20/12/2023
Baru ni viral kan ragam penyewa Homestay yang pelbagai..
Admin baca dan hayati juga posting tersebut.
Ibaratnya :
Niat nak sedekahkan je betis, tapi rasa berhak dapat paha..
Tapi itulah kepelbagaian ragam makhluk yang diberi nama manusia. Pelbagai latar belakang, cara dan corak polar kehidupan yang berbeza. Kita sebagai pengusaha Homestay ni haruslah sentiasa positive dan tarik nafas panjang... HADAPINYA DENGAN SENYUMAN.
Syukur lah dapat jumpa penyewa yang macam tu 😁
Jarang jumpa tu.
Yang paling penting sebenarnya adalah bagaimana kita mengendalikan situasi masalah tersebut. Dan apa tindakan kita supaya masalah tersebut tidak akan berulang lagi. Setiap masalah pasti ada penyelesaian, biarlah kita habiskan energy daya fikiran kita kepada penyelesaian jangka masa pendek dan panjang. Jangan biarkan habis masa, emosi dan energy terhadap masalah itu saja😜
Contoh : isu pengusaha sediakan makanan asas dengan niat sedekah. Bolehlah tulis /lekat sticker, wallframe, notis : Segala makanan asas yang disediakan dalam homestay ini bukanlah sesuatu yang wajib kami sediakan. ianya adalah sekadar usaha sedekah kami saja. Manfaatkan lah jika perlu. Jika tidak sesuai dengan kehendak, carilah yang sesuai dengan beli sendiri. Jika terkurang bolehlah usaha beli sendiri. SEKALI LAGI DIMAKLUMKAN IYANYA BUKANLAH PAKEJ WAJIB HOMESTAY. IANYA SEKADAR USAHA SEDEKAH KAMI PADA KADAR KEMAMPUAN KAMI.
Dengan notis yang jelas, InsyaAllah boleh lah kurangkan masalah. Masalah sentiasa ada, kita usaha kurangkan saja.
Apapun, yang admin nak highlight disini sebenarnya lebih ramai lagi penyewa yang dari Syurga.
Penyewa dari Syurga ya.
Betul, bilangan mereka lebih ramai. Dan patut kita war-war kan. Syukur sangat selalu dapat penyewa dari syurga ni. Ciri-ciri mereka seperti berikut :
*Bila mereka dah check-out, inform kita.. Cleaner kita pun datang buat cleaning.. Dan call kita, '' Bos, homestay ni ada penyewa ka semalam? '' seriuslah? Bersih betul bah, tinggalkan homestay di sapu lantai, sisa dlm tong sampah. Akak cleaner pun serba salah mau buat apa..
Yang lucu tu, selimut pun kena lipat dan sarung semula di katil bah.. Padahal, kita memang wajib tukar dan basuh selimut, cadar, tuala dll.
Sepatutnya xperlulah kemas sangat kan. Sebab akak cleaner memang akan buka juga semuanya dan ganti baru😁
Tapi memang begitu lah hakikatnya.
Hakikat penyewa dari syurga seriously memang wujud.
Dan Jumlah mereka adalah lebih ramai banding yg dari neraka😢🙏
*Bila check-in, siap bawa ole-ole lagi dari kampung mereka lagi bagi dekat kita. Serba salah nak tolak.
Perna juga dapat roti Gardenia. 😂 Orang Sabah s**a roti ni kan. Katanya ketika beri ole-ole tu. Hehe
Perna juga dapat sambal bilis dari kampung penyewa.
Dapat lauk pauk pun perna juga, maklumlah penyewa datang tuk kenduri kahwin. 😎
Selalunya admin bagi dekat akak cleaner saja, sebab admin jenis x makan banyak pun. Keluarga kecik saja.
Kesimpulan nya, begitulah ragam manusia kan.
Jangan juga terlalu highlightkan yang negatif.
Sebarkan juga yang POSITIVE.
Agar masyarakat kita sentiasa menjadi positive.
Salam Senyuman Positive selalu dari admin.
NJ_HOMESTAY Bulan 12 ni alhamdulillah full-house. 🏡😊😇