Kowanis Juara Travel

Kowanis Juara Travel Agen Syarikat Pelancongan Dalam dan Luar Negara, Pembimbing Umrah dan Haji

13/01/2026
17/10/2025

JUMAAT PENUH BARAKAH. | Check out Juara Travel & Tours Official LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from Juara Travel & Tours Official.

*โญ LOKASI DAN TARIKH KURSUS UMRAH SEPTEMBER JTT TANAH MERAH โญ-*Sebelum hadir ke tempat kursus boleh hubungi pejabat Juar...
28/08/2025

*โญ LOKASI DAN TARIKH KURSUS UMRAH SEPTEMBER JTT TANAH MERAH โญ-*

Sebelum hadir ke tempat kursus boleh hubungi pejabat Juara Tanah Merah 09 - 9700011 atau pegawai yang bertugas๐Ÿ‘‡๐Ÿป

*AKADEMIK AL-QURAN BUSHRA, BERIS KUBUR BESAR, 16050, BACHOK, KELANTAN*
Tarikh : 06 - 27 Sept 2025 (Setiap Sabtu)
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/hoxdJDuHqPGBAJzs6
Pegawai Bertugas: https://wa.link/36cudk

*MASJID JAMEK RAZALEIGH, BANDAR GUA MUSANG, DAERAH GALAS 18300, GUA MUSANG, KELANTAN*
Tarikh : 06 Sept 2025 (Sabtu)
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/AeWtFiTvMGqP7fw68
Pegawai Bertugas : https://wa.link/784mqs

*MASJID MUKIM POHON TANJUNG, KAMPUNG KALOR, 17000 PASIR MAS, KELANTAN*
Tarikh : 13 Sept 2025 (Sabtu)
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/mmne3NBh6F4gV3VL6
Pegawai Bertugas : https://wa.link/6caez0

*MASJID MUKIM KELABORAN 16200 TUMPAT KELANTAN*
Tarikh : 14 Sept 2025 (Ahad)
Lokasi : https://maps.app.goo.gl/uux9wGrVxTGRbzoZA
Pegawai Bertugas : https://wa.link/j1dtvt

Simbahan aura ketensngan...
25/08/2025

Simbahan aura ketensngan...

โ˜€๏ธู…ูˆู„ุฏู‡ ุงู„ุดุฑูŠู ุนู„ูŠู‡ ุงุทูŠุจ ุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ..

