Komuniti Kg Pituru Laut

Directions

Komuniti Kg Pituru Laut Facebook Rasmi Kampung Pituru Laut

๐Ÿ“ฐ Maklumat โ€ข Aktiviti โ€ข Program Masyarakat
๐Ÿ‘ฅ Admin : Zan โ€ข Zamry โ€ข Pononon

14/10/2026
๐Ÿ“ KAMPUNG PITURU LAUT | 13 OKTOBER 2026 Alhamdulillah, Program Bersama Komuniti Kampung Pituru Laut yang berlangsung pad...
13/10/2026

๐Ÿ“ KAMPUNG PITURU LAUT | 13 OKTOBER 2026

Alhamdulillah, Program Bersama Komuniti Kampung Pituru Laut yang berlangsung pada 13 Oktober 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya melalui kerjasama Universitas Alkhairaat Palu, Indonesia ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ .
Program ini merangkumi aktiviti Inovasi Sosio-Ekologi โ€“ Dari Bukit ke Terumbu serta Kesedaran Kesihatan Pergigian yang memberikan pendedahan dan manfaat kepada komuniti setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak penganjur, delegasi, petugas serta penduduk kampung yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.
Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi kesejahteraan komuniti dan kelestarian alam sekitar.

TAHNIAH & SYABAS KEPADA SEMUA PASUKAN!Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah memberikan saingan sengit dan se...
05/09/2026

TAHNIAH & SYABAS KEPADA SEMUA PASUKAN!

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah memberikan saingan sengit dan semangat kesukanan yang luar biasa dalam Pertandingan Bola Sepak Merdeka 9โ€™s Kampung Pituru Laut 2026.

๐Ÿฅ‡ JOHAN โ€” Standard FC
๐Ÿฅˆ NAIB JOHAN โ€” Mantanani FC
๐Ÿฅ‰ TEMPAT KETIGA โ€” Linggisan FC
๐Ÿ… TEMPAT KEEMPAT โ€” Santavana Forrest FC

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Kampung Pituru Laut, AJK Penganjur /urusetia serta semua penyokong pasukan yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan memeriahkan kejohanan ini dari awal hingga akhir.
Menang kalah adat pertandingan, yang penting semangat sukan, persahabatan dan perpaduan terus terjalin! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโšฝ



๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69Tabika KEMAS Kampung Pituru LautAlhamdulillah, Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di Tabika...
28/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69
Tabika KEMAS Kampung Pituru Laut

Alhamdulillah, Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di Tabika KEMAS Kg Pituru Laut berlangsung dengan penuh semangat patriotik dan suasana yang meriah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk perarakan mini, pameran hasil kreativiti murid serta hiasan bertemakan kemerdekaan yang menyerlahkan semangat cintakan negara dalam kalangan anak-anak.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada guru-guru, ibu bapa dan semua yang telah menjayakan program ini. Semoga semangat perpaduan dan kasih sayang terhadap tanah air terus subur dalam jiwa generasi pewaris negara.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69!
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

TAHNIAH & TERIMA KASIH WARGA KOMUNITIAlhamdulillah, kejohanan PLSCx ESC Grand Tour Series 2026 Siri 4 telah berlangsung ...
23/08/2026

TAHNIAH & TERIMA KASIH WARGA KOMUNITI

Alhamdulillah, kejohanan PLSCx ESC Grand Tour Series 2026 Siri 4 telah berlangsung dengan jayanya di Kampung Pituru Laut dgn kerjasama ESC kota Belud Sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta, penyokong dan pengunjung telah memeriahkan suasana sepanjang acara.

Sukan rekreasi ini bukan sahaja menjadi platform sukan komuniti, malah membuka peluang menjana pendapatan kepada peniaga kecil kampung. Gerai makanan dan minuman menerima sambutan yang baik, dengan ikan bakar muncul sebagai jualan paling laris.

