SABAH TANAH AIRKU

SABAH TANAH AIRKU JOM MELAWAT SABAH!!!!!!

16/11/2022
27/01/2022

😭😭😭

27/12/2021

Sabah pun boleh bah.....

Salam Sabahan.. Admin mau Share Tips mana tau berguna kan....
07/12/2021

Salam Sabahan..
Admin mau Share Tips mana tau berguna kan....

‘Sikap Buruk’ jabatan air negeri sabah Punca Masalah Air Di Sabah Berterusan, Dakwa SAPPYong Teck Lee mendakwa masalah a...
19/11/2021

‘Sikap Buruk’ jabatan air negeri sabah Punca Masalah Air Di Sabah Berterusan, Dakwa SAPP

Yong Teck Lee mendakwa masalah air yang berlanjutan di Sabah disebabkan kecuaian Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

KOTA KINABALU: Presiden SAPP Yong Teck Lee berkata, “sikap buruk” Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang lambat bertindak antara faktor masalah bekalan air di negeri itu khususnya di Kota Kinabalu berterusan.

Katanya, laporan mengatakan JANS memerlukan beberapa minggu untuk membaiki pam air di Loji Rawatan Air Telibong mendedahkan pengurusan jabatan itu yang lemah kerana kurangnya penyelenggaraan pam air.


“Macam mana pihak JANS boleh tunggu pam rosak dulu baru panggil dibaiki? Ini kecuaian dan kegagalan menyediakan bekalan air yang tidak terputus.

“Sikap buruk jabatan ini seperti menunggu kereta rosak di tengah jalan sebelum menghantar kereta untuk diselenggara.

“Nasib baik, JANS tidak mengendalikan lapangan terbang dan syarikat penerbangan, yang mana pesawat itu sama sekali tidak dibenarkan rosak di udara,” katanya dalam kenyataan.


Yong berkata, masalah bekalan air berterusan di Sabah termasuk di Kota Kinabalu perlu diberi perhatian dan tindakan segera oleh pemimpin tertinggi kerajaan Sabah.

Katanya, air adalah keperluan harian untuk kelangsungan hidup, kebersihan dan kesihatan dan kekurangan air menjadi isu utama yang memberi kesan serius kepada lebih ramai orang.


“Ia adalah kecacatan serius dalam pengurusan dan penyelenggaraan jika pam ‘dibaiki’ selepas kerosakan, yang pembaikannya boleh mengambil masa berminggu-minggu.

“Ada sesuatu yang tidak kena dalam jabatan itu (JANS), orang ramai semakin marah,” katanya.

Justeru, Yong menyeru kerajaan negeri melakukan sesuatu mengenai gangguan bekalan air.

“Meletak hanya pegawai dan jurutera terbaik dan berkelayakan untuk bertanggungjawab ke atas JANS, selain menyalurkan lebih banyak dana untuk pembaikan serta penyelenggaraan dan untuk meminimumkan Air Tanpa Hasil (NRW) disebabkan paip pecah,” katanya. – FMT

Mana air Kami???UUC 2
19/11/2021

Mana air Kami???
UUC 2

18/11/2021

Penduduk uuc Telipok air mana air kami

18/11/2021

Isu air di Uuc Telipok
Ruby RJ

Address

Lot 299, Block AP 0-3, Bandar Putra Menggatal
Kota Kinabalu
88450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SABAH TANAH AIRKU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SABAH TANAH AIRKU:

Share

Category