03/08/2026
RESEP KEK BELACAN SARAWAK
Sumber Resipi: Seni Patisserie
Rebake By : Julaili's Kitchen
BAHAN :
450g pure butter (saya guna Golden Churn)
10 biji telur gred A
1 cawan gula halus
300g susu pekat manis
1 tin kecil seri kaya (180g)
100g dairy whipping cream/ Nestle cream
200g horlicks
100g milo
2 cawan tepung gandum
1 botol kecil (140g) browning sugar (gula hitam)
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
CARA PEMBUATAN :
1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan kaya, susu, vanilla essence & whipping cream. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan horlicks, milo & serbuk koko.
5. Masukkan tepung sikit demi sedikit.
6. Masukkan browning sugar. Gaul hingga sebati.
7. Sediakan loyang 8" x 8". Oleskan butter pada loyang. Saya guna Canola Spray. Masukkan adunan ke dalam loyang & tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 6 jam. Selepas 6 jam, tutup api & biarkan kek di dalam pengukus selama 30 minit. Kemudian bila kek dah sejuk barulah potong & balut dengan cling wrap.
Note :
Percubaan kali kedua buat kek belacan sarawak. Kali ni saya tambah 100g milo & kukus selama 6 jam. Rasa kek ni lagi bertambah sedap & moist ππ Berbaloi tunggu 6 jam π
Selamat Mencoba π
Kredit empunya resepi.