17/08/2020
Assalamualaikum .....
pasti ramai yang tidak tahu cara nak ke pulau sekitar kota kinabalu. mari nak cerita sikit kat korang yang nak ke pulau.
Perjalanan ke Pulau Manukan bermula di Jeti Jesselton Point. Ada pelbagai cara untuk anda ke jeti ini - sama ada pandu sendiri, melalui bas dan juga teksi. Lebih mudah bagi mereka yang duduk di sekitar bandar Kota Kinabalu kerana jalan kaki pun boleh. Jesselton Point terletak berdekatan dengan salah satu pusat beli belah di KK iaitu Suria Sabah Shopping Mall.
-WAKTU PERJALANAN BOT
Pergi: 9.00 am dan seterusnya (Setiap 30 minit)
Balik: 2 pm hingga 4.00 pm
-SHOP BEFORE YOU GO
Terdapat berbagai jenis kedai di Jesselton Point ni. Ada kedai makan, kedai barangan untuk island hopping dan banyak lagi. Rasanya harga dekat sini jauh lebih murah berbanding dengan apa yang dijual dekat pulau tu. So, better korang beli apa yang patut sebelum gerak ke pulau untuk menggelakkan sebarang kemungkinan.
-PULAU MANUKAN
Terkenal sebagai salah satu tarikan utama di negeri Sabah, Pulau Manukan adalah pulau terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman dan ia juga telah diiktiraf sebagai taman laut negara. Selain itu, pulau ini juga mempunyai beberapa kawasan yang terbentang baik di pantai selatan. Dan yang paling penting, pulau ini sangat ideal untuk aktiviti menyelam atau snorkeling serta bersantai kerana suasananya yang begitu tenang dan cantik.
-Perjalanan dari Jesselton Point ke Pulau Manukan mengambil masa kira-kira 15 ke 20 minit.
Rupanya bukan sahaja pelancong dari luar negara datang ke sini, tetapi warga tempatan juga datang ke sini.
-YURAN MASUK
Dekat pintu masuk nanti, anda dikhendaki membayar yuran konservasi (entrance fee) sebelum masuk ke kawasan pulau. Berikut merupakan harga yuran yang dikenakan: rm 5 untuk entrance fee.
-TIPS
Datang pada waktu pagi so that takda la rasa panas sangat and korang akan siap just nice by 2 atau 3 PM.
Bawa makanan sendiri - boleh beli atau masak dari rumah (jimat sikit).
Bawa tikar sendiri. If pergi ramai, bawalah tikar besar sikit sebab tempat duduk adalah terhad.
Kalau pergi dengan kawan yang berasal dari Sabah, lagi dapat banyak benefit - harga lebih murah.
Pergi ke kawasan yang tak ramai orang jika anda nak tengok pemandangan dalam air yang lebih cantik & jernih.
Pilih satu pulau sahaja jika anda nak mandi and snorkeling sepuas-puasnya kerana perjalanan dari satu pulau ke pulau lain agak lama - especially part menunggu boat.
pakej ke pulau sekitar kota kinabalu sabah
inculd sekali
-boat pulang balik
-entrance fee
-jetty fee
-snorkeling
-lifejacket
jika berminat atas pakej tersebut boleh tekan link whatsapp di bawah .
www.wasap.my/0106670497
(mohd afiq)