26/12/2023
Antara Lokasi Percutian Best yang ada di Vietnam…
Ho Chi Minh atau Saigon, yang merupakan kota terbesar di Vietnam…Pada hujung minggu atau cuti sekolah, pasti penuh lokasi ini dengan pelancong Malaysia yang hendak membeli belah terutamanya baju kurung, tudung dan telekung… sebab itulah terdapat satu jalan berdekatan Pasar Ben Thanh dikenali Jalan Melayu atau Jalan Malaysia..
Nha Trang merupakan satu kota tepi pantai yang terletak di bahagian Selatan Vietnam. Walaupun kota ini tidak sepop**ar Ho Chi Minh tapi ia mempunyai tarikannya yang tersendiri.. Orang tempatan Vietnam telah memanggil kota ini sebagai “Hawai of Vietnam” dan menjadi satu playground untuk pengunjung dari Negara Russia. Perjalanan dari lapangan terbang Cam Ranh Airport yang selama 30 minit.. Antara tempat menarik yang anda boleh lawati di sini adalah seperti Pa Nagar Tower, membeli-belah di pasar Dam, atau mandi lumpur di I-Resort Mineral Hot Spring, Ba Ho Waterfall, Island Hopping dan berseronok di Taman Tema Vinpearl…
Halong Bay telah dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1994 ini. Terletak 180 KM di utara Hanoi, perjalanan ke Halong Bay mengambil masa kira-kira empat jam untuk sampai… Korang boleh sampai ke sini dengan menaiki bas dari Hanoi. Kalau ada bajet lebih, korang boleh menaiki helikopter masa perjalanan hanya 1 jam…walaupun perjalanan memenatkan, ia berbaloi kerana menawarkan landskap alam memukau.. kapal-kapal layar kayu seakan-akan membawa pengunjung kembali ke era dahulu…
Da Nang merupakan sebuah kota tepi pantai yang pesat membangun dan menjadi tumpuan pelancong Malaysia. Antara tarikan pelancongan yang utama di sini adalah taman temanya di kawasan tinggi iaitu Banana Hills. Korang harus menaiki cable car untuk ke sini…
Setelah menghabiskan masa di Da Nang, korang boleh bergerak ke Hoi An p**a yang terkenal dengan struktur bangunan lamanya..Tidak hairanlah Kota Hoi An ni digelar Ancient City.. Demi menjaga bangunan-bangunan di sini, kerajaan Vietnam juga berusaha menjaga dan membaik pulih binaan sehingga Berjaya mendapatkan pengiktrafan UNESCO..Perjalanan ke Hoi An dari Da Nanang hanya mengambil masa 30 minit sahaja…
Sebenarnya ada banyak lagi tau destinasi menarik di Vietnam yang korang boleh lawati…
Pakej pelancongan Muslim termurah....
Bah Tunggu Apa Lagi?
www.wasap.my/60199562000