โœ๏ธุชูˆููŠ ุนุจุฏุงู„ู„ู‡ ุจู† ุนุจุฏุงู„ู…ุทู„ุจ ูˆู†ุจูŠู†ุง ุนู„ูŠู‡ ุงุทูŠุจ ุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุฌู†ูŠู†ูŒ ููŠ ุจุทู† ุฃู…ู‡ ูˆู‡ุฐุง ุฃุจู„ุบ ุงู„ูŠูุชู… ูˆุฃุนู„ู‰ ู…ุฑุงุชุจู‡ ูˆููŠ ุญุงู„ูู‡ ุนู„ูŠู‡ ุงุทูŠุจ ุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุฃุณูˆุฉูŒ ู„ู„ุฃูŠุชุงู…ู ููŠ ูƒู„ู ุฒู…ุงู†ู ูˆู…ูƒุงู† ู„ูŠุนุฑููˆุง ุฃู† ุงู„ูŠุชู… ู„ูŠุณ ู†ู‚ู…ุฉู‹ ูˆุฃู†ู‡ ู„ุง ูŠู†ุจุบูŠ ุฃู† ูŠู‚ุนุฏ ุจุตุงุญุจู‡ู ุนู† ุจู„ูˆุบู ุฃุณู…ู‰ ุงู„ู…ุฑุงุชุจ ูˆุชู‚ูˆู„ ุขู…ู†ุฉูŒ ุจู†ุชู ูˆู‡ุจ : ู„ู‚ุฏ ุนู„ู‚ุชู ุจู‡ ุชุนู†ูŠ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ุงุทูŠุจ ุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ูู…ุง ูˆุฌุฏุชู ู„ู‡ ู…ุดู‚ุฉู‹ ุญุชู‰ ูˆุถุนุชูู‡ ูู„ู…ุง ูุตู„ ู…ู†ูŠ ุฎุฑุฌ ู…ุนู‡ ู†ูˆุฑูŒ ุฃุถุงุกุช ู„ู‡ ู‚ุตูˆุฑู ุงู„ุดุงู… ูˆู‡ูˆ ู…ุตุฏุงู‚ ุฑุคูŠุง ุฑุฃุชู‡ุง ุฃู…ู‡ ู‚ุจู„ ู…ูˆู„ุฏู‡ ุฃุฎุจุฑ ุนู†ู‡ุง ุงู„ู†ุจูŠ ุนู„ูŠู‡ ุงุทูŠุจ ุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุจู‚ูˆู„ู‡ : ุฑุฃุช ุฃู…ูŠ ุญูŠู† ุญูŽู…ู„ุช ุจูŠ ูƒุฃู†ู‡ ุฎุฑุฌ ู…ู†ู‡ุง ู†ูˆุฑูŒ ุฃุถุงุกุช ู„ู‡ ู‚ุตูˆุฑ ุจูุตุฑู‰ ู…ู† ุฃุฑุถ ุงู„ุดุงู… ..ุฃุฎุฑุฌู‡ ุฃุญู…ุฏ ูˆููŠ ุดู‡ุฑ ุฑุจูŠุน ุงู„ุฃูˆู„ ู…ู† ุนุงู… ุงู„ููŠู„ ูˆู„ุฏู ุนู„ูŠู‡ ุงุทูŠุจ ุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุจู…ูƒุฉ ุงู„ู…ูƒุฑู…ุฉ ูˆูƒุงู† ุงู„ู…ูˆู„ูˆุฏ ุขู†ุฐุงูƒ ูŠุฏูุน ุฅู„ู‰ ู†ุณูˆุฉู ู…ู† ู‚ุฑูŠุด ุฅู„ู‰ ุงู„ุตุจุญ ููŠูƒูุฃู† ุนู„ูŠู‡ ุจุฑู…ุฉู‹ ูู„ู…ุง ูˆู„ุฏ ุนู„ูŠู‡ ุงุทูŠุจ ุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุฏูุนู‡ ุนุจุฏุงู„ู…ุทู„ุจ ุฅู„ู‰ ู†ุณูˆุฉู ููƒูุฃู† ุนู„ูŠู‡ ุจุฑู…ุฉู‹ ูู„ู…ุง ุฃุตุจุญู† ุฃุชูŠู†ูŽ ููˆุฌุฏู† ุงู„ุจุฑู…ุฉ ู‚ุฏ ุงู†ูู„ู‚ุช ุนู†ู‡ ุจุงุซู†ุชูŠู† ูˆูˆุฌุฏู†ู‡ ู…ูุชูˆุญูŽ ุงู„ุนูŠู†ูŠู† ุดุงุฎุตุงู‹ ุจุจุตุฑู‡ ุฅู„ู‰ ุงู„ุณู…ุงุก ูุฃุชุงู‡ูู† ุนุจุฏุงู„ู…ุทู„ุจ ูู‚ู„ู† ู„ู‡ : ู…ุง ุฑุฃูŠู†ุง ู…ูˆู„ูˆุฏุงู‹ ู…ุซู„ู‡ ูˆุฌุฏู†ุงู‡ ู‚ุฏ ุงู†ูู„ู‚ุช ุนู†ู‡ ุงู„ุจุฑู…ุฉ ูˆูˆุฌุฏู†ุงู‡ ูุงุชุญุงู‹ ุนูŠู†ูŠู‡ ุดุงุฎุตุงู‹ ุจุจุตุฑู‡ ุฅู„ู‰ ุงู„ุณู…ุงุก ูู‚ุงู„ ุฌุฏู‡ ุนุจุฏุงู„ู…ุทู„ุจ: ุฃุญูุธู†ู‡ ูุฅู†ูŠ ุฃุฑุฌูˆ ุฃู† ูŠูƒูˆู† ู„ู‡ ุดุฃู† ุฃูˆ ุฃู† ูŠุตูŠุจ ุฎูŠุฑุง ูˆู‚ุฏ ูƒุงู† ู„ู‡ ู…ุง ุชูˆู‚ุน ู…ู† ุดุฃู†ู‡ ุนู„ูŠู‡ ุงุทูŠุจ ุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ..

@ ู…ุนุงู„ู… ุงู„ู…ุฏูŠู†ุฉ ุงู„ู†ุจูˆูŠุฉ @

24/08/2025

1 seat lg kosong
Penerbangan group umrah 1 okt
Berminat boleh pm

Semoga dipermudahkan segala urusan...
24/08/2025

Semoga dipermudahkan segala urusan...

