SuzanaZafran Glocal Travel

SuzanaZafran Glocal Travel Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SuzanaZafran Glocal Travel, Travel Company, PT813 Tingkat 1, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian, Kota Bharu.

Bab Al-Salam Bab al-Salam atau "Pintu Kesejahteraan" adalah salah satu pintu paling bersejarah dan ikonik di Masjidil Ha...
23/09/2024

Bab Al-Salam

Bab al-Salam atau "Pintu Kesejahteraan" adalah salah satu pintu paling bersejarah dan ikonik di Masjidil Haram, Makkah. Terletak berhampiran dengan kawasan Sai’e, pintu ini sering menjadi pilihan utama jemaah yang pertama kali ingin melihat Kaabah. Melangkah masuk melalui Bab al-Salam dianggap sebagai langkah menuju keamanan, penuh dengan harapan keberkatan.

Pintu ini juga memiliki nilai sejarah yang besar. Ketika Rasulullah SAW menakluk Makkah pada tahun 8 Hijrah, beliau memasuki Masjidil Haram melalui pintu ini, membawa mesej perdamaian dan berakhirnya permusuhan. Sejak itu, pintu ini menjadi lambang kemenangan damai Islam.

Dalam tradisi umat Islam, banyak jemaah yang sengaja memilih pintu ini untuk memulakan ibadah, berharap dapat memasuki Masjidil Haram dengan penuh rasa hormat dan doa, seolah-olah melangkah ke alam yang penuh kesejahteraan dan rahmat. Pintu ini juga telah melalui banyak pengubahsuaian, tetapi tetap memancarkan aura sejarah dan keagungan yang kekal abadi.




Alhamdulillah.. full house kursus umrah hari ni.
18/11/2023

Alhamdulillah.. full house kursus umrah hari ni.

Jom daki gua hira p**ak
19/03/2023

Jom daki gua hira p**ak

Mahu berkongsi peta ini. Kawasan solat untuk Muslimah. Boleh rancang pintu mana nak dituju untuk solat 5 waktu. Tidak se...
06/02/2023

Mahu berkongsi peta ini. Kawasan solat untuk Muslimah. Boleh rancang pintu mana nak dituju untuk solat 5 waktu. Tidak seperti dahulu, pintu 25 jadi tumpuan kerana mahu ke Raudah Muslimah kena masuk pintu ini. Sekarang tidak lagi. Ke Raudah masuk dari pintu 37. Manakala ke Sisi Raudah masuk dari pintu 32.

Harus bijak memilih pintu berdasarkan hotel penginapan dan gate yang perlu dilalui. Contoh ketika menginap di Anwar Movenpick dan Al Ansar Golden Tulip, akan melalui gate 328. Maka boleh solat 5 waktu di pintu 16 dan kawasan Muslimah paling hampir. Rujuk peta. Andai menginap di Golden Tulip Az Zahabi dan Dallah Taibah akan lalu gate 338. Boleh tuju pintu 25 atau kawasan solat untuk Muslimah berhampiran.

Begitu jua kalau hajah2 tinggal di hotel2 yang lain, ambil tahu dahulu lalu gate berapa dan cari pintu Masjid Nabawi yang terdekat.
Walaubagaimana pun, sekiranya ada kesempatan dan kudrat diri, bolehlah explore semua pintu2 untuk Muslimah dan bersolat di situ.

Kredit : Group Umrah

InsyaAllah.. Jemput datang kepada yg berdekatan dan berkesempatan.
02/02/2023

InsyaAllah.. Jemput datang kepada yg berdekatan dan berkesempatan.

Alhamdulillah.. fullhouse kursus umrah hari ni🥰🥰
28/01/2023

Alhamdulillah.. fullhouse kursus umrah hari ni🥰🥰

Maklumat lanjut wasup 014-686 4604
26/01/2023

Maklumat lanjut wasup 014-686 4604

SZGLOCAL & TOURgroup kami akan berlepas pd8/8/2023 dan15/11/2023tarikh lain pun available.
25/01/2023

SZGLOCAL & TOUR
group kami akan berlepas pd
8/8/2023 dan
15/11/2023
tarikh lain pun available.

Jom berpuasa di Mekah🥰🥰
23/01/2023

Jom berpuasa di Mekah🥰🥰

JIKA di Tanah Suci Makkah, perkuburan atau makam al-Ma’la adalah makam yang terkenal dan dianggap lokasi wajib untuk zia...
16/01/2023

JIKA di Tanah Suci Makkah, perkuburan atau makam al-Ma’la adalah makam yang terkenal dan dianggap lokasi wajib untuk ziarah.

Di Madinah p**a, makam yang wajib untuk ziarah dikenali sebagai Makam Baqi’.

Makam Baqi’ yang terletak berhampiran Masjid Nabawi di bahagian tenggaranya berkeluasan sekitar 174,962 meter persegi.

Ia juga dikenali dengan namanya, Jannatul Baqi’ atau sebutan Melayunya, Taman Syurga.

Catatan sejarah menukilkan bahawa jenazah yang pertama disemadikan di perkuburan mulia ini ialah jenazah seorang golongan Ansar yang bernama Asa’ad bin Zararah manakala golongan Muhajirin pertama adalah Uthman Mahzun.

Selain itu, Makam Baqi’ memiliki keistimewaannya yang cukup menggamit jemaah tatkala menziarahinya memandangkan di sinilah disemadikan jenazah ahli keluarga dan sahabat Rasulullah SAW.

Dianggarkan lebih 10,000 sahabat Baginda SAW disemadikan di sini sekali gus mereka yang datang ke bumi Madinah al-Munawarrah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menziarahinya.

Sekadar menyebut beberapa nama tersohor yang rapat hubungannya dengan Rasulullah SAW yang disemadikan jasad mereka di perkuburan mulia seperti Khalifah Amirul Mukminin Uthman bin Affan, isteri Rasulullah SAW, putera Baginda SAW yang bernama Ibrahim, malah, jasad Imam Mazhab Maliki iaitu Imam Malik bin Anas turut berada di sini.

Sesungguhnya, Makam Baqi’ begitu dekat di hati setiap umat Islam. Rata-rata apabila berada di bumi kecintaan Rasulullah SAW, Madinah akan sedaya upaya mahu menziarah makam berkenaan.

09/01/2023

Kemaskini Kekosongan Yang Masih Available

✈️ *Air Asia X*

*Januari 2023*
18 JAN 2023 - 04 SEAT *(SAFWAH)- 12 HARI 10 MALAM*

*Febuari 2023*
12 FEB 2023 - 15 SEAT (SAFWAH)
16 FEB 2023 - 37 SEAT (SAFWAH)
19 FEB 2023 - 04 SEAT (AYJAD PLUS)
.....................................................
✈️ *Malaysia Airlines*

*Feb 2023*
21 FEB 2023 - 02 SEAT
*(AJYAD PLUS - 13 HARI 11 MALAM)*

*Mac 2023*
08 MAR 2023 - 02 SEAT *(AJYAD PLUS) - 13 HARI 11 MALAM*
12 MAR 2023- 42 SEAT *(AJYAD PLUS) - 11 HARI 09 MALAM*

Untuk keterangan Lanjut
Hubungi kami.

Aamin3x
08/01/2023

Aamin3x

Address

PT813 Tingkat 1, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian
Kota Bharu
16150

Telephone

+60123611528

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SuzanaZafran Glocal Travel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category