23/10/2022
SOLAT SUNAT TAHAJJUD Secara Ringkas
Tahajjud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar.
Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar.
Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga sebelum masuk waktu subuh.
Sembahyang ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian.
Dan sangat baik di lakukanlah lebih dari 2 rakaat, sebanyak yang di sukai, tiada had, jika mampu.
Tetapi jika tidak mampu, memadai lah sekadar solat 2 rakaat, yg sebaiknya di lakukan setiap malam secara berterusan.
✅ CARA Solat Sunat Tahajjud
Lafaz niat:
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala"
✅ BACAAN ketika solat sunat tahajjud
1. Pada rakaat pertama baca Surah Fatihah dan Surah Al-Kafirun.
2. Pada rakaat kedua selepas Surah Fatihah bacalah Surah Al-Ikhlas.
ATAU baca saja mana-mana surah lain yang anda tahu.
✅ BERDOA Selepas Solat Tahajjud
Selepas memberi salam & selesai solat, bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau minta lah apa sahaja hajat dalam bahasa kita sendiri.
Bermohonlah sepenuh hati.
✅ FADILAT Solat Sunat Tahajjud
1. Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orangorang mukmin.
3. Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
4. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
5. Dimudahkan hisab ke atasnya.
6. Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
7. Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
8. Jauh daripada kebinasaan.
SELAMAT BERTAHAJJUD.