25/06/2022
Keberlakangan ini terlalu banyak scammer homestay wujud di sekitar Kota Kinabalu.
Di bawah adalah tips utk rujukan kalian semua, harap dapat menolong.
๐ข๐ข๐ข๐ข๐ฃ๐ฃ๐ฃ๐ฃ
6 Tips untuk bakal penyewa homestay elak scammer homestay yang tak wujud.
Modus operandi mereka ialah dengan menggunapakai gambar-gambar homestay orang lain dan kemudian diiklankan seolah-olah mereka ejen atau pemilik homestay. Lepas ambil duit pembayaran booking dan sewa, mereka terus lesap dan lari tanpa diketahui. Mangsanya adalah penyewa yang mencari homestay juga..
Berikut tips untuk anda ELAK SCAMMER HOMESTAY
1. Buat carian di FB dan Google : Baca review dan pastikan ada review yang terkini.
2. Semak lokasi homestay melalui Google Map & Waze.
3. Jika bakal penyewa mempunyai saudara dan kenalan, boleh lakukan lawatan bagi meninjau keadaan homestay.
4. Pastikan nombor telefon admin homestay didapati dari sumber yang sahih (semak di page rasmi homestay tersebut) dan membuat panggilan (bukan sekadar sms & whatsapp)
5. Bandingkan juga harga se-malam homestay yang terdapat disekitar. Jika terlajak murah, dan terdapat tanda-tanda mencurigakan seperti diatas, anda patut berhati-hati untuk teruskan urusan deal ini.
6. Semak transaksi dan maklumat pembayaran. Simpan salinan transaksi, perbualan dan laman web yang berkaitan jika berlaku masalah yang tidak diingini, anda boleh untuk salurkan aduan & lapor polis.
Harap anda semua terselamat dari scammer yang memburukkan industri homestay. Banyak homestay yang wujud dan bagus untuk didiami sebagai percutian keluarga anda. Jom support homestay yang genuine