MK Haramain Travel & Tours - Sabah

MK Haramain Travel & Tours - Sabah “MK Haramain Sabah – Dari Bumi Di Bawah Bayu ke Tanah Suci”

14/07/2026
11 Jun 2026 (Khamis)25 Zulhijjah 1447HRamai yang berusaha memperbaiki hubungan dengan manusia, tetapi terlupa untuk memp...
11/06/2026

11 Jun 2026 (Khamis)
25 Zulhijjah 1447H

Ramai yang berusaha memperbaiki hubungan dengan manusia, tetapi terlupa untuk memperbaiki hubungan dengan Allah terlebih dahulu. Sedangkan apabila hubungan dengan Allah dijaga, hati menjadi tenang, urusan dipermudahkan dan Allah akan membuka jalan yang tidak disangka-sangka.

Jangan terlalu risau jika manusia tidak memahami kita. Fokuslah untuk menjadi hamba yang Allah redai. Kerana apabila Allah memperbaiki hubungan kita dengan-Nya, Dia juga mampu memperbaiki hubungan kita dengan manusia pada waktu yang terbaik.

“Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungannya dengan manusia.”
— Imam Ibn Qayyim Al-Jawziyyah

MK Haramain Travel & Tours
Menemani Perjalanan Terindah Anda

04/06/2026

TAHNIAH TABUNG HAJI MALAYSIA

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tabung Haji Malaysia atas kejayaan menerima Diamond Award Labbaiktom 1447H/2026M daripada Kerajaan Arab Saudi bagi kategori Kepuasan Pelanggan.

Pengiktirafan berprestij ini membuktikan komitmen berterusan Tabung Haji dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah haji Malaysia, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh industri pengurusan haji dan umrah untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan demi keselesaan serta kebajikan para tetamu Allah. Aminn

Ikhlas daripada,
MK Haramain Travel & Tours Sdn Bhd
Menemani Perjalanan Terindah Anda

03/06/2026

14 HARI LAGI!

Bismillah, detik yang dinanti semakin hampir.

Penerbangan pertama Umrah 1448H bagi kumpulan WY1606U4L akan berlepas pada 16 Jun 2026. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan para jemaah, mengurniakan kesihatan yang baik, perjalanan yang lancar serta menerima setiap amal ibadah sepanjang berada di Tanah Suci.

Buat bakal tetamu Allah, teruskan persiapan rohani dan jasmani. Semoga perjalanan ini menjadi umrah yang penuh keberkatan dan membawa pulang jiwa yang lebih dekat kepada-Nya.

MK Haramain Travel & Tours
Menemani Perjalanan Terindah Anda

01 Jun 2026 (Isnin)15 Zulhijjah 1447HSetiap manusia pasti akan diuji. Ada yang diuji dengan kesusahan, ada yang diuji de...
01/06/2026

01 Jun 2026 (Isnin)
15 Zulhijjah 1447H

Setiap manusia pasti akan diuji. Ada yang diuji dengan kesusahan, ada yang diuji dengan kehilangan, dan ada juga yang diuji dengan perkara yang tidak pernah dijangka. Namun setiap ujian yang Allah berikan pasti mempunyai hikmah yang tersembunyi.

Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah. Kerana di sebalik ujian yang berat, Allah sedang menyediakan ganjaran yang besar untuk hamba-Nya yang sabar dan terus bersangka baik kepada-Nya.

“Sesungguhnya besarnya pahala bergantung kepada besarnya ujian.”

MK Haramain Travel & Tours
Menemani Perjalanan Terindah Anda

✨ UMRAH BERSAMA MK HARAMAIN SABAH ✨🕋 Langkah menuju Baitullah kini lebih mudah & teratur bersama MK Haramain Travel & To...
19/05/2026

✨ UMRAH BERSAMA MK HARAMAIN SABAH ✨

🕋 Langkah menuju Baitullah kini lebih mudah & teratur bersama MK Haramain Travel & Tours

✈️ Penerbangan selesa
🏨 Hotel penginapan disediakan
🚌 Pengangkutan lengkap
📄 Urusan visa & dokumen kami bantu sepenuhnya
💙 Musim baru, peluang baru untuk menjadi tetamu Allah.
Jangan tunggu “nanti”, kerana panggilan suci itu hadir untuk yang bersedia.

