง ๐๐จ๐š ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ค๐ž-๐Ÿ๐Ÿ ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐ก๐š๐งโค๏ธErtinya:โ€Ya Allah bukakanlah pintu kurnia-Mu di bulan ini dan curahkan berkah-be...
13/04/2023

๐๐ž๐ซ๐ข๐ค๐ฎ๐ญ ๐›๐š๐œ๐š๐š๐ง ๐๐จ๐š ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ค๐ž-๐Ÿ๐Ÿ ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐ก๐š๐งโค๏ธ

Ertinya:โ€Ya Allah bukakanlah pintu kurnia-Mu di bulan ini dan curahkan berkah-berkah-Mu Tempatkan aku di tempat yang membuat-Mu redha padaku. Tempatkan aku di dalam syurga-Mu. Wahai Yang Maha menjawab doa orang yang dalam kesempitan."










Jemputan Allah SWT โœ๏ธ
09/04/2023

Jemputan Allah SWT โœ๏ธ

Address

No 43 Tingkat 1, Jalan 1, Taman Sri Kluang
Kluang
86000

Telephone

+60193578600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badal Haji/Umrah Al Idrees Haramain posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Badal Haji/Umrah Al Idrees Haramain:

Share

Category