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PROMO MERDEKA JUARA โ€“ MARHABA TURKIYE ๐Ÿ˜๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ท๐Ÿ“† : 9 โ€“ 18 November 2025Jejak sejarah & keindahan Turkiye bersama JUARA๐Ÿ’ฅ APA...
03/08/2025

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PROMO MERDEKA JUARA โ€“ MARHABA TURKIYE ๐Ÿ˜๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ท

๐Ÿ“† : 9 โ€“ 18 November 2025
Jejak sejarah & keindahan Turkiye bersama JUARA

๐Ÿ’ฅ APA YANG ANDA DAPAT?
โœ… Harga istimewa RM4,990
โœ… Rebat RM1,200 untuk 4 pax
โœ… Deposit serendah RM68
โœ… Semua lengkap โ€“ flight, hotel, makan & lawatan

๐Ÿ“Œ Tempoh promo: 1 โ€“ 31 Ogos 2025 sahaja
Tempah sekarang, travel bulan November nanti โœˆ๏ธ

๐Ÿ“ฒ Nak daftar? Boleh hubungi pegawai kami atau klik link di bawah:
https://Promomerdekaturkiye.wassap.my/60199837848

Semoga bermanafaat
16/07/2025

Semoga bermanafaat

Cerita kiswah...
27/06/2025

Cerita kiswah...

Kiswah Kaabah: Sehelai Kain, Seribu Tahun Sejarah

Seorang raja dari Yaman, Tubbaโ€™ al-Himyari terjaga dari tidur dengan satu ilham yang luar biasa: dalam mimpinya, Kaabah diselubungi sehelai kelambu. Mimpi itu bukan sekadar bayangan lena, tetapi sesuatu yang mendorong tindakan. Dengan keyakinan seorang raja dan hormat kepada Rumah Allah, baginda menjadi orang pertama yang memakaikan Kaabah kelambu secara sempurna dari kain Habrah buatan Arab Yaman. Maka bermulalah sebuah tradisi yang akan merentasi zaman, meniti dari satu empayar ke satu empayar, dari satu ideologi kepada satu simbol kesatuan umat.

Apa yang dimulakan oleh Tubbaโ€™ kemudian menjadi ikutan dalam kalangan Arab Jahiliyyah. Dan apabila risalah terakhir diturunkan, Rasulullah ๏ทบ turut memakaikan Kaabah dengan kelambu dari kain Yaman, seolah-olah menyambung benang sejarah yang sudah lama dijahit.

Para khalifah selepas Baginda ๏ทบ โ€“ Abu Bakar, Umar, Uthman, Muawiyah dan Ibn al-Zubair โ€“ masing-masing memainkan peranan dalam mengekalkan dan memperindah tradisi ini. Khalifah Umar al-Khattab menggunakan wang Baitulmal untuk membiayai kelambu dari kain *
al-Qabathi Mesir, satu bentuk kain halus dan mewah yang menandakan martabat Kaabah di mata dunia Islam.

Muawiyah, tokoh pengasas Dinasti Umayyah, memperkenalkan pembaharuan: kiswah Kaabah diganti tiga kali setahun. Pada hari Tarwiyah ia disarungkan dengan kain dibaj merah; pada awal Rejab, kain Qabathi dipakaikan; dan pada malam ke-27 Ramadan, kiswah berwarna putih yang bersinar; seakan menandakan kemuncak rahmat bulan suci.

Tradisi ini diperkukuhkan oleh Khalifah al-Maโ€™mun yang memilih kiswah putih selepas bertanya para cendekia: apakah warna yang paling sesuai? Jawapannya: putih, simbol kesucian dan kejernihan. Maka dimulakanlah era baharu.

Pada zaman Umayyah dan awal Abbasiyyah, kiswah lama dibiarkan di bawah kiswah baharu, bertindih tahun demi tahun. Sehinggalah Khalifah al-Mahdi risau akan beban berat yang ditanggung binaan Kaabah, lantas memerintahkan agar setiap tahun, kiswah lama ditanggalkan terlebih dahulu sebelum yang baharu dipasang. Ia adalah suatu langkah praktikal yang akhirnya menjadi prosedur tetap sejak hari itu.

Khalifah Abbasiyyah yang lain seperti al-Nasir pernah mencuba warna hijau, tetapi akhirnya warna hitam dipilih. Bukan hanya kerana ia tampak megah, tetapi kerana ia tahan lama, sesuai dengan iklim dan keadaan Kaabah. Warna hitam itu kekal hingga ke hari ini, menjadi imej ikonik Kaabah yang dikenali umat seluruh dunia.