📌 Pendaftaran Umrah 2026 kini dibuka
📍 Pejabat: Royal Plaza Putatan, Sabah
📍 Khas untuk jemaah Sabah & seluruh Malaysia

🤲 “Menemani perjalanan terindah anda.”
— MK Haramain Sabah

📲 Tempah slot anda sekarang sebelum penuh!
📞 Admin: 011-1114 7005

19/05/2026
Penat? Rehat sekejap, tapi jangan menyerah... 🤍Kadang-kadang kita rasa ujian yang datang macam tak tertanggung, kan? Tap...
22/04/2026

Penat? Rehat sekejap, tapi jangan menyerah... 🤍

Kadang-kadang kita rasa ujian yang datang macam tak tertanggung, kan?

Tapi percayalah, Allah itu Maha Adil.
Dia takkan hantar "ombak" kalau Dia tahu "kapal" kita tak mampu nak harunginya.

Apa yang kita lalui hari ini sebenarnya adalah proses untuk "upgrade" diri kita. Allah dah ukur setiap inci kemampuan kita dengan penuh kasih sayang. Jadi, kalau rasa sempit, tarik nafas dalam-dalam...

Sabar dan yakin, jalan keluar itu sebenarnya dah ada, cuma masanya saja yang akan menjawab. Teruskan melangkah ya? Allah sentiasa ada bersama kita.

✨ “Menemani Perjalanan Terindah Anda”

Ada pertanyaan tentang Umrah atau perancangan travel? Jom sembang dengan team kami:

📞 Sabah (Tuan Afiq): 011-1147 4005

🌐 Website: mkharamaintravel.com

KENYATAAN RASMIMK HARAMAIN TRAVEL & TOURS SDN. BHD.6 April 2026MK Haramain Travel & Tours Sdn. Bhd. ingin memaklumkan ba...
07/04/2026

KENYATAAN RASMI
MK HARAMAIN TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
6 April 2026

MK Haramain Travel & Tours Sdn. Bhd. ingin memaklumkan bahawa operasi syarikat kami berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

Kami sentiasa memantau perkembangan semasa berkaitan situasi di Timur Tengah secara teliti dan berterusan. Berdasarkan penilaian terkini serta maklumat daripada pihak berkuasa dan syarikat penerbangan, keadaan perjalanan adalah terkawal dan laluan penerbangan yang digunakan kekal selamat.

Sehingga kini, tiada sebarang pembatalan penerbangan yang menjejaskan jadual perjalanan Umrah kami.

Keselamatan, kebajikan dan ketenangan jemaah sentiasa menjadi keutamaan utama kami. Setiap perancangan perjalanan dibuat dengan mengambil kira aspek keselamatan, garis panduan semasa serta pengurusan risiko yang rapi.

Pendaftaran bagi musim akan datang kini dibuka dan kami terus menerima tempahan seperti biasa.

Sebagai langkah perlindungan kepada jemaah, sekiranya berlaku sebarang perubahan atau situasi luar jangka, pihak kami akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk penjadualan semula perjalanan, penundaan atau pemulangan bayaran (refund) selaras dengan terma dan syarat yang telah dipersetujui.

MK Haramain kekal komited untuk memastikan setiap perjalanan diuruskan secara profesional, selamat dan diyakini.

Sekian, terima kasih.

“Menemani Perjalanan Terindah Anda”

Alhamdulillah, jemaah Umrah Awal Syawal berpeluang menziarahi sekitar luar Madinah sambil menghayati sejarah dan keindah...
03/04/2026

Alhamdulillah, jemaah Umrah Awal Syawal berpeluang menziarahi sekitar luar Madinah sambil menghayati sejarah dan keindahan bumi penuh barakah ini. 🤲✨

Setiap langkah ziarah menjadi ruang untuk menambah ilmu, mendekatkan diri kepada Allah serta menguatkan rasa cinta kepada perjuangan Rasulullah SAW.

🕌 Ziarah Luar Madinah
🗓 1 April 2026
👳‍♂️ Bersama Mutawwif: Ust Muhammad

📞 HUBUNGI HQ & CAWANGAN MK HARAMAIN HOTLINE:

HQ MK HARAMAIN HOTLINE: +601161584005 – Admin
Branch MK Pulau Pinang (Zon Utara): +60182804005 – Ust Haji Mukram
Branch MK Terengganu (Zon Pantai Timur): +601165634005 – Ust Abdul Rahim
Branch MK Sabah: +601111474005 – Tuan Afiq

🌐 Website: mkharamaintravel.com

MK Haramain
“Menemani Perjalanan Terindah Anda” ✨

Address

Lot 63A , Block M , First Floor, Royal Plaza, Putatan
Kota Kinabalu
88200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 13:00

Telephone

+601139786729

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MK Haramain Travel & Tours - Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MK Haramain Travel & Tours - Sabah:

Shortcuts

Share