16/07/2025
Bismillah.
Bagaimana kami mahu mulakan catatan ini ? Ini antara cerita mengawal perasaan diri dan mengungkap syukur atas kurnia dan keagungan ciptaan Allah.
4 tahun. Dia jauh. Musafir Ini diharap menampal semula, lompong masa itu.
1. Kami merancang hampir 4 bulan. Tujuan utama untuk konvo anakanda kami di Manchester. Kemudian barulah sedikit perjalanan di luar Uk. Sempat singgah 1 malam di Edinburgh.
2. Kami tempah Emirates. Multicity. KL-MANCHESTER-MUNICH-KL. Dengan satu lagi penerbangan sehala dari London ke Munich.
3. Sewa kereta sepanjang di UK. Alamo. Ambil di airport Manchester. Return di Heathrow.
4. Di munich kami sewa kereta dari Sixt. Perlu IDP.
5. Semua kereta dengan insuran penuh. Berjalan tempat orang, hati perlu tenang. Left hand drive lagi. Perlu sedikit masa untuk mahir.
6. Dari munich. Menginap 1 malam. Melepas lelah. Esok pagi terus ke Adelboden, Switzerland. Singgah di Rhinefall. Sepatutnya 6 jam. Tapi jadi 9 jam.
7. Namun 9 jam itu, bukan macam dari Kota Bharu ke Segamat. Pemandangan memukau. Tak terasa penat itu. Sungguh.
8. Di Adelboden. Menginap 2 malam. Sempat ke Interlaken, grindelwald dan iseltwald. Takda hiking lah. Dah tua agaknya. Budak2 aje hiking ni. (Ampun)
9. Kemudian, ke Hallstatt. Melalui Dolomites dan Grosslockner HighAlpine Road. Singgah juga di Venice. Menginap di Verona dan Follina. 1 malam, 1 malam.
10. Kami pandu ke puncak paling tinggi. Kira 3000 meter atas paras laut.
11. Terasa air mata bergenang. Ciptaan ini, tak mungkin jadi sendiri. Mesti ada penciptanya. Dan betapa ciptaan itu cukup indah, tentulah maha hebat Pencipta itu. Mulut terasa ringan mengucap... SUBHANALLAH. SUBHANALLAH. SUBHANALLAH.
12. Sampai di Hallstatt, kami menginap di Bad Ischl. Kira2 setengah saja ke Hallstatt.
13. Kemudian jenguk2 sedikit ke St Gilgen dan Obertraun. Cantik tu, memanglah cantik. Namun kami lebih minat pada aspek kebersihan. Bersih sungguh.
Nak gambarkan, takkan sama. Walaupun banyak gambar dan video diambil.
Pergilah.
Sedikit catatan.
a) Kami bawak beberapa jenama RTE. tapi yg boleh harap pada selera kami, hanya brand Mak Jenny.
b) Petrol, murah di Austria. Masuk dalam sikit dari sempadan.
c) Carilah jenis suv kecil. Jalan sempit. Lori besar2.
d) Ikut speed limit. Gunakan fungsi adaptive autocruise jika ada.
e) Di German, banyak hiway.... Speed limit is dead. Surrrrr
f) Kami guna semua trip.com, agoda, airbnb, booking.com. carilah yg superhost.
g) Aldi, Lidl adalah penyelamat. Rice cooker adalah senjata. Di Italy, tiada cerek. Pastikan bawa plug adapter.
h) Bawalah isteri, yg pandai masak. Nescaya sejahtera perjalanan. Terima kasih Arinawati Abdullah
Terima kasih buat rakan2 yg memungkinkan perjalanan ini.
Balik nanti. Kumpul modal, bayar hutang dan buat homestay kami macam homestay yg kami duduk sepanjang perjalanan. InsyaAllah.
Alhamdulillah.
Ochu Hanif Rembau