Umrah Ziarah oleh SukaBorneo Travel

Umrah Ziarah oleh SukaBorneo Travel Peneraju Umrah pilihan orang Sabah. Terbang dari Sabah, Mutawwif dari Sabah. Ingat Umrah, ingat SB.

31/03/2025
Group Perkongsian Ilmiah, boleh la join!!!😁
27/03/2025

Group Perkongsian Ilmiah, boleh la join!!!😁

Kita digalakkan berbuka terlebih dahulu sebelum solat maghrib, walaupun hanya dengan beberapa biji kurma atau seteguk ai...
14/03/2025

Kita digalakkan berbuka terlebih dahulu sebelum solat maghrib, walaupun hanya dengan beberapa biji kurma atau seteguk air. Ini membantu mengembalikan tenaga sebelum melaksanakan ibadah dengan lebih khusyuk.

Dalam riwayat Muslim, Abdullah bin Busr RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW mengeluarkan biji kurma dari mulutnya dengan meletakkannya di belakang jari di antara jari telunjuk dan jari tengah sebelum membuangnya ke tempat yang sesuai. Ini menunjukkan kehalusan akhlak dan kebersihan dalam adab makan kurma.

Semoga dengan mengamalkan sunnah berbuka ini, kita mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.

Kredit: MyHadithTime

11/03/2025

☆Tadabbur Kalamullah 10 Ramadhan 1446H☆

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah al-Baqarah 185]

Tantawi ketika mensyarahkan ayat ini, membawakan kata-kata Imam Ibn Kathir yang menyebutkan, Allah swt memuji bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain kerana turunnya kitab Allah swt dalam bulan itu.

Ramadhan bulan berkat, bulan mulia, bulan Agung dan bulan diturunkan al-Quran. Sebagai seorang Muslim, kita mesti berazam dan bertekad untuk mengkhatamkan al-Quran walaupun sekali sepanjang Ramadhan.

Ibn Rajab al-Hambali menyatakan bahawa apabila seseorang berada di dalam waktu atau tempat yang mulia seperti bulan Ramadhan atau berada di kota suci Mekah, maka dia disunatkan untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran. Kata beliau:

"Adapun larangan mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh kurang daripada tiga hari adalah jika seseorang berterusan melakukan sedemikian. Walau bagaimanapun, jika seseorang berada pada waktu yang afdal seperti bulan Ramadhan khususnya pada malam-malam yang diharapkan untuk mendapat Lailatul qadar atau di tempat yang afdal seperti di kota suci Mekah bagi sesiapa yang bukan daripada penduduknya, maka disunatkan untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran bagi merebut peluang kemuliaan masa dan tempat tersebut (Lihat: Lataif al-Maarif)

kita telusuri keadaan golongan salafussoleh dalam mengagungkan al-Quran ketika bulan Ramadhan, semoga dengannya dapat membangkitkan semangat kita dalam beramal soleh khususnya bacaan al-Quran:

1. Imam as-Syafi’i rahimahullah mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali di dalam bulan Ramadhan sepertimana yang diceritakan oleh murid beliau, al-Rabi' Ibn Sulaiman (Lihat: Siyar A’lam al-Nubala’, az-Zahabi)

2. Imam Malik rahimahullah memberi kecaknaan yang sungguh-sungguh untuk beramal ibadah di bulan Ramadhan, khususnya menumpukan kepada membaca al-Quran dan meninggalkan majlis bacaan hadis.

3. Imam Qatadah rahimahullah mengkhatam al-Quran pada setiap tujuh hari sekali. Ketika tibanya Ramadhan, beliau mengkhatamkan al-Quran setiap 3 hari sekali. Manakala ketika tibanya sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan, beliau mengkhatamkan al-Quran pada setiap hari sekali (Lihat: Siyar A’lam al-Nubala’)

4. Imam Ahmad rahimahullah khatam al-Quran setiap 3 hari sekali dan jika masuk kepada 10 akhir Ramadhan, beliau akan khatam al-Quran sehari sekali.

5. Al-Imam al-Bukhari rahimahullah dikatakan khatam al-Quran pada bulan Ramadhan setiap hari sekali.

an-Nawawi rahimahullah menukilkan amalan salaf berkenaan khatam al-Quran:

1. Setiap 2 bulan sekali khatam.
2. Setiap sebulan sekali.
3. 10 hari sekali.
4. 8 hari sekali.
5. 7 hari sekali (kebanyakkannya). Antaranya ialah Uthman bin Affan, Abdullah Bin Mas’ud, Zaid Bin Thabit, Ubai Bin Kaab dikalangan sahabat sedangkan dikalangan tabiin seperti Abdul Rahman bin Yazid, Alqamah dan Ibrahim.
6. 6 hari sekali.
7. 5 hari sekali.
8. 4 hari sekali.
9. 3 hari sekali.
10. 2 hari sekali.
11. Sehari sekali. Seperti Uthman, Tamim al-Dari, Said bin Jubair, Mujahid dan Imam Syafi’i.
12. 2 kali sehari. Mashyur dilakukan Imam Syafie pada bulan Ramadhan.
13. 3 kali sehari. Dilakukan Sulaim Bin Umar iaitu kadi Mesir pada zaman pemerintahan Muawiyah.
14. 4 kali sehari. Dilakukan oleh Abu Bakar Bin Abi Daud.
15. 8 kali sehari. Adalah Ibn Kuttab khatam pada siang hari 4 kali dan malam 4 kali.

