WADI ISFA INN

WADI ISFA INN Selamat Datang ke Wadi Isfa Inn, Wakaf Che Yeh. Hotel Muslim bajet yang menawarkan harga bilik yang berpatutan buat satu keluarga/ rombongan.

Untuk penginapan homestay Homestay. Hubungi:
09-7406584 (Pejabat)
014 - 5341219

4D3N
05/11/2021

4D3N

Jeram Linang, Pasir Puteh - KelantanKredit foto: teamtravel.my
21/02/2021

Jeram Linang, Pasir Puteh - Kelantan

Kredit foto: teamtravel.my

Setahun yang laluPasar Siti Khadijah..Kredit foto: Mai Singgah.com
20/02/2021

Setahun yang lalu
Pasar Siti Khadijah..

Kredit foto: Mai Singgah.com

Setiap kali datang Kelantan, Rantau Panjang selalu menjadi hotspot   para wanita nak beli-belah. Banyak pilihan barangan...
25/01/2021

Setiap kali datang Kelantan, Rantau Panjang selalu menjadi hotspot para wanita nak beli-belah.

Banyak pilihan barangan dan boleh diBorong jugak!

Kalau pergi sehari, tak puas lagi sebenarnya. Bukan sahaja digelar sebagai 'Syurga Beli-Belah', tapi tempat ni juga adalah zon bebas cukai. Nak shopping lama-lama pun bereh boh..

Kalau dari WADI ISFA INN nak ke Rantau Panjang ni hanya 1 jam setengah saja.. paling cepat setengah jam.

Psst.. situ pun dekat dengan Bazar Siti Fatimah. Nak beli belah keropok lekor ke.. budu ke.. serunding pun boleh aja..

Waktu Perniagaan: Pagi sehingga lewat petang

Kredit foto: http://davidandstella.blogspot.com/

Resepi ketupat sotong.. Enak dimakan bersama keluarga, lagi best masak sesama time PKP ni Kredit: Kelantan
24/01/2021

Resepi ketupat sotong..

Enak dimakan bersama keluarga, lagi best masak sesama time PKP ni

Kredit: Kelantan

KETUPAT SOTONG KELANTAN

Resepi
Bahan-bahan
1 kilo sotong
2 cawan beras pulut
2 keping nise/gula melaka
1 kotak santan
3 helai daun pandan
Sedikit garam
Air
Gula jika perlu

Cara2
Bersihkan beras pulut
Rendam dengan sedikit santan dan garam
Biarkan kembang

Basuh sotong bersih-bersih
Terpulang mahu siat kulitnya atau tak
Hari ni saya siat kulitnya
Toskan
Masukkan beras pulut yang telah direndam terlebih dulu tadi..isi kan separuh dalam sotong...letak kepala sotong dan cucuk pencungkil gigi untuk mengelakkan beras pulut tumpah

Ok dah boleh start masak
Masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi,sedikit santan,nise atau gula melaka,garam,daun pandan dan sotong...buka api masak hingga sotong masak baru masukkan lebihan santan kotak tadi..tunggu hingga mendidih boleh tutup api..siap

Tips
*Letak separuh aje beras pulut kedalam sotong untuk mengelakkan sotong pecah
*gunakan nise atau gula melaka untuk warna kuah yang lebih gelap
*letak sedikit demi sedikit santan untuk mengelakkan santan jadi pecah minyak

Kredit: terima kasih pada tuan empunya resepi

---------------------------------------------------------------------

Nak bina rumah atas tanah sendiri ? Nak renovate rumah ? Nak design rumah ?

Whatapps no Min / Call ( area kelantan , terengganu )

--> wasap.my/60125235354/nakMGRSDNBHD

Jom follow instagram kelantan

www.instagram.com/kelantanig

 Jaga SOP, keluar bila perlu. Kredit: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
20/01/2021



Jaga SOP, keluar bila perlu.

Kredit: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kerjasama semua, kita mampu ulangi kejayaan

Kes jangkitan baharu COVID-19 di negara kita dijangka kekal tinggi dalam beberapa hari lagi dengan purata 3,000 kes sehari.

Kes-kes ini adalah hasil pendedahan kepada virus COVID-19 bagi tempoh 14 hari lalu iaitu sebelum 13 Jan lalu.

Selepas 26 Jan iaitu 2 minggu selepas PKP, kes baharu dijangka menurun sedikit namun tidak terlalu ketara.

Selepas 4 minggu PKP, keberkesanan putuskan rantaian jangkitan akan dapat dilihat dengan lebih ketara.

Usaha melandaikan keluk jangkitan dapat dicapai dijangka pada Mei atau Jun seperti yang dijelaskan sebelum ini oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan diterajui YB Dato' Sri Dr Adham Baba terus mempertingkatkan fasiliti kesihatan bagi menampung bilangan pesakit.

Antaranya, menubuhkan Hospital Bersepadu di MAEPS yang akan beroperasi 24 Jan ini hasil kerjasama pelbagai agensi lain.

Selain itu, sebanyak 14 lagi hospital COVID-19 dibuka di Johor, Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Kedah, Sabah dan Sarawak untuk menempatkan pesakit tahap 3, 4 dan 5 dengan keseluruhan 539 katil.

Bagi mengurangkan kesesakan di PKRC, pesakit tahap 1 dan 2 yang memenuhi syarat selepas penilaian risiko, dibenarkan menjalani kuarantin di rumah.

Kesihatan mereka akan dipantau setiap hari selama 10 hari berturut-turut menggunakan aplikasi MySejahtera yang telah dikemaskini bermula 15 Jan lalu.

Jika bergejala, aplikasi MySejahtera akan menghantar maklumat ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) untuk tindakan termasuk menghantar ambulans jika individu itu bergejala teruk.

Namun, bagi negeri-negeri yang masih mempunyai tempat, pesakit tahap 1 dan 2 akan dihantar ke pusat kuarantin kerana matlamat asal KKM ialah menempatkan individu positif di satu tempat yang dikhaskan untuk mudahkan pemantauan dan kawalan.

Individu positif yang belum dihubungi PKD juga boleh mendaftar sendiri nama mereka menggunakan aplikasi MySejahtera yang telah dikemaskini itu.

Ini antara usaha KKM yang akan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi membendung penularan jangkitan daripada tidak terkawal.

Usaha ini hanya akan berjaya dengan kerjasama semua pihak tanpa mengira status. Dengan situasi semasa, seluruh negara perlu berganding bahu demi membantu negara mengawal penularan jangkitan.

Kita pernah mencapai kejayaaan melandaikan lekuk dan mencatatkan zero jangkitan tempatan.

Dengan semangat kerjasama yang sama, kita sekali lagi mampu mengulangi kejayaan itu.

Kita berusaha dan kepada Tuhan kita berdoa agar negara kita dilindungi dan penularan jangkitan COVID-19 dapat dikawal sepenuhnya.

20/01/2021

Alahai.. Kreatif sungguh time PKP nih 😆

Kredit: Info Pasir Puteh , Sinar Harian

Allahu Akbar.. Dari PKPB kepada PKP.. Pesan admin, jika pergi bercuti mana-mana sekalipun, kena sedar kita hidup dalam M...
15/01/2021

Allahu Akbar.. Dari PKPB kepada PKP..

Pesan admin, jika pergi bercuti mana-mana sekalipun, kena sedar kita hidup dalam Masyarakat. Bukannya Perseorangan. Ramai individu tak bersalah boleh terlibat andai tidak beringat..

Address

Wadi Isfa Inn, Wakaf Che Yeh
Kota Bharu
15100

Telephone

+6097406584

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when WADI ISFA INN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share