Southern Group Familia - SGF

Southern Group Familia - SGF Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para campers semua! FB groups : https://www.facebook.com/groups/sgfunderground


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026MMaaf Zahir dan BatinBuat seluruh keluarga Southern Group Familia, semoga Syawa...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M
Maaf Zahir dan Batin

Buat seluruh keluarga Southern Group Familia, semoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan serta mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin. Andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan dan kebersamaan kita, dengan rendah hati kami memohon ampun dan maaf.

Pergi ke kebun memetik kelapa,
Singgah sebentar di tepi perigi.
Syawal tiba penuh bahagia,
Salam Aidilfitri ikhlas diberi.

Anak kampung turun ke kuala,
Singgah sebentar membeli ketupat.
Andai ada tersilap kata,
Maaf dipohon penuh hormat.

Ikhlas daripada kami untuk seluruh Southern Group Familia.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 🌙✨



15/03/2026
01/03/2026
Kalini kami cuba Ramadan Camp di kawasan TER Sg. Temiggol, Kahang, Johor. Lokasi ni memang terbaik untuk yang nak campin...
01/03/2026

Kalini kami cuba Ramadan Camp di kawasan TER Sg. Temiggol, Kahang, Johor. Lokasi ni memang terbaik untuk yang nak camping solo atau bersama family. Untuk yang kaki hammock pun sangat sesuai – suasana tenang dan nyaman.

Kemudahan yang ada:
• Bilik air disediakan
• Line Maxis dan Celcom ok
• Ada sungai untuk mandi
• Suasana malam sangat tenang dan damai

Mohon kerjasama semua untuk bawa balik sampah masing-masing, kerana tong sampah tidak disediakan. Jaga kebersihan supaya kawasan ini kekal cantik.

⚠️ Peringatan penting:
Kawasan ini adalah hutan simpan kekal, jadi sila dapatkan permit terlebih dahulu.
• Harga permit bermalam: RM10 seorang / semalam
• Kanak-kanak bawah 12 tahun dan OKU: Percuma
• Permit boleh dipohon dan dibayar di Pejabat Hutan berhampiran Caltex Kahang

Selamat bercamping dan semoga dapat menikmati suasana alam yang indah. 🌙🏕️





Taman Eko Rimba Gunung Belumut | Solo Camping | SGF UNDERGROUND
20/02/2026

Taman Eko Rimba Gunung Belumut | Solo Camping | SGF UNDERGROUND

Menyatu dengan alam.Mini camp meet bersama group SGF UNDERGROUND di gunung belumut kluang johor.Sungai jernih kawsan pn bersih kepada korang yang belum sampa...

Salam Southern Group Familia semua 🌙✨Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 🤲Semoga Ramadan kali ini membawa seribu keberk...
18/02/2026

Salam Southern Group Familia semua 🌙✨

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 🤲

Semoga Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan, dilimpahi rahmat, diampunkan dosa, dan dipermudahkan segala urusan kita semua.

Semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk berpuasa, beribadah, dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita ❤️




Selamat malam geng semua 🌙✨Arini geng SGF makan angin kat Soujern Escape. Layan santai² jer… rehatkan minda, hirup udara...
14/02/2026

Selamat malam geng semua 🌙✨

Arini geng SGF makan angin kat Soujern Escape. Layan santai² jer… rehatkan minda, hirup udara segar, gelak ketawa sama-sama 🤍🌿


14/02/2026
14/02/2026

Lantern oh Lantern.. banyak syok... tq semua..

Kredit Thatz Rawk


Layan geng..
09/02/2026

Layan geng..

Tak kan mengecewakan korang kalau camping dekat DERU ALAM CAMPSITE ni, Suasana dusun dan tenang bunyi air sungai yang mengalir kabus tebal setiap pagi.Korang...

Kami lari seketika dari kesibukan kerja… 🌿😌Luangkan masa menikmati setiap detik bersama kawan-kawan 🤝Kali ini 2H1M di Ta...
09/02/2026

Kami lari seketika dari kesibukan kerja… 🌿😌
Luangkan masa menikmati setiap detik bersama kawan-kawan 🤝

Kali ini 2H1M di Taman Eko Rimba Gunung Belumut, Kluang, Johor 🏞️
Ada yang setup khemah ⛺, ada yang santai guna hammock 🛌 – bebas ikut gaya masing-masing, janji happy! 😄

Aktiviti utama:
💦 Mandi sungai
🍃 Santai menikmati keindahan alam
🔥 Borak-borak santai eratkan ukhwah

Terima kasih pada semua yang join SGFU Santai Solo kali ini 🙏
InsyaAllah pasti ada lagi program selepas ini… tunggu ya! 😉

Pada yang ingin menyertai komuniti Southern Group Familia, boleh follow kami di sini atau di TikTok: sgf.underground 📲



Address

Batu 28 Kg Sri Lukut
Kluang
86000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Southern Group Familia - SGF posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category