Apabila kekuasaan berpindah ke tangan kerajaan-kerajaan Mesir, kiswah menjadi satu bentuk kemuliaan. Pada zaman Dinasti Fatimiyyah, Khalifah al-Muโ€˜izz li Dinillah pada tahun 362 Hijrah mengarahkan pembinaan tempat khas pembuatan kiswah di Kharnafasy, Kaherah. Di sinilah, kiswah dibuat dengan penuh kemewahan. Sutera merah selebar 144 jengkal, dihiasi jalur-jalur emas, permata yang memantul cahaya, dan ukiran ayat-ayat suci al-Quran yang disulam dengan teliti. Pada masa itu, pembuatan kiswah bukan hanya seni, tetapi juga manifestasi kuasa dan kehormatan.

Namun sejarah terus bergerak. Pada tahun 1924, Yang Mulia Al-Malik Abdulaziz Aal Saud dari Arab Saudi mengambil keputusan penting: menghentikan pengeluaran kiswah dari Mesir dan mengasaskan pembuatan tempatan di Makkah. Sebuah kilang pertama dibina di Ajyad, dan kemudian berpindah ke Umm al-Joud. Kilang moden baharu p**a diasaskan oleh Putera Fahd pada 1972, dilengkapi teknologi terkini dan menempatkan lebih 240 tukang mahir.

Kiswah hari ini bukan calang-calang. Ia memerlukan 670 kilogram sutera hitam, 120 kilogram benang emas, dan 100 kilogram benang perak. Ayat-ayat al-Quran dijahit pada kain hitam itu, bukan sekadar sebagai hiasan tetapi sebagai peringatan dan pemuliaan kepada maksud Kaabah itu sendiri: pusat tawaf, pusat ibadah, dan pusat perpaduan.

Kosnya? Mencecah lebih 17 juta riyal setiap tahun. Tetapi tiada harga yang terlalu mahal untuk Rumah Allah. Hari ini, kiswah Kaabah berdiri bukan sekadar sebagai pakaian bagi bangunan suci, tetapi sebagai saksi sejarah umat. Dari mimpi seorang raja Yaman, hingga ke kilang moden di pinggir Kota Makkah. Sehelai kain, seribu makna.

**********

Sejarah ringkas kiswah Kaabah ada dimuatkan oleh Imam al-Nawawi dalam buku al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-Umrah.

Kini, buku panduan haji yang monumental ini sudah ada terjemahannya dan boleh dimuat turun di aplikasi Al-Inarah. Baca di https://al-inarah.com/ebook/==QNwYDNxUjM3MDOzcTM-panduan-haji-dan-umrah---al-taudhih-syarh-al-idhah

MAKLUMAN PENERBANGAN UMRAH & ISU SEMASA Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Pihak pengurusan Juara Travel & Tours...
26/06/2025

MAKLUMAN PENERBANGAN UMRAH & ISU SEMASA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pihak pengurusan Juara Travel & Tours (JTT) mengambil maklum dan memahami kebimbangan para jemaah berhubung situasi semasa melibatkan konflik antara 2 negara yang terlibat khususnya berkaitan penggunaan laluan udara untuk penerbangan Umrah.

Untuk makluman:

โœ… Laluan penerbangan ke Arab Saudi tidak melalui ruang udara berisiko tinggi atau kawasan konflik.

โœ… Syarikat penerbangan (Saudia, MAS, AirAsia X dll) serta pihak berkuasa penerbangan sentiasa memantau dan mengubah laluan jika perlu demi keselamatan penumpang.

โœ… Sehingga kini, tiada sebarang gangguan atau larangan penerbangan umrah dari Malaysia ke Tanah Suci.

โœ… Pihak kami sentiasa berhubung dengan syarikat penerbangan dan akan memaklumkan segera jika terdapat perubahan.

Keselamatan dan kebajikan para jemaah sentiasa menjadi keutamaan kami. Teruskan berdoa agar semua urusan kita dipermudahkan dan dilindungi oleh Allah SWT ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Sekian, terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda kepada JUARA.

Juara Travel & Tours Sdn Bhd

Address

MEDAN USAHAWAN KOTA BHARU
Kota Bharu
15200

Telephone

019-9837848

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kowanis Juara Travel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kowanis Juara Travel:

Share

Category