Terima kasih kepada semua AJK pelaksana, sukarelawan, penaja, para shooter serta seluruh komuniti yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk lebih banyak aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat Kampung Pituru Laut.

Persiapan terakhir pertandingan Slingshot !๐ŸŽฏGotong-royong membersihkan Dewan Komuniti Pituru Laut dan Dewan Tamu sebagai...
22/08/2026

Persiapan terakhir pertandingan Slingshot !๐ŸŽฏ
Gotong-royong membersihkan Dewan Komuniti Pituru Laut dan Dewan Tamu sebagai persiapan untuk PLSSC KBGTs 2026. Jangan lupa hadir beramai - ramai esok untuk memeriahkan lagi Tournament ini!
๐Ÿ“… 23 Ogos 2026 (Ahad)
๐Ÿ“ Dewan Komuniti Pituru Laut

Alhamdulillah, hasil pemantauan selepas 6 bulan menunjukkan perkembangan positif bagi Program Restorasi Terumbu Karang M...
04/08/2026

Alhamdulillah, hasil pemantauan selepas 6 bulan menunjukkan perkembangan positif bagi Program Restorasi Terumbu Karang Menggunakan Kaedah Mars Assisted Reef Restoration System (MARRS) yang dilaksanakan oleh Institute Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) di perairan Kampung Pituru Laut, Kota Belud.
Terumbu karang yang ditanam kini semakin membesar dan menjadi petunjuk bahawa usaha pemulihan ekosistem marin sedang membuahkan hasil. Semoga inisiatif ini terus menyumbang kepada pemeliharaan biodiversiti laut dan menjadi warisan berharga untuk generasi akan datang.
Terima kasih kepada IPMB serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.




๐Ÿค TERIMA KASIH, UNIVERSITI AIRLANGGA ! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉAlhamdulillah, tirai telah melabuhkan Program Keluarga Angkat Komuniti Kg. Pi...
22/07/2026

๐Ÿค TERIMA KASIH, UNIVERSITI AIRLANGGA ! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ

Alhamdulillah, tirai telah melabuhkan Program Keluarga Angkat Komuniti Kg. Pituru Laut bersama mahasiswa Universiti Airlangga, Indonesia yang berlangsung dari 17 hingga 22 Julai 2026.
Sepanjang program, pelbagai aktiviti bermakna telah dilaksanakan bersama penduduk kampung, antaranya program bersama komuniti, gotong-royong membersihkan kawasan kampung, lawatan ke Tabika Kemas Kg. Pituru Laut, serta perkongsian pengalaman dan budaya yang mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.
Majlis penutupan turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada mahasiswa Universiti Airlangga yang berjaya menceriakan suasana dan meninggalkan kenangan manis buat komuniti.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua keluarga angkat, penduduk kampung, agensi yang terlibat dan para mahasiswa atas komitmen serta semangat kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.
Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan dan menjadi asas kepada lebih banyak jalinan kerjasama pada masa akan datang.
Terima kasih dan semoga berjumpa lagi. โค๏ธ

Program ini dianjurkan oleh Slingshot Club Kg Pituru Laut.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ...
26/01/2026

Program ini dianjurkan oleh Slingshot Club Kg Pituru Laut.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Datuk Japlin Akim atas tajaan baju, serta Encik Ramdan atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua kelab slingshot yang turut serta dalam pertandingan ini. Kehadiran dan sokongan anda semua telah memeriahkan lagi penganjuran program ini.

Penganjuran ini turut memberi peluang menjana ekonomi kepada komuniti setempat, khususnya para peniaga.

Semoga semangat kerjasama dan silaturahim ini terus terpelihara. Terima kasih atas komitmen dan sokongan semua.
25/01/2026

Semoga semangat kerjasama dan silaturahim ini terus terpelihara. Terima kasih atas komitmen dan sokongan semua.

Address

Kg. Pituru Laut
Kota Belud
89150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Kg Pituru Laut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share