♡Ya Allah, bantulah kami untuk berjaya mengkhatamkan al-Quran di dalam bulan yang mulia ini. Aamiiin♡

Kredit: Ustaz Naim (WhatsApp)

10/03/2025

Pengumuman:
Terdapat sedikit masalah pada telefon pejabat kami. Sila hubungi 088-277577 untuk sebarang urusan. Terima kasih.

Semoga sepanjang Ramadan ini, kita tidak terlepas daripada bersahur, walaupun hanya dengan sebiji kurma. Mudah-mudahan s...
07/03/2025

Semoga sepanjang Ramadan ini, kita tidak terlepas daripada bersahur, walaupun hanya dengan sebiji kurma. Mudah-mudahan setiap amalan kita diberkati dan memberi kekuatan untuk menjalani ibadah dengan penuh keikhlasan. 🥰

Salam Nisfu Syaaban 🥰 . Mari kita memperbanyakkan amal pada malam ini 😊.
13/02/2025

Salam Nisfu Syaaban 🥰 . Mari kita memperbanyakkan amal pada malam ini 😊.

Melebihkan ibadah pada hari Jumaat 🥰. Kredit perkongsian: MyHadithTime
17/01/2025

Melebihkan ibadah pada hari Jumaat 🥰.

Kredit perkongsian: MyHadithTime

14/01/2025

Lebih afdal umrah sendiri berulang kali, atau sedekah untuk bantu orang lain mengerjakan umrah?

Kredit: Tiktok

Sunnah Di Hari Jumaat ❤️Kredit: Ustaz Muzuza
10/01/2025

Sunnah Di Hari Jumaat ❤️

Kredit: Ustaz Muzuza

Antara persiapan awal untuk yang bakal mengerjakan umrah 🥰. Semoga dipermudahkan segalal urusan, InshaAllah.
05/01/2025

Antara persiapan awal untuk yang bakal mengerjakan umrah 🥰.
Semoga dipermudahkan segalal urusan, InshaAllah.

Sepanjang bulan rejab, mari lah sama2 kita tingkatkan amalan 🥰.
03/01/2025

Sepanjang bulan rejab, mari lah sama2 kita tingkatkan amalan 🥰.

Bermula selepas Maghrib hari ini kita akan masuk ke Bulan Rejab 1446H. Malam 1 Rejab merupakan antara malam-malam makbul...
31/12/2024

Bermula selepas Maghrib hari ini kita akan masuk ke Bulan Rejab 1446H.

Malam 1 Rejab merupakan antara malam-malam makbul doa. Jom sama-sama kita rebut peluang ini. 🥰

Salam Jumaat, Doa ditambahkan kebaikan yang dalam kehidupan seharian. Semoga semua dipermudahkan olehNya..Aamiin Ya rabb...
30/12/2024

Salam Jumaat, Doa ditambahkan kebaikan yang dalam kehidupan seharian. Semoga semua dipermudahkan olehNya..
Aamiin Ya rabbal Alamin..🥰
Credit PIC : - JAWI DOA

🕋  𝐁𝐀𝐃𝐀𝐋 𝐔𝐌𝐑𝐀𝐇 🕋 ==============𝐀𝐩𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐥 𝐔𝐦𝐫𝐚𝐡?Badal umrah adalah 1 kaedah yang digunakan untuk menggantikan seseora...
29/12/2024

🕋 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐋 𝐔𝐌𝐑𝐀𝐇 🕋
==============
𝐀𝐩𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐥 𝐔𝐦𝐫𝐚𝐡?
Badal umrah adalah 1 kaedah yang digunakan untuk menggantikan seseorang individu yang terhalang daripada melaksanakan Ibadah Umrah.
𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤;
1. Seseorang yang telah meninggal dunia.
2. Seseorang yang lumpuh dan tidak mampu untuk bergerak.
3. Seseorang yang memiliki sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh.
Bagi yang ingin melaksanakan Badal Umrah untuk mereka yang tersayang. Boleh hubungi kami 😊.

Address

Unit 50, Level 5, Block I, KK Times Square Off Coastal Highway
Kota Kinabalu
88100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088486767

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umrah Ziarah oleh SukaBorneo Travel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Umrah Ziarah oleh SukaBorneo Travel:

Share

Category