20/09/2026
*BAYARAN HAJI PJH MUSIM HAJI 1448H / 2027M*
Bagi Bakal Haji (BH) yang memilih untuk menunaikan Haji melalui Pengelola Jemaah Haji (PJH), bayaran keseluruhan pakej merangkumi dua komponen utama:
π° Bayaran Haji kepada Tabung Haji (TH): RM23,398
β Bayaran Perkhidmatan PJH
π° Bayaran Keseluruhan Pakej PJH
Bayaran Haji kepada TH sebanyak RM23,398 akan didebitkan daripada akaun TH Bakal Haji dan merangkumi kos asas seperti:
βοΈ Kos penerbangan
π§³ Perkhidmatan di Tanah Air
π Perkhidmatan di Tanah Suci
Manakala, bayaran perkhidmatan PJH dibuat secara terus oleh Bakal Haji kepada PJH berdasarkan pakej yang dipilih. Ia merangkumi perkhidmatan tambahan seperti:
β
Penginapan
β
Sajian makanan
β
Pengangkutan
β
Perkhidmatan Masyair
β
Program ziarah dan umrah
β
Perkhidmatan lain seperti yang dinyatakan dalam pakej PJH
π Fahami struktur bayaran lebih awal agar perancangan kewangan dan persediaan menuju Tanah Suci dapat dilakukan dengan lebih teratur.
In Saff Dulu, Baru Haji. π